Ketua Pemuda Mca Perak Daniel Wa Wai How Gesa Perdana Menteri Meletakkan Jawatannya


 

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin Pemuda MCA bercanggah dengan pendirian partinya dengan bersuara menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.
Bercakap atas kapasiti peribadi, Ketua Pemuda MCA Perak, Daniel Wa Wai How mengatakan Muhyiddin harus memberi jalan kepada calon yang lebih berkelayakan untuk memimpin negara menangani Covid-19.
"Kita tidak dapat melihat hala tuju negara ini dengan jelas kerana kemelut politik yang berlaku telah menghakis keberkesanan pentadbiran kerajaan.
"Bagi saya secara peribadi, perdana menteri yang ada patut berundur secara terhormat supaya kerajaan dapat diganti dengan seorang perdana menteri yang baru," katanya kepada Sinar Harian.
Laporan itu turut memetik Wa mencadangkan agar tempoh perdana menteri baru diterhadkan kepada enam bulan untuk memantau usaha menangani pandemik Covid-19 sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan.
Wa, yang juga setiausaha Pemuda MCA Kebangsaan, dipetik berkata bahawa Muhyiddin harus sedar kegagalannya memandangkan situasi Covid-19 semakin buruk.
Dia menyorot bahawa kilang-kilang utama dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI) untuk beroperasi walaupun terdapat banyak kluster Covid-19 di tempat-tempat seperti itu.
Sebaliknya, katanya pemilik perniagaan kecil dan sederhana tidak dapat menjana pendapatan dan terpaksa memenuhi komitmen mereka seperti sewa dan utiliti.
""Bagi saya, rakyat Malaysia perlu seorang pemimpin yang boleh memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, bukan pemimpin yang menggunakan darurat bagi melanjutkan tempoh pemerintahannya," katanya yang turut berada di dalam Majlis Tertinggi MCA.
Antara pengganti Muhyiddin yang boleh dipertimbangkan, menurutnya, ialah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak, yang kini dalam proses mengemukakan rayuan berhubung kesalahan rasuah.
Walaupun pemimpin UMNO dilihat terpecah berhubung sokongan terhadap Muhyiddin, parti komponen BN lain termasuk MCA sebahagian besarnya memihak kepada presiden Bersatu itu.
MCA mempunyai dua anggota parlimen, iaitu Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong yang juga dan Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/ketua-pemuda-mca-perak-gesa-perdana.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Mca Perak Gesa Muhyiddin Berundur

Ketua Pemuda Mca Perak Gesa Muhyiddin Berundur

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comDiterbitkan 1 Aug 2021 6 44 pmDikemaskini 6 46 pmSeorang pemimpin Pemuda MCA bercanggah dengan pendirian partinya dengan bersuara menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Bercakap atas kapasiti peribadi K...
Perdana Menteri Dan Seluruh Kabinetnya Perlu Meletakkan Jawatan

Perdana Menteri Dan Seluruh Kabinetnya Perlu Meletakkan Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 322 hits
Oleh Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang Beberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat pada hari ini Isnin 26 Julai 2021 untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker Saya ingin berucap ringkas...
Mahfuz Perdana Menteri Lancar Peperangan Terhadap Agong

Mahfuz Perdana Menteri Lancar Peperangan Terhadap Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 202 hits
FAZLI RADZIAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Seri Mahfuz Omar menyifatkan Perdana Menteri melancarkan peperangan terhadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Menurut Naib Presiden AMANAH itu kerajaan Me...
Kenyataan Penuh Pejabat Perdana Menteri Berhubung Isu Pemansuhan Ordinan Ordinan Darurat

Kenyataan Penuh Pejabat Perdana Menteri Berhubung Isu Pemansuhan Ordinan Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 192 hits
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan M...
Bolehkah Yang Di Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri

Bolehkah Yang Di Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 311 hits
SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir akhir ini ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran Perlembagaan tanpa mengambil perhatian kepada keseluruhan peruntukan Perlembagaan Sekiranya ini b...
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 327 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Agong Tidak Boleh Pecat Perdana Menteri

Agong Tidak Boleh Pecat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 233 hits
Pakatan Harapan tidak boleh ambil alih kerajaan secara undi tidak percaya tak kisahlah undi tidak percaya pintu depan atau pun pintu belakang Sebab itu Pakatan Harapan berharap yang Agong akan pecat Muhyiddin Yassin kerana ingkar turut tita...
Kenyataan Balas Pejabat Perdana Menteri

Kenyataan Balas Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 239 hits
Pejabat Perdana Menteri pula membalas jawapan bagi mereka berkaitan dengan Kenyataan YDPA berkaitan isu pemansuhan ordinan darurat yang tidak dipersembahkan kepada baginda Saya kongsikan aje
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin