Akar Umbi Tolak Kenyataan 140 Ketua Bahagian Desak Pertandingan


agendaily.com12/01/2023
Seramai 140 ketua bahagian yang menyokong supaya dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan didakwa tidak mewakili suara akar umbi.
Ketika 140 ketua UMNO bahagian menyokong supaya dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei depan, akar umbi dan perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di ibu negara sejak semalam (11 Januari 2023), pula berbeza pandangan.

Malah ada antara mereka menyifatkan tindakan ketua-ketua bahagian yang membuat kenyataan malam tadi berhubung dua jawatan itu, dianggap tidak membawa suara akar umbi UMNO.

Kebanyakan perwakilan dan akar umbi yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, mahukan semua lima jawatan utama UMNO – presiden, timbalan dan tiga naib presiden – dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Mereka mendesak kepimpinan baharu mengambil alih semua jawatan berkenaan, khusus dalam usaha untuk memulihkan imej parti yang tercemar akibat pemimpin tertingginya dikaitkan dengan rasuah, penyelewengan dan mementingkan diri.

Malam tadi, 140 ketua UMNO bahagian menyokong agar dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang kononnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, berkata parti masih memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepemimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Semua 140 ketua bahagian ini sebulat suara menyokong dua jawatan utama UMNO tidak perlu dipertandingkan, selain berharap Ahmad Zahid dapat menerima pandangan kami ini,” katanya pada sidang media di ibu negara, malam tadi.

Bagaimanapun, perwakilan dan akar umbi yang ditemui berkata imej UMNO pada mata rakyat tercemar teruk, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kekalahan kita (UMNO) pada PRU-14 disebabkan pihak lawan menggunakan isu penyelewengan dana 1MDB oleh presiden UMNO ketika itu. Bukan seperti yang Tok Mat (Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan) katakan malam tadi, bahawa parti lawan menggunakan perang kognitif ketika PRU-15.

“Ya… perang kognitif telah bermula sebelum PRU-14 apabila skandal 1MDB terbongkar, yang kemudian mengheret beberapa pemimpin UMNO ke mahkamah. Rakyat membaca berita-berita itu semua dan membuat tanggapan bahawa UMNO jahat, mahan rasuah… tidak amanah dan lain-lain.

“Akibatnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO hilang Putrajaya dirampas Pakatan Harapan (PH). Kekalahan itu ibarat teori domino di mana, pada awalnya Najib didesak meletak jawatan tetapi enggan berbuat demikian.

“Rakyat kemudian mencantas bahagian bawah untuk menjatuhkan pucuk pimpinan. Akhirnya dalam PRU-14 kita (UMNO) kalah,” kata perwakilan dari Utara tanah air yang enggan disiarkan namanya.

Katanya demikian juga ketika PRU-15 apabila kesan daripada skandal dan penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh UMNO, termasuk oleh Zahid, yang didakwa di mahkamah.

Menurutnya Zahid tidak boleh menyalahkan pihak lawan kerana beliau sendiri telah mengambil tindakan tidak disenangi akar umbi, termasuk tidak mencalonkan pemimpin yang dianggap boleh menang.

“Akar umbi melihat ketika pemilihan calon PRU-15 lalu, Zahid menggunakan kuasa sendiri seolah-olah diktator, hanya memilih orang sendiri menjadi calon… tidak menerima calon yang dianggap boleh menang.

“Contohnya, apabila Zahid tidak mencalonkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin. Ini menjejaskan sokongan anak muda dan orang ramai kepada BN dan UMNO.

“Populariti KJ (Khairy) sebelum PRU-15 melonjak dalam kalangan rakyat kerana beliau bertanggungjawab menangani pandemik Covid-19. Beliau adalah calon boleh menang tapi kenapa awalnya tidak dicalonkan atau diberi tempat sehingga kemudiannya diletakkan di kubu buat PH,” tambah pula seorang rakannya juga perwakilan dari Utara.

Kedua-duanya berpendapat masanya telah tiba untuk kepimpinan UMNO ditukar, khususnya menjelang PRN yang bakal diadakan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, tidak lama lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/akar-umbi-tolak-kenyataan-140-ketua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
140 Ketua Bahagian Umno Sokong Jawatan Presiden Timbalan Tidak Dipertandingkan

140 Ketua Bahagian Umno Sokong Jawatan Presiden Timbalan Tidak Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 113 hits
SERAMAI 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara semalam menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti Mewakili kumpulan ...
Konon Ada 140 Sokongan Daripada 191 Bahagian Tapi Kenapa Masih Pengecut

Konon Ada 140 Sokongan Daripada 191 Bahagian Tapi Kenapa Masih Pengecut

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 159 hits
Sekumpulan 140 Ketua UMNO Bahagian kononnyalah dilaporkan berkumpul malam tadi untuk menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan Bagaimanapun sokongan mereka bukan bagi mempertahankan Zahid Hami...
Kumpulan Ketua Bahagian Minta Jawatan Tertinggi Umno Tak Dipertandingkan

Kumpulan Ketua Bahagian Minta Jawatan Tertinggi Umno Tak Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 223 hits
Ketua Umno Wangsa Maju Mohd Shafie Abdullah pada sidang media mendakwa mewakili 140 ketua Umno bahagian menyeru supaya jawatan presiden Umno dan timbalan tidak dipertandingkan KUALA LUMPUR Sekumpulan ketua bahagian Umno menyeru jawatan pres...
Pau Perlu Patuh Kehendak Akar Umbi Parti

Pau Perlu Patuh Kehendak Akar Umbi Parti

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 130 hits
Punca kemerosotan sokongan dan penolakan pengundi kepada BN perlu disebutkan secara terbuka Pendirian akar umbi yang mahukan perubahan pucuk pimpinan juga perlu dinyatakan Masa berdepan secara jantan Ubat memang pahit untuk di telan namun i...
Bunda Corla Akui Tak Gila Harta Langsung Tolak Jam Tangan Mahal Dari Raffi Ahmad

Bunda Corla Akui Tak Gila Harta Langsung Tolak Jam Tangan Mahal Dari Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 128 hits
Wanita yang viral di media sosial Bunda Corla berkunjung ke rumah Sultan Andara Raffi Ahmad dan Nagita Slavina Di sana Nagita memberikan banyak sekali barang branded sebagai hadiah Raffi kemudian menawarkan koleksi jam tangan mahalnya Namun...
Wakil Ketua Komisi Iii Dukung Pengkajian Kembali Tilang Manual

Wakil Ketua Komisi Iii Dukung Pengkajian Kembali Tilang Manual

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 114 hits
Kepolisian mempertimbangkan kembali penerapan tilang manual Hal itu disampaikan Kakorlantas Polri Irjen Firman Santyabudi
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco