Matlamat Dan Perjuangan Pas Ialah Islam Kata Penganalisis



(FMT) – Penganalisis tidak memandang tinggi kemampuan PAS menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya umum akan datang .
Seorang mereka berkata, parti itu cuba menjaga hati kedua-dua pihak apabila bersetuju menganggotai jawatankuasa protem untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama blok Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, PAS sentiasa mencari jalan selamat dengan memakai banyak topeng, dengan merujuk kepada sokongan parti itu supaya bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyudahkan tempoh penuh jawatannya.
“Akhirnya mereka meninggalkan Mahathir,” katanya.
Beliau melihat persamaannya dengan keadaan semasa, dengan berkata bahawa PAS berkemungkinan akan terus menyokong PN sehingga Parlimen dibubarkan.
“Politik sentiasa berubah-ubah. Keadaan yang berlaku dalam Muafakat Nasional (MN) memang dijangka. PAS bermain politik selamat.
“PAS menyertai jawatankuasa protem dengan PPBM untuk mendaftarkan PN hanya bagi mengekalkan kedudukannya dalam PN dan pada masa sama kekal bersama-sama MN.
“Tetapi apabila Parlimen dibubarkan, PAS akan condong kepada parti yang lebih dominan. Pada waktu itu, PAS mungkin memilih Umno kerana mereka melihat peluang untuk menang dan terus berkuasa adalah lebih besar dengan Umno,” katanya.
Azman berkata, PAS tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin blok politik, tetapi akan terus menjadi pengikut. Sesuatu yang “sangat difahami oleh Umno”.
Beliau juga berkata, sukar bagi PAS untuk berperanan sebagai kuasa penentu kerana pengaruhnya terbatas di Pantai Timur.
“Tiada kemungkinan ia akan berdepan dengan Umno kerana jika itu berlaku, Umno akan menang. PAS akan mengikut mana-mana parti yang membenarkannya kekal berkuasa selepas sekian lama tidak berada dalam kerajaan.”
Semalam 2 sumber dalaman parti itu memberitahu FMT bahawa PAS menyasarkan peranan sebagai “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia menyertai jawatankuasa protem bersama-sama PPBM bagi mendaftarkan PN.
Seorang mereka berkata, PAS berharap untuk mengimbangi “kuasa” Umno ke atasnya dalam MN, dengan menyebut bahawa PPBM bukan ancaman terhadap parti Islam itu, berbanding Umno yang mempunyai lebih ramai ahli Parlimen.
James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, PAS tidak mungkin menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang kerana pengundi Melayu mempunyai banyak pilihan.
Katanya, dengan kemasukan parti baru Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad, keadaan bakal menjadi lebih menarik.
Beliau bersetuju dengan Azman bahawa kegagalan PAS keluar dari negeri Pantai Timur mengehadkan pengaruhnya dengan berkata, Umno menjadi penghalang terhadap parti itu untuk membesar menjadi sebuah pertubuhan kebangsaan.
Chin memberitahu FMT bahawa tidak memeranjatkan apabila PAS menyertai jawatankuasa protem bersama-sama PPBM untuk mendaftarkan PN kerana kedua-dua parti mahu memudarkan pengaruh Umno dalam mana-mana kerajaan gabungan.
“PAS memang melihat Umno sebagai ancaman kerana Umno tidak pernah bersetuju dengan negara Islam versi PAS. Umno mempunyai versi mereka sendiri tentang bentuk negara Islam yang diingini. Jadi dari segi ideologi mereka berbeza,” katanya.
Bagaimanapun menurut Chin, PAS tidak didorong oleh ideologi dalam isu pembentukan gabungan politik dengan berkata, parti itu pernah bekerjasma dengan DAP sebagai pembangkang sebelum ini.
“PAS hanya mahu berada dalam kerajaan bagi membolehkannya mempromosi versi negara Islam mereka. Apabila tiba waktunya mereka mahu mengubah Malaysia mengikut negara Islam versi mereka,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/21/matlamat-dan-perjuangan-pas-ialah-islam-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Percaya Ke Khadam Dap Kata Akan Teruskan Perjuangan Asal Pas

Boleh Percaya Ke Khadam Dap Kata Akan Teruskan Perjuangan Asal Pas

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 329 hits
Parti Amanah meneruskan perjuangan PAS era 1980 an yang membawa keluar parti Islam itu daripada perjuangan berteraskan Melayu Islam kata Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata mereka bertindak meninggalkan PAS kerana menentang ...
Ppbm Tak Layak Jadi Pakatan Melayu Islam Ahli Umno Perlu Undur Dari Kabinet Kata Ku Li

Ppbm Tak Layak Jadi Pakatan Melayu Islam Ahli Umno Perlu Undur Dari Kabinet Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 316 hits
August 28 2020 5 27 PMAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional sebaliknya hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan demi menjaga dan memelihara kestabil...
Video Pas Memalukan Islam

Video Pas Memalukan Islam

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 285 hits
Namun Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyanggah tindakan Kementerian kesihatan Beliau menegaskan mereka yang ingkar arahan kuarantin mandatori di bawah Akta Pen...
Ppbm Pas Star Dan Mic Adalah Gabungan Pn Kata Zahid

Ppbm Pas Star Dan Mic Adalah Gabungan Pn Kata Zahid

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 376 hits
TANJUNG MALIM Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MIC antara parti yang akan menjadi sebahagian gabungan Perikatan Nasional Beliau berkata selain MIC parti yang turut mendaftarkan PN termasuklah PPBM PAS dan STAR Meman...
Tiada Siapa Peduli Azmin Zuraida Di Sabah Kata Penganalisis

Tiada Siapa Peduli Azmin Zuraida Di Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 331 hits
Willie Jude KOTA KINABALU Penganalisis politik berkata tiada siapa peduli kehadiran Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang susulan lawatan kerja 2 menteri persekutuan itu ke Sabah baru baru ini Pe...
Wakil Pas Akan Dilantik Jadi Ahli Majlis Di Semua Pbt Johor Kata Mb

Wakil Pas Akan Dilantik Jadi Ahli Majlis Di Semua Pbt Johor Kata Mb

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 309 hits
Kerajaan Johor akan melantik wakil dari PAS sebagai Ahli Majlis di semua 16 pihak berkuasa tempatan di negeri itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ahli PH sejak Mac lepas susulan pertukaran kerajaan negeri Menteri Besar Hasni Moham...
Namakan Muhyiddin Bakal Pm Pas Tidak Faham Sensitviti Umno Kata Penyokong Najib

Namakan Muhyiddin Bakal Pm Pas Tidak Faham Sensitviti Umno Kata Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 420 hits
Pas tidak faham sensitiviti Umno apabila membuat kenyataan ini Samalah kalau kita kata Umno dan Pas setuju calonkan Mat Sabu jadi PM Apa perasaan Pas kata bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi ...
Pilihan Raya Mengejut Perlu Untuk Kestabilan Politik Kata Pas

Pilihan Raya Mengejut Perlu Untuk Kestabilan Politik Kata Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Orang Melayu mesti memperoleh kedudukan dominan dalam pilihan raya bagi memastikan kestabilan politik di negara ini kata pemimpin parti Islam yang juga tokoh kanan dalam gabungan kerajaan pada Rabu Malaysia menghadapi ketidakte...
Tahniah Kepada 6 Pimpinan Himpunan Penyokong Pas Atas Tamat Sijil Diploma Pengajian Islam

Tahniah Kepada 6 Pimpinan Himpunan Penyokong Pas Atas Tamat Sijil Diploma Pengajian Islam

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 442 hits
Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah ialah sebuah institusi latihan yang ditubuhkan oleh Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat yang bertujuan untuk memberikan latihan perkaderan kepimpinan dan dakwah secara nizom...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya