Nak Pilih Tok Penghulu Pun Mesti Orang Berakhlak Kata Muhyiddin


agendaily.com14/11/2022
Barisan kepemimpinan Perikatan Nasional dilihat bersih dan tidak tercemar dengan kes-kes jenayah serta salah laku.
Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, perlu memilih pemimpin yang mempunyai akhlak baik dan terpuji untuk mentadbir, supaya negara tidak rosak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata dalam memilih pelbagai peringkat pemimpin, rakyat pastinya mahukan individu yang bersih serta amanah untuk memimpin mereka.

“Bila mana kita nak menilai seorang pemimpin mesti ada nilaian-nilaian tertentu. Kalau nak jadi ketua kampung pun dinilai. Nak jadi tok penghulu dan pegawai kerajaan pun dinilai… nak jadi pegawai daerah juga ada nilaiannya.

“Apa lagi kalau ianya untuk menjadi seorang pemimpin utama negara… sebagai Perdana Menteri perlu dinilai terutama dari segi akhlak dan amanah supaya negara tidak rosak dan terjerumus ke dalam lubang yang paling dalam,” katanya.

Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata demikian pada Jelajah PN BEST di Parlimen Tambun di Ipoh, malam tadi (13 November 2022) sempena kempen PRU-15.

Rakyat, kata Muhyiddin sudah pasti tidak mahu sejarah hitam pentadbiran lebih 60 tahun Barisan Nasional (BN) dan 22 bulan Pakatan Harapan (PH), berulang semula.

“Sejarah hitam negara telah berlaku dan kita pastinya tidak mahu perkara itu berulang. Jangan salah buat pilihan mengundi UMNO, BN dan PH.

“Tetapi sekarang ini sudah tertubuh Perikatan Nasional… bermakna sudah ada satu pilihan baru. Yang pastinya kalau dinilai dalam tempoh yang begitu singkat Perikatan Nasional adalah satu pilihan yang terbaik.

“Kepimpinan Perikatan Nasional sentiasa prihatin kepada permasalahan rakyat selain nilai akhlak pemimpinnya lebih bersih daripada BN dan PH. Tidak ada skandal atau rasuah yang melibatkan pemimpin Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata dalam kalangan pemimpin BN wujud mereka yang tidak amanah dan terlibat menerima rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa selama memerintah Malaysia.

Begitu juga katanya dalam kalangan pemimpin PH yang tidak bermoral dan terlibat dengan isu akhlak sehingga dituduh di mahkamah dan dihukum penjara.

“Adakah rakyat mahukan pemimpin rasuah dan tidak berakhlak memimpin negara. Jika ini berlaku negara akan rosak lebih teruk,” katanya.

Muhyiddin berkata namun, pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini tidak terlibat dengan kes-kes mahkamah sebaliknya, telah mengurus negara, terutama menangani Covid-19 iaitu wabak yang tidak pernah berlaku dan diketahui sebelum ini, dengan cara terbaik.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta pengundi, khususnya anak muda, keluar beramai-ramai mengundi Perikatan Nasional bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil, pada 19 November ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/nak-pilih-tok-penghulu-pun-mesti-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kata Sedia Bergabung Muhyiddin Pula Kata Saya Nak Tunggu Dan Lihat

Zahid Kata Sedia Bergabung Muhyiddin Pula Kata Saya Nak Tunggu Dan Lihat

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 333 hits
Saya nak tunggu dan lihat Muhyiddin ulas kenyataan Zahid sedia kerjasamaMohamad FadliMuhyiddin Yassin enggan mengulas terlalu awal berhubung kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana mana ga...
Ayah Yusuf Dah Nak Meninggal Ayah Jaga Diri Ya Sebak Ingat Kata Kata Anak

Ayah Yusuf Dah Nak Meninggal Ayah Jaga Diri Ya Sebak Ingat Kata Kata Anak

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 307 hits
Kemalangan maut yang meragut nyawa empat ahli keluarga di Melaka baru baru ini sungguh menyentuh hati apabila tular video seorang ayah yang tak henti henti meminta maaf pada anak sambil memangku anaknya yang cedera Ramai yang sebak melihat ...
Muhyiddin Yassin Selamatkan Tanah Melayu Yang Tun Dr Mahathir Nak Bagi Kepada Bukan Melayu

Muhyiddin Yassin Selamatkan Tanah Melayu Yang Tun Dr Mahathir Nak Bagi Kepada Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 424 hits
500 hari Pakatan Harapan berkuasa lebih dari RM30 bilion aset negara dan Bumiputera dijual Data terkini membuktikan genap 500 hari Pakatan Harapan berkuasa sebanyak lebih RM30 bilion aset negara dan Bumiputera telah dijual 2 Data ini bermak...
V Jejaka Sado Iringi Syed Saddiq Curi Tumpuan Ada Kata Yb Pandai Pilih Bodyguard Kacak

V Jejaka Sado Iringi Syed Saddiq Curi Tumpuan Ada Kata Yb Pandai Pilih Bodyguard Kacak

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 346 hits
V Jejaka sado iringi Syed Saddiq curi tumpuan ada kata YB pandai pilih bodyguard kacak siapa pemuda ini sebenarnya Oleh MSTARJejaka mengiringi Syed Saddiq mencuri perhatian ramai PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Ab...
Bapa Pkp Saya Tak Nak Mencarut Dekat Sini Muhyiddin

Bapa Pkp Saya Tak Nak Mencarut Dekat Sini Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 285 hits
Anwar Ibrahim mengata saya bapa PKP Saya tak nak mencarut dekat sini kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurutnya pemimpin PH tidak bertanggungjawab dan sepatutnya mengucapkan syukur AWANInews MalaysiaMemilih undi100peratus SUBSCR
Bukan Tak Faham Kata Tapi Lumrah Anak Nak Besar Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat

Bukan Tak Faham Kata Tapi Lumrah Anak Nak Besar Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 364 hits
Agak sukar untuk kita berkata jangan atau tidak kepada anak Bimbang jika sering mengucapkan kata kata ini anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan Namun ...
Pahang Owh Pahang Biasa Yang Cerdik Ni Tidak Diundi Pilih Kati Baghdad Juga Nak Berubah Ni Kawasan Bandar Sahaja

Pahang Owh Pahang Biasa Yang Cerdik Ni Tidak Diundi Pilih Kati Baghdad Juga Nak Berubah Ni Kawasan Bandar Sahaja

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 258 hits
SENARAI PENUH CALON KEADILAN MEWAKILI PAKATAN HARAPAN NEGERI PAHANG Berikut adalah calon calon Keadilan yang mewakili Pakatan Harapan bagi kawasan Parlimen dan Dun yang telah menerima watikah untuk bertanding di dalam PRU15 PARLIMEN 1 P 081...
Abang Nak Satu Karipap Boleh Ramai Terhibur Melihat Gelagat Shila Minta Karipap Dekat Tok Ram

Abang Nak Satu Karipap Boleh Ramai Terhibur Melihat Gelagat Shila Minta Karipap Dekat Tok Ram

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 341 hits
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan di tiktok shilalas united dimana beliau dengan sopan meminta karipap kepada Dato Ramli MS ketika rehearsal Perkongsian ini mendapat perhatian ramai terutamanya di tiktok kerana sikap yang dit...
Kalau Kami Nak Tanam Kj Kami Letak Beliau Di Bukit Bintang Tok Mat Nafi Umno Mahu Tamatkan Karier Politik Kj

Kalau Kami Nak Tanam Kj Kami Letak Beliau Di Bukit Bintang Tok Mat Nafi Umno Mahu Tamatkan Karier Politik Kj

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 230 hits
Keputusan UMNO meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Sungai Buloh dilihat telah mencetuskan banyak reaksi dari pelbagai pihak Keadaan bertambah runcing apabila Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mended...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026