Khairuddin Dakwa Kerjasama Pn Tak Ikut Perlembagaan Pas





Anne Muhammad -March 16, 2022     
Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tidak mengikut perlembagaan parti berhubung kerjasama Perikatan Nasional.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa PAS melanggar perlembagaan parti itu berhubung kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang keluar daripada PAS kelmarin berkata, kerjasama berkenaan tidak melalui proses penyediaan kertas kerja dan rundingan bersama kepimpinan tertinggi parti itu.
“Dalam PN tak ikut lunas perlembagaan parti, dia (presiden hanya) tandatangan surat…dengan mesyuarat dua, tiga orang sahaja.
“Tandatangan tanpa bawa ke Jawatankuasa PAS Pusat, tanpa kertas kerja ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk dibahaskan, untuk dilihat dari segi siasah syariah, maqasid syariah belum setuju dah lulus. Ini kesilapan,” katanya dalam temu bual disiarkan Bernama TV malam tadi.
Khairuddin berkata, PAS cuba mengekalkan Muafakat Nasional (MN) “hanya di mulut” namun kecenderungan sebenar ialah mahu bersama PN.
Beliau mendakwa ketika menjawat jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin turut meminta beliau membuat kertas kerja berkaitan hala tuju parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, dalam kertas kerja itu, beliau menggariskan cara untuk menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) ialah dengan PAS mengikat hubungan bersama Umno dan Bersatu.
“Bahkan bila sebut dalam kertas kerja, kena betulkan bab PN yang tidak dibuat ikut lunas parti, maka presiden letak kesalahan kertas kerja kepada saya.
“Itu kertas kerja Majlis Syura Ulama dan dikritik Majlis Syura Ulama dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Bagaimana presiden menyalahkan Majlis Syura Ulama dalam satu medan yang bukan medannya. Yang patut kritik dalam Majlis Syura Ulamalah, bukan dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Ini yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan rundingan MN yang dimeterai bersama Umno sebelum ini dengan mengikut saluran sewajarnya.
“Dasar parti sangat hebat, bermula kertas kerja peringkat Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama berkaitan kerjasama dengan parti lain, setelah dipersetujui Majlis Syura Ulama, dibawa ke dua kali Muktamar PAS pada 2018 dan 2019.
“Akhirnya setuju untuk tubuhkan MN. Draf dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama, turunkan ke Pusat untuk dibetulkan, dibawa (semula) ke Majlis Syura, barulah ditandatangani di depan pimpinan PAS dan Umno di PWTC pada 14 Sept 2019.
“Ini contoh proses dalam parti, tapi apa berlaku dalam PN?” soalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/khairuddin-dakwa-kerjasama-pn-tak-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairuddin Umum Keluar Pas

Khairuddin Umum Keluar Pas

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 187 hits
agendaily com14 3 2022Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali keluar daripada PAS hari ini 14 Mac 2022 Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS ...
Zahid Berikan Gambaran Kerjasama Muafakat Nasional Umno Pas Tak Akan Di Nilai Semula

Zahid Berikan Gambaran Kerjasama Muafakat Nasional Umno Pas Tak Akan Di Nilai Semula

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 214 hits
KOTA TINGGI Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa partinya tidak akan membuat penilaian terbaharu terhadap kerjasama dengan Pas menerusi gabungan Muafakat Nasional selepas Pilihan Raya Negeri Johor Saya fiki...
Isu Khairuddin Ini Nasihat Musyidul Am Pas

Isu Khairuddin Ini Nasihat Musyidul Am Pas

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 189 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen dan ADUN PAS digesa terus istiqamah dalam perjuangan dan tidak melupakan ikrar yang telah diungkapkan sebelum dipilih menjadi calon dulu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin memberi pesanan itu susulan Ahli Parlimen Kua...
Khairuddin Pas Throws Mature Political Policy Into South China Sea

Khairuddin Pas Throws Mature Political Policy Into South China Sea

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 167 hits
Kuala Nerus MP Khairuddin Aman Razali has renewed his criticism for his party following PAS performance in the Johor state election He asserted that PAS mature and prosperous political culture has now been thrown deep into the South China S...
Listen To Grassroots Views Khairuddin Tells Pas Leaders

Listen To Grassroots Views Khairuddin Tells Pas Leaders

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 170 hits
Khairuddin Aman Razali said the PAS leadership should listen to the views of its rank and file members and the local party machinery that interact with ordinary people PETALING JAYA PAS leaders need to listen more to its grassroot members a...
Tiada Kerjasama Umno Pas Selagi Ada 3 Jahanam

Tiada Kerjasama Umno Pas Selagi Ada 3 Jahanam

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comPAU 2021 Perwakilan Umno Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga jahanam yang memimpin parti itu Menurut Zawawi Othman tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana bermulut celupar...
Khairuddin Attakiri Menasihatkan Pemimpin Pas

Khairuddin Attakiri Menasihatkan Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 215 hits
PAS perlu dengar pandangan ahli bawah kata Khairuddin selepas kecundang di JohorFMT ReportersPETALING JAYA Kalah itu biasa menang itu luar biasa kata bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali susulan prestasi teruk parti...
Khairuddin Says He Won T Join Umno To Stick To Pas Principles

Khairuddin Says He Won T Join Umno To Stick To Pas Principles

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 197 hits
Kuala Nerus MP Mohd Khairuddin Aman Razali who recently quit PAS said he will not join Umno according to a news report today The former PAS senior leader reportedly said he still holds true to Islamic principles that the party is fighting f...
Kalah Teruk Di Johor Khairuddin Lempar Kritikan Keras Kepada Pas

Kalah Teruk Di Johor Khairuddin Lempar Kritikan Keras Kepada Pas

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 178 hits
NASUHA RAHMANBekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Khairuddin Aman Razali terus mengkritik partinya itu hari ini susulan Pas hanya berjaya memenangi satu kerusi daripada 15 yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Johor bar...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Houston Apartment Accident Lawyer Seeking Justice And Compensation For Victims

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Cili Api

Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu

Mufti Perlis Hati Perasaan Orang Islam Perlu Bersama Pakistan