Keyboard Budget Untuk Beginner
Hai apa khabar semua. Bagaimana keadaan covid di tempat anda. Tempat saya masih dalam PKPB memandangkan peningkatan kes ekoran gelombang ketiga.
PKPB yang pada awalnya dua minggu dilanjutkan lagi ke dua minggu. Kira sebulan jugaklah berkurung kat rumah. Kalau keluar pun untuk beli barang dapur sahaja. Ni tak tahulah kot disambung lagi PKPB ni sebab kes masih tinggi
Boring duduk rumah kan. Nak keluar macam biasa memang tak boleh. Kena sahut seruan kerajaan untuk putuskan rantaian covid 19 ni. Duduk rumah work from home jelah. Nasib ada androix box blh la layan movie
Keyboard Budget Untuk Beginner
Ok berbalik kepada topik kali ini berkenaan keyboard, Boleh dikatakan beginner lagi lah sebab memang takde ilmu bermain keyboard. Setakat pegang sentuh tu pernah lah
Saya pun buatlah survey harga dan jenama keyboard budget yang mampu milik untuk beginner di laman web shopee. Antara brand yang saya tertarik adalah Flavian dan harga dalam seratus lebih tak termasuk postage untuk satu set keyboard
Keyboard Flavian S ONE S TWO
Jadi saya buatlah pembacaan berkenaan brand flavian ni. Boleh tahan jugak soundnye dan antara target yang saya nak beli adalah Flavian S One pada mulanya yang harga dalam seratus lebih tu. Rupa-rupanya Flavian S ni ada S One dan S Two
Dari segi sound S Two lagi sedap bunyinya berdasarkan review yang dah beli dan ada beberapa function yang ditambah baik pada S Two ni. Jadi saya ambil keputusan untuk beli keyboard Flavian S Two. Boleh rujuk kedai saya beli keyboard ni di shopee
Link kedai Gitaloha MusicLink keybard : Flavian S TWo Keyboard
Harga untuk set keyboard sahaja RM269 tanpa postage. Saya beli termasuk stand dalam RM316 tanpa postage ye. Tapi kalau korang nak beli S One pun ok je jika anda masih beginner. Terpulang pada budget korang lah
Selain dari segi sound, apa yang membuatkan saya memilih S Two adalah function Sustain dan juga Vibrato. Keyboard ni ada 61 keys sesuai sangatlah untuk beginner. Nampaknya keyboard akan jadi music instrumen saya yang ketiga selain gitar dan juga ukulele
Ok ada beberapa tips jika anda ingin beli keyboard. Bagi beginner lebih baik anda beli yang 61 keys. Jika nak dapatkan yang lebih lebar seperti 76 dan 88 keys terpulang. Bagi saya untuk beginner lebih sesuai yang 61 keys
Selain itu pilih sound yang baik sesuai dengan harga yang korang bayar. Nak yang sound betul-betul nice budget pun kena tebal lah. Jangan lupa cari yang ada function usb, lesson mode, sustain dan midi. Keyboard brand selain flavian pun ada di jual di Gitaloha Music
Walaubagaimanapun terpulang pada budget korang. Yang penting anda dapat barang berbaloi dengan harga. Sekian dari saya berkenaan dengan Keyboard Budget Untuk Beginner
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azzahairi.com/2020/11/keyboard-budget-untuk-beginner.html