Ketua Penerangan Pas Jangan Pesong Kenyataan Pm Amk




Ketua Penerangan Pas jangan pesong kenyataan PM – AMKPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 21, 2023
ShareAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia membidas Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin yang didakwa cuba memesongkan maksud sebenar kenyataan ucapan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu forum di Indonesia baru-baru ini.
Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Munim berkata walaupun syarahan umum Anwar pada forum Kepimpinan CTCORP itu mendapat pujian ramai terutamanya dalam kalangan pemimpin Indonesia, Khairil Nizam ternyata gagal mencerapi intipati ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
“Ucapan PM di Jakarta baru-baru ini adalah ayat contoh menggambarkan keadaan semasa tentang penguasaan ilmu pelbagai dan bahaya pemusatan kepakaran, tiada langsung kena mengena dengan serangan ke atas pengguna media sosial.
“Hakikatnya, tidak ada pihak yang terguris melainkan mereka yang benar-benar terkesan dengan mesej yang disampaikan.
“Khairil Nizam kelihatannya sengaja menggagalkan diri untuk memahami syarahan tersebut.
“Beliau memilih untuk bertindak bermain politik dengan emosi dan sentimen tanpa fakta, tindakan yang saling tidak tumpah seperti yang sering dipamerkan oleh presiden partinya,” kata Kamil dalam kenyataannya.
Khairil Nizam sebelum ini mendakwa ucapan Anwar yang menyentuh mengenai minat membaca dalam kalangan anak muda sebagai merendah-rendahkan daya intelektual rakyat Malaysia.
Dia turut mendakwa ucapan itu menyerang pengguna laman sosial terutama TikTok yang dakwanya secara majoriti membuat keputusan menolak kepimpinan PH – BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
“Kenyataan itu menimbulkan persoalan, adakah Ketua Penerangan Pas hanya berminat mengulas isu-isu berkaitan tabiat pengguna media sosial kegemaran sesetengah mereka, yang dirasakan memihak kepada naratif mereka.
“Perdana Menteri sendiri menyebut tabiat dan kecenderungan anak muda terhadap penggunaaan media sosial, ada sisi positifnya dan menolak untuk mengambil sikap menyerang kerana ia tidak lebih daripada soal budaya anak muda mengikut peredaran zaman.
“Maka apa yang digambarkan Ketua Pemuda Pas itu hanya bersifat memesongkan kenyataan sebenar PM,” tegas Kamil.
Selain itu, beliau menggesa Khairil Nizam agar belajar adab dan kualiti dalam mengeluarkan kenyataan sesuai kedudukannya dalam parti.
Beliau juga meminta Khairil meninggalkan budaya fitnah dan pemesongan fakta supaya tidak membebankan fikiran rakyat yang terpaksa membuang masa melayan karenah politik toksik yang tidak berkesudahan di negara ini.
“Sebagai pemimpin muda dalam Pas, Khairil seharusnya menggunakan ruang yang ada untuk membawa pendekatan politik yang lebih segar dan matang.
“Namun jelas, kebencian Pas dan PN terhadap sosok PM telah mengatasi keperluan politik dan ekonomi semasa, yang menuntut semua pihak untuk mencari jalan keluar daripada kemelut politik (toksik) yang melanda,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/ketua-penerangan-pas-jangan-pesong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebai Pas Mp Permatang Pauh Mohon Maaf Kenyataan Kafir Ingin Jatuhkan Islam

Lebai Pas Mp Permatang Pauh Mohon Maaf Kenyataan Kafir Ingin Jatuhkan Islam

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 205 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memohon maaf berhubung kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya yang mendakwa orang kafir berusaha untuk menjatuhkan agama Islam Muhammad Fawwaz yang juga ketua Pemuda PA...
Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Tidak Di Benarkan Lagi Muncul Di Tv Alhijrah

Ketua Pemuda Pas Pahang Dakwa Tidak Di Benarkan Lagi Muncul Di Tv Alhijrah

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 155 hits
KUANTAN Ketua Pemuda PAS Pahang Aireroshairi Roslan mendakwa dia menjadi mangsa pihak atasan dalam kerajaan apabila tidak lagi dibenarkan muncul dalam rancangan terbitan TV Alhijrah Beliau berkata dia dihubungi seseorang dari stesen televis...
Akar Umbi Tolak Kenyataan 140 Ketua Bahagian Desak Pertandingan

Akar Umbi Tolak Kenyataan 140 Ketua Bahagian Desak Pertandingan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 216 hits
agendaily com12 01 2023Seramai 140 ketua bahagian yang menyokong supaya dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan didakwa tidak mewakili suara akar umbi Ketika 140 ketua UMNO bahagian menyokong supaya dua jawatan tertinggi parti tid...
Hiburan Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Video Slowmo Sharnaaz Ahmad Di Mahkamah Jangan Sampai Aku Suka Duda Pulak

Hiburan Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Video Slowmo Sharnaaz Ahmad Di Mahkamah Jangan Sampai Aku Suka Duda Pulak

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 299 hits
Meskipun sudah beberapa hari namun video mempamerkan pelakon Sharnaaz Ahmad tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tular di aplikasi TikTok Video tersebut menunjukkan bapa kepada Jebat Jayden itu tampil bergaya ketika tiba di mahkamah denga...
Sri Mulyani Kalau Mau Indonesia Maju Jangan Tunda Pembangunan

Sri Mulyani Kalau Mau Indonesia Maju Jangan Tunda Pembangunan

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 308 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menegaskan pembangunan menjadi bahan bakar suatu negara untuk menjadi negara maju Untuk itu dia meminta pembangunan di Indonesia tidak bisa ditunda tunda demi mengantarkan negara ini meraih predikat ne...
Jangan Merenyam Dah Tahu Suami Orang Janganlah Kacau Wawa Zainal

Jangan Merenyam Dah Tahu Suami Orang Janganlah Kacau Wawa Zainal

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 187 hits
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak terjatuh hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang Menurut laporan Kosmo Online pelakon berusia 32 tahun itu berkata seb...
Erick Thohir Perangi Korupsi Dirut Bumn Jangan Sampai Diintervensi Politik

Erick Thohir Perangi Korupsi Dirut Bumn Jangan Sampai Diintervensi Politik

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 259 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir tidak memberikan toleransi bagi tindakan merugikan keuangan BUMN Sejak awal dia telah berkomitmen memperbaiki kondisi BUMN agar lebih transparan dan profesional
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey