Khaidir Ahmad Rayu Sumbangan Orang Ramai Bantu Beliau Melawan Muflis


 

TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad merayu orang ramai membantu beliau berjuang melawan tindakan 'muflis' yang dihadapinya sekarang.
Khaidir yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Gerakan Tanah Air (GTA) berkata beliau perlu keluar dari status muflis untuk membolehkan saya bekerja atau berniaga bagi mencari rezeki dan meneruskan perjuangan serta khidmat bakti saya kepada rakyat yang memerlukan.
Menulis difaceboonya Khaidir mendakwa asbab Muflis beliau bermula dengan perjuangan bersama penduduk kampung di Mukim Lebak, Temerloh, Pahang, menentang operasi pam pasir yang turut membabitkan Tanah Perkuburan Islam Kg Tebing Tinggi Lebak pada tahun 2014.
"Pada akhir tahun yang sama saya melepaskan jawatan Ketua Pengarang Berita TV3, kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan kerajaan kleptokrat.
"Malangnya, banjir besar yang melanda lembangan Sungai Pahang dua minggu selepas saya bersara awal pada usia 52 tahun, telah memusnahkan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar yang saya dan keluarga usahakan sejak tahun 2009, menyebabkan kami kerugian hampir RM2 juta termasuk harta benda yang musnah apabila rumah kami juga tenggelam hingga paras bumbung," katanya.
Beliau turut menambah, pada 2015 selepas surut banjir, dia dan keluarganya memulakan Projek Pembangunan Semula Ternakan Ikan Dalam Sangkar di tapak baharu, iaitu di Kg Tebing Tinggi Lebak selepas mendapat kebenaran daripada Ketua Kampung ketika itu, untuk meneruskan sumber pendapatan keluarga selepas bersara.
Selain menggunakan wang pampasan bersara dan wang simpanan keluarga, projek yang menelan belanja setengah juta Ringgit ini turut mendapat pinjaman Dana Pemulihan Khas (SRF) mangsa banjir dengan bantuan Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kemudian diangkat menjadi Perdana Menteri).
Namun malangnya dakwa beliau, ketika projek belum sempat mengeluarkan hasil buat pertama kalinya dalam sejarah pada 15 Mei 2015, Pejabat Tanah Daerah Temerloh telah mengeluarkan notis untuk meroboh dan memusnahkan sangkar ternakan ikan itu dengan alasan menduduki Tanah Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.
"Ketika itu, ada ratusan pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di sepanjang Sungai Pahang, termasuk rakyat Kemboja di Pekan, yang juga beroperasi tanpa kebenaran atau tidak mempunyai Lesen Tumpangan Sementara (TOL), tetapi tidak pernah seorangpun dikenakan tindakan seperti saya!,
"Kemudian, apabila saya memaparkan tindakan zalim Pejabat Tanah Daerah Temerloh mengeluarkan notis perobohan itu di Facebook saya, Penolong Pentadbir Tanah yang menandatangani notis berkenaan pula bertindak menyaman saya!,
" Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, saya terpaksa mendapatkan khidmat peguam bagi membela saya sebagai defendan saman berkenaan,"  dakwa Khaidir yang juga dikenali sebagai Wartawan Tua itu.
Menurutnya lagi, bukan sedikit kos guaman yang perlu dibayar dan beliau tidak mempunyai pilihan selain menggunakan wang modal pusingan projek yang masih berbaki sedikit untuk membiayai kos guaman berkenaan.
Disebabkan projek belum mengeluarkan hasil, beliau terpaksa menangguhkan bayaran ansuran pinjaman pembiayaan projek untuk menyelesaikan kes saman berkenaan hingga akhirnya saya diisytiharkan muflis.
Selain baki pinjaman menerusi AgroBank sebanyak RM109,000, akaun muflis saya juga membabitkan bayaran RM78,000 gantirugi dan kos yang diperintah oleh Mahkamah dibayar kepada plaintiff yang menyamannya.
"Kini, saya disaman pula dengan tuntutan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri Pahang kerana melaporkan kejadian banjir di Mentakab dan pembalakan yang benar-benar berlaku di Bentong, Pahang.
"Tindakan itu memaksa saya sekali melantik peguambela dan sekali lagi kos guaman perlu dibayar.
"Sebagai seorang muflis, semua akaun dan harta saya dibekukan.
"Saya tidak mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan tetap selain terpaksa menumpang rezeki anak-anak dan isteri untuk meneruskan kehidupan," tambahnya.
Justeru, beliau merayu sumbangan anda biarpun cuma RM10 seorang agar dapat mengumpul dana bagi membayar kesemua hutang dan saman yang tertunggak asbab kezaliman yang telah dilakukan terhadapnya dan keluarga kerana perjuangan beliau untuk alam dan rakyat marhaen.
"Setiap sumbangan boleh disalurkan secara tunai terus kepada saya atau akaun bank isteri dan anak saya seperti yang tertera.
"Saya tidak mungkin dapat membalas jasabaik anda semua selain berdoa semoga setiap sumbangan anda dibalas dengan kebaikan yang berganda oleh Allah SWT.
"Semoga Allah mempermudahkan urusan ini. Salam perjuangan, terima kasih," tambah Khaidir lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/khaidir-ahmad-rayu-sumbangan-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Udang Bantu Kekalkan Sel Sihat Hasilkan Dna Dr Rizal Kongsi Resipi Udang Berlado Sihat

Udang Bantu Kekalkan Sel Sihat Hasilkan Dna Dr Rizal Kongsi Resipi Udang Berlado Sihat

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 161 hits
Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak usia kecil lagi Ibu bapa perlu mendidik anak anak untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya mereka tahu kepentingan penjagaan pemakanan untuk kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang Memper...
Anak Mengadu Sakit Tekak Guna Larutan Air Masak Garam Boleh Bantu Redakan

Anak Mengadu Sakit Tekak Guna Larutan Air Masak Garam Boleh Bantu Redakan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 269 hits
Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni bukan anak anak saja tapi kita yang dewasa pun mudah sangat mengalami kering tekak Mulalah sakit tekak dan rasa tak selesa Segala jenis lozenge kita dah makan tetap tak lega juga Kalau anak yang m...
Bunga Keutamaan Saya Cucu Kini Dalam Carta Nombor Satu Sheila Rusly Mahu Bantu Anak Menantu

Bunga Keutamaan Saya Cucu Kini Dalam Carta Nombor Satu Sheila Rusly Mahu Bantu Anak Menantu

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 205 hits
KEHADIRAN Bunga Elhaq nyata membawa impak yang besar dalam hidup Sheila Rusly Jika dahulu banyak masa Sheila dihabiskan di lokasi penggambaran namun kini penerbit dan juga pelakon terkenal itu lebih gemar duduk di rumah bersama cucu sulungn...
Bantu Umkm Purwakarta Menparekraf Sandiaga Optimalkan Platform Digital

Bantu Umkm Purwakarta Menparekraf Sandiaga Optimalkan Platform Digital

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 197 hits
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uno mengoptimalkan platform digital untuk membantu memasarkan produk usaha mikro kecil dan menengah di Kabupaten Purwakarta Jawa Barat
Aeon Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya

Aeon Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 189 hits
AEON Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya Selepas kita terpaksa penjaga penjarakan dan tidak dapat bergerak bebas kerana pandamek Covid19 akhirnya setiap bangsa dan kaum di seluruh Malaysia mampu untuk bera...
Video Full 7 Mantan Kapolri Turun Gunung Bantu Jenderal Listyo Benahi Polri

Video Full 7 Mantan Kapolri Turun Gunung Bantu Jenderal Listyo Benahi Polri

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 226 hits
Tujuh mantan Kapolri turun gunung menemui Kapolri Jenderal Listyo Sigit Mereka terpanggil karena banyaknya masalah di Polri Eks Kapolri Jenderal Bambang Hendarso Danuri menyebut masalah yang dihadapi institusi saat ini cukup berat
Bantu Kempen Ph Kelantan Husam Musa

Bantu Kempen Ph Kelantan Husam Musa

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 234 hits
Kemenangan calon calon Pakatan Harapan Negeri Kelantan pada PRU 15 ini amat penting bagi memastikan kita berjaya mengangkat DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia Bagi menghadapi PRU kali ni kami amat alu alukan sumbangan ikhlas dan sukarela...
Respons Unud Usai Kejati Geledah Cari Bukti Dugaan Korupsi Dana Sumbangan

Respons Unud Usai Kejati Geledah Cari Bukti Dugaan Korupsi Dana Sumbangan

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 198 hits
Pihak Universitas Udayana menanggapi penggeledahan yang dilakukan Kejaksaan Tinggi Bali pada Senin kemarin Juru Bicara Unud Putu Ayu Asty Senja Pratiwi mengatakan bahwa penggeledahan terkait dugaan penyalahgunaan sumbangan
Kah Kah Woiii Peja Hang Buat Apa Masa Jadi Mb Perak Sultan Pun Naik Penin Dengan Hang Sampai Kena Buang Bantu Apa

Kah Kah Woiii Peja Hang Buat Apa Masa Jadi Mb Perak Sultan Pun Naik Penin Dengan Hang Sampai Kena Buang Bantu Apa

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 131 hits
Peja yakin prestasi sebagai MB Perak bantu di Tambun November 2 2022 Ahmad Faizal Azumu berharap rekod perkhidmatannya sebagai menteri besar Perak akan meyakinkan pengundi memilihnya di kerusi Parlimen pada 19 Nov ini PETALING JAYA Timbalan...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025