Aeon Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya
AEON Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya | Selepas kita terpaksa penjaga penjarakan dan tidak dapat bergerak bebas kerana pandamek Covid19, akhirnya setiap bangsa dan kaum di seluruh Malaysia mampu untuk beraya dengan meriah tanpa perlu akur dengan peraturan pergerakan dan sosial ditetapkan oleh kerajaan. Begitu juga menyambut Deepavali tahun ini dan kerana itu The Malaysia AEON Foundation menganjurkan satu program diberi nama AEON Mesra Deepavali bagi membantu golongan kurang upaya menyambut hari raya yang penuh dengan cahaya bagi kaum India.
Siapa The Malaysia AEON Foundation (MAF)
Siapakah The Malaysia AEON Foundation atau dipanggil MAF ini? Mungkin masih ramai yang tidak tahu dan Cik en pun baru tahu MAF merupakan satu yayasan yang banyak membantu golongan kurang upaya di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2004 AEON yang menjadi peruncit pertama di Malaysia mewujudkan yayasan amal ini telah menyumbang lebih RM 14 juta untuk banyak program masyarakat. MAF ini adalah satu cabang tanggungjawab koporat bagi AEON Group Malaysia. Ianya membantu kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, tempat tinggal dan sokongan perubatan. Ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan kepada yang lebih muda generasi dalam menangani cabaran sosial hari ini tanpa mengira kaum dan agama, dan untuk mengembangkan lagi potensi mereka untuk masa depan yang lebih bermakna.
AEON Group Malaysia terdiri daripada lapan entiti terkenal iaitu AEON CO. (M) BHD., AEONBiG (M) Sdn Bhd, AEON Fantasy (M) Sdn Bhd, AEON Credit Service (M) Berhad, AEON TopValu (M) Sdn Bhd, AEON Global Supply Chain Sdn Bhd, AEON Delight Sdn Bhd dan Yayasan AEON Malaysia
AEON Mesra Deepavali
Sempena menyambut Deepavali tahun ini, sekali lagi MAF memberi perhatian kepada kaum India daripada golongan kurang upaya untuk menyambut perayaan dengan lebih meriah. Bertempat di AEONBig Falim Ipoh perak, pada 15 Oktober 2022, MAF telah meraikan 80 orang kanak kanak daripada 30 buah keluarga yang memerlukan dan sumbangan merupakan pembelian pakaian sebanyak RM200 dan mendapat duit raya bernilai RM200. Keluarga pula diberi Kotak Bersamamu yang mengandungi barang keperluan bernilai RM100
AEON Mesra Deepavali ini dijayakan dgn bantuan sukarelawan dari AEON BiG, AEON Credit Service dan AEON Co. pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pertandingan Kolum, Lucky Draw dan Best Dress. MAF memperuntukkan RM 90 000 untuk program ini dan bukan sahaja berlangsung di AEONBig Falim sahaja tapi 5 AEON dan AEONBiG seluruh negara seperti AEON Mall Taman Universiti, Johor, AEON Mall Bandar Sunway Selangor, AEON Mall Taman Equine, Selangor; AEON BiG Subang Jaya, Selangor; AEON BiG Bukit Rimau, Selangor yang melibatkan 300 orang kanak kanak terpilih.
Satu usaha yang sangat cik en banggakan. Saling bantu membantu untuk memberi kegembiraan kepada yang lain. Walaupun tidak semua kanak kanak di Malaysia tapi ianya sedikit sebanyak dapat memberi sinar kebahgian kepada mereka . Anyway MAF akan selalu buat program amal sebegini so stay tuned untuk program amal mereka selepas ini di Aeon Malaysia Foundation
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2022/10/Aeon-Mesra-Deepavali-.html