Keuntungan Bersih Petronas Turun 19 Peratus Kepada Rm26 2 Bilion Pada Separuh Pertama 2025


Keuntungan Bersih Petronas Turun 19 Peratus Kepada RM26.2 Bilion Pada Separuh Pertama 2025
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turun 19 peratus kepada RM26.2 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM32.4 bilion setahun sebelumnya, seiring dengan hasil yang lebih rendah.
Hasil syarikat minyak negara bagi tempoh itu turun 24 peratus kepada RM132.6 bilion berbanding RM173.6 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
Petronas berkata hasil yang lebih lemah untuk separuh pertama 2025 kebanyakannya disebabkan oleh pemberhentian operasi berikutan pelupusan kepentingannya dalam Kumpulan Engen pada Mei 2024, pertukaran asing yang tidak memberangsangkan dan harga realisasi purata lebih rendah daripada produk petroleum, minyak mentah dan kondensat, sejajar dengan aliran menurun dalam harga penanda aras.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata kumpulan itu kekal dalam komitmennya untuk mengukuhkan daya tahan perniagaan dan portfolionya bagi pertumbuhan jangka panjang dalam persekitaran makroekonomi yang semakin mencabar pada separuh pertama 2025.
“Menerusi pelaksanaan fokus strategi peralihan tenaga kami, pengoptimuman portfolio dan pengurusan modal berhemat, kami mempercepatkan transformasi kritikal untuk terus menyampaikan tenaga dengan selamat, boleh dipercayai dan mampan kepada mereka yang mendapatkan perkhidmatan Petronas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Muhammad Taufik menyata industri berdepan dengan peningkatan kos dan penurunan harga penanda aras yang memberikan tekanan kepada margin, Petronas akan menggandakan usahanya untuk memacu kecemerlangan komersial dan operasi, menyasarkan penggredan tinggi portfolio melalui perkongsian strategik dan mengekalkan pengawasan kewangan berdisiplin.
“Langkah-langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan Petronas dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan,” katanya.
Untuk separuh pertama 2025, Petronas merekodkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM54.4 bilion, turun 15 peratus sejajar dengan keuntungan lebih rendah, manakala aliran tunai daripada aktiviti operasi berjumlah RM48.1 bilion, penurunan sebanyak RM6.7 bilion kebanyakannya didorong oleh EBITDA lebih rendah dan sebahagiannya disebabkan cukai yang dibayar.
Jumlah aset meningkat kepada RM780.7 bilion pada 30 Jun, 2025 berbanding RM766.7 bilion pada 31 Disember, 2024, kebanyakannya disebabkan oleh kutipan bersih daripada terbitan nota dalam pasaran bon dolar US.
Ekuiti pemegang saham berjumlah RM437.1 bilion, merosot RM14.1 bilion, mencerminkan dividen yang diisytiharkan kepada pemegang saham dan pergerakan pertukaran asing, sebahagiannya diimbangi oleh keuntungan dalam tempoh tersebut.
Melangkah ke depan, Petronas menjangkakan harga minyak akan kekal lemah berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan, ketidaktentuan makroekonomi, perubahan landskap kawal selia dan penurunan pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) yang akan terus membentuk semula dinamik tenaga global dan aliran perdagangan.
Sumber: BERNAMA
The post Keuntungan Bersih Petronas Turun 19 Peratus Kepada RM26.2 Bilion Pada Separuh Pertama 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/29/keuntungan-bersih-petronas-turun-19-peratus-kepada-rm26-2-bilion-pada-separuh-pertama-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2482 hits
Rang Undang undang Pekerja Gig 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama Di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR 25 Ogos Rang Undang Undang Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib 1 2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di ...
Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan 2025

Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan 2025

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 908 hits
Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan 2025 KUALA LUMPUR 20 Ogos Kes membabitkan pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir merupakan yang pertama didakwa di bawah Seksyen 507C Akta Kanun Keseksaan 2025 yang m...
23 Ogos 2025 Dataran Malleh Pekan Tenom

23 Ogos 2025 Dataran Malleh Pekan Tenom

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1330 hits
Sejarah tercipta di bumi Tenom apabila berlangsungnya Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat DUN N 42 Melalap yang mendapat sambutan luar biasa rakyat Lebih 2 000 rakyat Tenom hadir memberi sokongan padu membuktikan ba...
Ruu Urban Renewal Act 2025

Ruu Urban Renewal Act 2025

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1792 hits
RUU URBAN RENEWAL ACT 2025Sekarang ni sedang hangat diperkatakan tentang cadangan RUU URA Ada yang menyokong ada yang membangkang Tapi ramai juga yang atas pagar buat donno pasal tak faham apa isu yang digaduhkan Rata yang aku nampak pihak ...
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2521 hits
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 selama t...
Ppim Nafi Ada Kaitan Dengan Gabungan E Hailing Malaysia Sinar Harian 27 08 2025

Ppim Nafi Ada Kaitan Dengan Gabungan E Hailing Malaysia Sinar Harian 27 08 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 4546 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gabungan E Hailing Malaysia seperti yang cuba didakwa oleh pihak tertentu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata w...
Savour The Spirit Of Merdeka At The Curve Merdeka Food Run 2025

Savour The Spirit Of Merdeka At The Curve Merdeka Food Run 2025

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 3437 hits
Hi Everyone Back by popular demand the Curve Merdeka Food Run 2025 is set to return this 30 August 2025 and it promises to be bigger better and more delicious than ever With twice the excitement and double the participation this year s even...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik