Ketuat Kaki Punca Kaedah Rawatan Dan Tips Pencegahan


Adakah anda sedang alami ketuat kaki? Walaupun pada kebanyakan masa ia tidak berbahaya, namun ia sangat mudah berjangkit kepada orang lain.
Biasanya ketuat boleh menyebabkan kulit luka, rasa tidak selesa, gatal dan sakit yang sederhana.
Selain kaki, ia juga boleh tumbuh di kawasan lain seperti jari, tangan dan muka. Apakah kaedah rawatan bagi ketuat kaki dan cara untuk mencegahnya? Ayuh ikuti perkongsian daripada kami.
Punca Ketuat Kaki Ketuat merupakan ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV).
Terdapat lebih daripada 100 jenis HPV dan boleh mengakibatkan pelbagai jenis gejala. Selain kaki, kawasan lain yang mudah dijangkiti ketuat adalah pada tangan dan jari.
Ketuat boleh berjangkit daripada satu individu kepada yang lain.
Perbuatan menggaru atau mengorek ketuat boleh mengakibatkan jangkitan merebak.
Kulit yang lembap akibat direndam, terluka atau calar juga lebih cenderung untuk dijangkiti ketuat.
Jenis Ketuat Terdapat tiga jenis ketuat yang boleh muncul pada badan iaitu.
Ketuat Biasa – bentuknya kecil, keras, kasar dan biasanya muncul pada bahagian jari.
Ketuat Plantar – ketuat jenis ini sering muncul di bawah tapak kaki terutamanya yang suka berkaki ayam.
Ketuat Flat – sering tumbuh pada kawasan muka dan tangan.
Kaedah Rawatan Dalam kebanyakan masa, benjolan ketuat boleh hilang dengan sendiri. Sekiranya anda rasa ia tidak mendatangkan apa-apa masalah dan tidak terlalu besar, membiarkannya adalah pilihan yang terbaik.
Namun, sekiranya ketuat kaki semakin membesar dan membuat anda tidak selesa, doktor mungkin akan mengesyorkan beberapa kaedah rawatan iaitu :
Ubat Sapu
Ubat sapu yang biasanya disarankan adalah Salicylic Acid yang berfungsi untuk membunuh sel-sel epithelium di bahagian kulit yang bermasalah. Ia perlu digunakan secara berterusan selama 12 minggu.
Cryotherapy
Untuk rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan bagi membunuh kawasan kulit yang bermasalah.
Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudiannya dibuang.
Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan akan hilang. Ia mengambil masa selama beberapa hari bagi luka di kawasan tersebut betul-betul baik.
Cara rawatan ini mungkin akan menyebabkan parut di kawasan kulit.
Pembedahan Kecil
Sekiranya ketuat masih tidak hilang walaupun pelbagai ikhtiar perubatan telah dilakukan, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan kecil untuk membuangnya.
Selain kaedah cryosurgery, terdapat juga beberapa kaedah pembedahan lain seperti penggunaan jarum elektrik dan laser.
Cara Mencegah Ketuat Jaga kebersihan diri dan persekitaran Jangan berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain. Basuh tangan dan keringkannya dengan kerap Jangan gigit kuku jari kerana ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera. Jangan garu atau cabut ketuat kerana ia boleh membuat virus merebak dengan mudah Jaga kawasan kulit yang terkena ketuat. Jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik. Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak daripada barangan individu yang mempunyai ketuat. Elakkan bersentuhan langsung dengan ketuat termasuk yang tumbuh pada badan sendiri. Pastikan kaki anda sentiasa bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin setiap hari. Jangan lupa untuk pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti bilik mandi di gym atau kolam mandi. Walaupun ketuat kaki tidak berbahaya pada kebanyakan masa, namun ia masih perlu dijaga dengan baik. Ini bagi mengelakkan jangkitan virus HPV kepada orang terdekat.
Jangan lupa untuk tetap jaga kebersihan diri dan dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya keadaan ketuat semakin teruk.
Sumber : Facebook Dr Zubaidi, Mayoclinic
Baca Juga : Sakit Tapak Kaki : Punca, Kaedah Rawatan dan Senaman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ketuat-kaki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ketuat-kaki

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siplis Lelaki Punca Gejala Pencegahan Awal Dan Rawatan

Siplis Lelaki Punca Gejala Pencegahan Awal Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 283 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit siplis lelaki risiko gejala serta rawatan atau pencegahan yang boleh diambil Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah penyakit siplis lelaki yang perlu anda tahu ...
Kaki Bengkak Punca Simptom Dan Tips Mencegah

Kaki Bengkak Punca Simptom Dan Tips Mencegah

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 188 hits
Adakah anda atau ahli keluarga sedang alami kaki bengkak Bengkak pada kaki atau edema mungkin dilihat sebagai perkara normal terutamanya bagi warga emas dan ibu hamil Dalam kebanyakan masa ia boleh diatasi dengan beberapa langkah pencegahan...
Sporo Kucing Punca Gejala Rawatan Cara Mengatasi

Sporo Kucing Punca Gejala Rawatan Cara Mengatasi

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 312 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan sporo kucing dan simptom awal yang boleh anda temukan dari kucing kesayangan anda Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah penyakit sporo kucing berserta cara rawatannya B...
Narsisistik Punca Ciri Ciri Cara Mengawal Rawatan

Narsisistik Punca Ciri Ciri Cara Mengawal Rawatan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 317 hits
Permahkah anda dengar tentang personaliti narsisistik Secara umumnya narsisistik adalah sikap seseorang yang terlalu mengagumi diri sendiri atau mempunyai sifat keakuan yang melampau Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka narcissism ...
Kencing Tikus Gejala Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Kencing Tikus Gejala Rawatan Dan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 305 hits
Memang gerun bila mendapat khabar tentang kematian akibat kencing tikus Penyakit ini juga sering disebut setiap kala tibanya musim banjir Lebih menakutkan ia boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang serius dan boleh berlaku kepada sesi...
Ubat Sembelit Jenis Dan Tips Rawatan Untuk Ibu Dan Bayi

Ubat Sembelit Jenis Dan Tips Rawatan Untuk Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 330 hits
Adakah anda sedang alami masalah sembelit Bila rasa sukar untuk membuang air besar perut boleh jadi tak selesa Ia bukan sahaja boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuk bayi dan warga emas Untuk atasi masalah ini secara berkesan anda perlu...
Nak Tau Tips Nak Bangun Subuh Awal Baca Ni

Nak Tau Tips Nak Bangun Subuh Awal Baca Ni

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 280 hits
Cikla agak ada sesetengah orang time Subuhlah time waktu paling susah nak bangun Orang tua tua kata waktu ni la aura kesetanan tu kuat Azan kat masjid tu punyalah loudspeaker rasa macam bunyi dia kat sebelah telinga je tapi still liat nak b...
Resepi Vietnam Roll Beserta Cara Masak Sos Vietnam Roll Dan 5 Tips Kulit Vietnam Roll Tak Melekit

Resepi Vietnam Roll Beserta Cara Masak Sos Vietnam Roll Dan 5 Tips Kulit Vietnam Roll Tak Melekit

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 320 hits
Vietnam Roll juga dikenali sebagai popia Vietnam atau g i cu n merupakan makanan tradisional Vietnam yang semakin popular di seluruh dunia ini memiliki Gulungan segar yang menawarkan satu kombinasi rasa yang menarik dengan isian lembut digu...
Netizen Mengecam Wanita Yang Berkongsi Tips Untuk Menang Dalam Perceraian

Netizen Mengecam Wanita Yang Berkongsi Tips Untuk Menang Dalam Perceraian

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 382 hits
PENCERAIAN pastinya boleh menjadi satu tempoh yang sukar dalam kehidupan sesiapa sahaja Selain itu terpaksa menguruskan pembahagian harta perumahan dan hak penjagaan kanak kanak menjadikan perkara lebih sukar dan memakan masa Seorang indivi...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu