Kewangan Islam Yang Dikawal Selia


INDUSTRI kewangan Islam di Malaysia adalah sebuah industri yang dikawal selia. Bagi sektor perbankan Islam dan takaful, ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sementara sektor pasaran modal Islam pula dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Kedua-dua pengawal selia tersebut telah memperkenalkan rangka kerja pengawalseliaan dan penyeliaan yang baik dan mantap.
Rangka kerja tersebut sangat penting bukan sahaja untuk mengekalkan kestabilan kewangan tetapi dalam konteks kewangan Islam, ia sangat perlu untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi yang berada di bawah kawal selia masing-masing bukan sahaja berdaya saing tetapi selari dengan ketetapan dan prinsip syariah.
Dalam sektor perbankan dan takaful, misalnya, Parlimen telah meluluskan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013).
Akta itu mula berkuat kuasa pada 30 Jun 2013. Akta itu mengandungi rangka kerja pengawalseliaan bagi sektor kewangan Islam di Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk mengukuhkan kestabilan kewangan dan pematuhan syariah.
APKI 2013 memperuntukkan bahagian khas yang berkaitan dengan kehendak syariah iaitu pada Bahagian IV yang merangkumi pematuhan syariah dan tadbir urus syariah.
Antara perkara berkaitan tadbir urus syariah yang dinyatakan adalah berkenaan penubuhan jawatankuasa syariah iaitu dalam Seksyen 30.
Berdasarkan Seksyen 30 tersebut, menjadi kewajipan institusi kewangan Islam (IKI) yang dilesenkan mengikut APKI 2013 untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa syariah.
Peranannya adalah untuk menasihati IKI berkenaan bagi memastikan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti yang dijalankan mematuhi syariah.
Bagi memperkemaskan lagi tadbir urus syariah, pada tahun 2019 BNM telah menerbitkan Dokumen Polisi Tadbir Urus Syariah 2019 yang menggantikan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah 2010.
Dalam Dokumen Polisi Tadbir Urus Syariah 2019 dinyatakan secara terperinci tugas dan tanggungjawab jawatankuasa syariah.
Antara tugas jawatankuasa syariah termasuklah:
a) Memberikan keputusan atau nasihat kepada IKI mengenai pelaksanaan sebarang keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) atau standard syariah yang diaplikasi dalam operasi, perniagaan, urusan dan aktiviti IKI;
b) Memberikan keputusan atau nasihat mengenai hal-hal yang memerlukan rujukan dibuat kepada MPS;
c) Memberikan keputusan atau nasihat berhubung operasi, perniagaan, urusan dan aktiviti IKI yang boleh mencetuskan situasi ketidakpatuhan syariah;
d) Menimbang serta mengesahkan penemuan unsur ketidakpatuhan syariah oleh mana-mana pihak yang mempunyai fungsi yang berkaitan;
e) Mengesahkan langkah pembetulan dalam menangani situasi ketidakpatuhan syariah.
Tanggungjawab itu bukanlah satu tugas yang ringan sebenarnya. Kegagalan jawatankuasa syariah menjalankan tugasnya sebagaimana yang dikehendaki dalam APKI 2013 dan Dokumen Polisi Tadbir Urus Syariah 2019 akan membawa kepada hukuman yang berat jika disabitkan.
Oleh itu, berdasarkan kepada peruntukan dalam APKI 2013 dan Dokumen Polisi Tadbir Urus Syariah 2019, agak sukar bagi sesebuah jawatankuasa syariah untuk mengambil mudah dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Dalam memberi keputusan, mereka hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan dan dipersetujui dan semua prosedur itu hendaklah dinyatakan dalam piagam jawatankuasa syariah yang mula diwajibkan pada 2019 sebagaimana yang dinyatakan dalam Dokumen Polisi Tadbir Urus Syariah 2019.
Akhir kalam, dengan adanya rangka kerja penyeliaan serta tadbir urus syariah yang mantap, sepatutnya orang ramai menaruh keyakinan terhadap kepatuhan kewangan Islam di Malaysia dengan syariah. Wallahu a’lam.
* Dr Shamsiah Mohamad berpengalaman sebagai penyelidik isu-isu kewangan Islam dan Syariah
The post Kewangan Islam yang dikawal selia appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/27/kewangan-islam-yang-dikawal-selia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Islam Di Perak Mencabar Hanya Ada 2 Exco Pas

Kemenangan Islam Di Perak Mencabar Hanya Ada 2 Exco Pas

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 184 hits
Pas mendakwa kemenangan Islam di negeri Perak mempunyai cabaran yang sangat besar Ini kerana kata Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria Pas hanya sekadar mempunyai dua orang Exco Kerajaan Negeri Perak ada cabaran yang sangat besar dalam meng...
Bila Dah Jadi Kerajaan Pas Janji Nak Laksana Islam Ansur Ansur Pula

Bila Dah Jadi Kerajaan Pas Janji Nak Laksana Islam Ansur Ansur Pula

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 291 hits
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata Pas akan laksana Islam secara beransur ansur mengikut waqi Menurutnya Pas tetap bertekad memainkan peranan memartabatkan hukum hakam dan mengisi kemenangan Islam di negeri Perak Menurutnya kebera...
Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 233 hits
Muafakat Nasional akan meneroka kerjasama dengan pelbagai parti dan badan bukan Melayu Islam menurut Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa Annuar juga berkata Bersatu juga telah termasuk dalam sekretariat MN Sekretariat MN yg kini d...
460 Ribu Kendaraan Keluar Jakarta H 1 Hingga H 1 Libur Tahun Baru Islam

460 Ribu Kendaraan Keluar Jakarta H 1 Hingga H 1 Libur Tahun Baru Islam

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 305 hits
Angka tersebut merupakan kumulatif arus lalu lintas dari beberapa Gerbang Tol Barrier atau Utama yaitu GT Cikupa GT Ciawi dan GT Cikampek serta GT Kalihurip Utama
Warga Katolik Pilih Pemimpin Umat Islam Warga Kami Pilih Pemimpin Desa Bukan Pemimpin Agama

Warga Katolik Pilih Pemimpin Umat Islam Warga Kami Pilih Pemimpin Desa Bukan Pemimpin Agama

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 198 hits
Indonesia merupakan salah satu negara di dunia yang dianggap memiliki masyarakat dengan tingkat toleransi yang tinggi Keramahtamahan dan tingkat toleransi masyarakat Indonesia inilah yang mampu membuat masyarakat dunia terkagum kagum Hal in...
Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 325 hits
tibalah saat kalian harus kembali dan bertaubat kepada Allah Tibalah saatnya kalian meninggalkan segala teriakan kekesalan dalam hidup kalian dan gigihlah Tibalah masanya untuk kalian membangunkan diri kalian lalu melaksanakan solat Subuh b...
Matlamat Dan Perjuangan Pas Ialah Islam Kata Penganalisis

Matlamat Dan Perjuangan Pas Ialah Islam Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 501 hits
Penganalisis tidak memandang tinggi kemampuan PAS menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya umum akan datang Seorang mereka berkata parti itu cuba menjaga hati kedua dua pihak apabila bersetuju menganggotai jawatankuasa protem untuk mendafta...
Israel Bakal Muncul Sebagai Negara Mesra Islam

Israel Bakal Muncul Sebagai Negara Mesra Islam

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 216 hits
TIADA siapa menyangka presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang sering menjadi bahan ketawa orang ramai akan dikenang sejarah sebagai pencinta kedamaian berjiwa besar Berbanding pendahulunya Barrack Obama dari parti Democrat pemimpin kuli...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun