Kfc Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing Perkasa Pembangunan Belia


KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia KFC Malaysia mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa pembangunan belia melalui jalinan kerjasama strategik dengan Johor Motorsports Racing (JMR) dengan membawakan pengalaman paddock perlumbaan secara langsung ke restoran KFC Edusphere, Cyberjaya. 
Inisiatif ini menjadikan sukan permotoran lebih mudah diakses serta menyemarakkan minat generasi muda terhadap industri berimpak tinggi ini.
Memasuki tahun keenam kerjasama, program ini menghimpunkan 200 mahasiswa dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI), TOC Automotive College dan City University.
Para peserta diberi pendedahan mengenai teknologi, semangat berpasukan, dan kerjasama padu daripada tenaga pakar yang menjadi tulang belakang kejayaan pasukan JMR.
Ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd, Nehchal Khanna, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dalam foto berkumpulan bersama 200 pelajar universiti di sesi Sembang Kereta Edisi 2025. Sesi interaktif Sembang Kereta Edisi 2025 menyaksikan penampilan eksklusif Tunku Panglima Johor,  YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, yang berkongsi pengalaman peribadi mereka sebagai pelumba JMR.
Perkongsian tersebut memberi inspirasi kepada para pelajar tentang disiplin dan keazaman tinggi yang diperlukan dalam perlumbaan kompetitif.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna, berkata: “Kami amat berbangga meraikan pencapaian putera-putera diraja Johor yang telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.” 
Tambahnya; “Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menamatkan musim kejuaraan GT World Challenge Asia 2025 sebagai naib juara keseluruhan kategori Pro-Am dengan beberapa kedudukan podium termasuk pada pusingan akhir di Beijing. Kejayaan ini mencerminkan peningkatan kehadiran Malaysia di arena sukan permotoran global.”
Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (kanan) bersama Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim (kiri) dalam sesi fotografi bersama 200 pelajar universiti di sesi ‘Sembang Kereta Edisi 2025’. Ujar Nehchal lagi, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, turut mewakili JMR pada musim 2025 bersama pelumba antarabangsa Alex Sims dan Jordan Love menggunakan jentera baru pasukan, Corvette Z06 GT3.R.
Penyertaan baginda menegaskan komitmen Malaysia untuk bersaing di peringkat dunia, sekali gus memberi inspirasi kepada belia untuk menanam impian besar dan menetapkan matlamat jauh.
“Seiring pasukan JMR yang terus gagah melakar kejayaan dalam pentas permotoran antarabangsa, mereka turut membawa bersama jenama KFC. Ini merupakan suatu simbol bermakna yang menandakan kebanggaan dan keutuhan rakyat Malaysia,” ulasnya.
Kerjasama KFC Malaysia dan JMR ini bukan sahaja untuk meraikan arena permotoran tempatan, malah ia juga dapat mengeratkan hubungan antara komuniti perlumbaan dan orang awam.
Menerusi sesi perkongsian bermakna ini, para pelajar yang merupakan generasi pelapis masa hadapan telah diberi peluang untuk bertemu dengan lebih dekat  dengan kedua-dua tokoh pemotoran ini sewaktu sesi bertemu peminat. 
Seorang pelajar universiti merakam detik bermakna bersama Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (kanan) dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim pada sesi ‘Meet & Greet’. Selain itu, Nehchal menekankan bahawa sesuatu yang bermula sebagai satu visi dikongsi bersama kini telah menjadi sebuah kerjasama bermakna yang mendukung nilai pendidikan, pemerkasaan dan pembinaan negara. 
“Sukan permotoran menuntut ketepatan, kerjasama dan ketahanan mental pemainnya. Kami ingin melahirkan generasi muda yang lebih bersedia menghadapi cabaran dan kekal fokus demi memacu kemajuan negara,” katanya.
Beliau percaya bahawa semangat juang permotoran yang dijana oleh kekuatan ilmu mampu menyediakan golongan muda dengan kemahiran, disiplin dan matlamat untuk mengejar impian, sekali gus mendorong mereka menggapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.
Sebagai pelengkap inisiatif ini, KFC Malaysia turut meneruskan kempen KFC JMR Win & Feel the Speed yang memberikan peminat bertuah pengalaman eksklusif menghadiri perlumbaan di beberapa litar antarabangsa dengan tajaan penuh pada tahun 2025, termasuk GT World Challenge Asia di Sepang pada April, CrowdStrike 24 Hours of Spa di Belgium pada Julai serta Suzuka 1000km di Jepun pada September lalu.
Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (kiri) dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkongsi pengalaman mereka bersama 200 pelajar universiti semasa sesi ‘Sembang Kereta Edisi 2025’. Pemenang berpeluang menikmati akses khas ke paddock JMR, grid walk dan sesi pertemuan eksklusif bersama pasukan JMR termasuk Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
Hanya dengan berkongsi sorakan paling bersemangat untuk pelumba JMR kegemaran mereka di platform media sosial KFC Malaysia, para peminat berpeluang menjadi sebahagian daripada detik bersejarah dalam sukan permotoran ini.
KFC Malaysia yang dikendalikan oleh QSR Brands, anak syarikat Johor Corporation, menjadikan kerjasama ini sebagai platform bermakna untuk memupuk pembangunan belia serta meningkatkan keterlihatan sukan permotoran tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Biarpun selepas sesi berakhir dan perbualan diteruskan, satu mesej jelas disampaikan iaitu sukan permotoran paling bererti apabila ia dikongsi, dialami dan dihayati secara dekat dan hari ini, KFC Malaysia memastikan semangat itu dapat disampaikan kepada generasi masa depan.
The post KFC Malaysia Bersama Johor Motorsports Racing, Perkasa Pembangunan Belia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/09/kfc-malaysia-bersama-johor-motorsports-racing-perkasa-pembangunan-belia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025

Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 201 hits
Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025 YB Adam Adli Timbalan Menteri Belia dan Sukan hari ini merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya Penganj...
Grab Malaysia Lancar Grabshuttle Di Johor Sokong Pelaksanaan Ets3 Bermula Disember 2025

Grab Malaysia Lancar Grabshuttle Di Johor Sokong Pelaksanaan Ets3 Bermula Disember 2025

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 211 hits
Grab Malaysia memperkenalkan perkhidmatan GrabShuttle di Johor sebagai persediaan menyokong pelancaran Electric Train Service 3 yang bakal menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru mulai 12 Disember 2025 Melalui model GrabShuttle penumpang...
Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras Rm200 Sebulan

Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras Rm200 Sebulan

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 129 hits
Lelaki Bujang Malaysia Layak Mohon Untuk Menyewa Di Residensi Belia Cheras RM200 Sebulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini membuka tawaran penempatan kediaman khusus untuk golongan belia bujang lelaki yang bekerja atau menjalani latihan ind...
Malaysia To Host 2027 Sea Games In Sarawak Penang Johor And Kl Next Sept 18 29

Malaysia To Host 2027 Sea Games In Sarawak Penang Johor And Kl Next Sept 18 29

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 185 hits
Youth and Sports Minister Hannah Yeoh with national athletes during the handover ceremony of the Malaysian contingent s Jalur Gemilang for the 2025 SEA Games and Asean Para Games in Thailand held at the National Sports Council December 3 20...
Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 234 hits
UMA Racing Stage 1 Malaysia Review Lengkap Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug Jika anda seorang rider motosikal seperti Y15ZR Y16ZR RS150 RSX150 NVX NMax atau LC135 nama UMA Racing memang tidak asing lagi Jenama ini terkenal dengan pre...
Legoland Malaysia Resort Unveils Brand New Lego Holiday Tree To Kick Off A Brick Tacular Christmas Season

Legoland Malaysia Resort Unveils Brand New Lego Holiday Tree To Kick Off A Brick Tacular Christmas Season

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 239 hits
Unveils Brand New to Kick Off a Brick tacular Christmas SeasonA stunning new centrepiece constructed from over in 1 800 hours lights up the Resort s festive Christmas celebrationFrom Left to Right Ms Thila Munusamy Director of Sales and Mar...
1 Utama Lancar Gedung Seventeen Pop Up Pertama Di Malaysia

1 Utama Lancar Gedung Seventeen Pop Up Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 203 hits
1 Utama Lancar Gedung Seventeen Pop Up Pertama Di Malaysia Petaling Jaya Pusat membeli belah terkemuka 1 Utama melancarkan pembukaan gedung pertama kumpulan K Pop Seventeen menampilkan pelbagai koleksi barangan dan koleksi ikonik kumpulan m...
Monopoly Edisi Kuala Lumpur Dilancarkan Secara Rasmi Di Klia Bagi Memulakan Kempen Melawat Malaysia 2026

Monopoly Edisi Kuala Lumpur Dilancarkan Secara Rasmi Di Klia Bagi Memulakan Kempen Melawat Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 266 hits
MONOPOLY Edisi Kuala Lumpur Dilancarkan Secara Rasmi Di KLIA Bagi Memulakan Kempen Melawat Malaysia 2026 KUALA LUMPUR 28 NOVEMBER 2025 Permainan papan paling popular di dunia MONOPOLY telah melancarkan Kuala Lumpur Edition satu penghormatan...
Malaysia Has Shown Resilient Economic Growth In 2025 World Bank

Malaysia Has Shown Resilient Economic Growth In 2025 World Bank

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 175 hits
Malaysia has shown positive resilient economic growth this year reflected in a stronger than expected performance in the third quarter of 2025 the World Bank said World Bank lead economist for Malaysia Apurva Sanghi said Malaysia s around f...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026