Ketua Hakim Negara Bukan Dipecat Tapi Bersara Ini Bezanya Reformasi Anwar Dan Diktator Mahathir











1. Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan bersara wajib sebagai Ketua Hakim Negara. Tiada pemecatan. Tiada tekanan. Tiada tangan ghaib.


2. Ini bukan 1988. Ini bukan zaman Tun Salleh Abas dipecat secara zalim oleh diktatorTum  Mahathir atas nama kuasa.


3. Ini zaman Malaysia Madani — di mana institusi kehakiman bebas dan tidak tunduk kepada politik.


4. FAKTA MUDAH MESTI DIFAHAMI


a. Pelantikan dan persaraan hakim tertakluk kepada Perlembagaan.


Perkara 125(1) Perlembagaan: umur persaraan wajib ialah 66 tahun dan 6 bulan.


b. Tun Maimun bersara ikut undang-undang. Bukan dipecat. Bukan disingkir. Ini penghormatan, bukan konspirasi.


c. PMX (Anwar Ibrahim) tidak campur dalam sebarang kes mahkamah. Kes Najib Razak (SRC), Syed Saddiq, Zahid Hamidi, Lim Guan Eng — semuanya dibicara dan diputuskan ketika PMX jadi Perdana Menteri.


d. Tapi tak pernah PMX arah, desak, minta rayuan ditarik atau keputusan dibincang.


e. Kalau benar PM campur tangan, Najib sudah bebas hari ini. Tapi tidak.


5. KENAPA NARATIF PEMBANGKANG INI SILAP?


a. Fadhli Shaari dan Takiyuddin main sentimen dua darjat. Konon Azam Baki dilanjut, Tun Maimun tidak.


Tapi Pembangkang sengaja kaburkan fakta:


▪️Ketua SPRM = badan eksekutif bawah PM.


▪️Ketua Hakim = institusi berasingan (judiciary), pelantikan melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), bukan suka-suka PM sambung.


b. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointments Commission – JAC) ditubuhkan pada tahun 2009, semasa pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak. 


c. Namun, penubuhan itu berlaku dalam konteks tekanan reformasi politik yang kuat daripada pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat (PR) pada waktu itu, serta desakan awam pasca krisis kehakiman 1988 dan skandal kehakiman era 1990-an dan 2000-an.


d. Institusi kehakiman rosak reputasinya akibat:


▪️Pemecatan Tun Salleh Abas (1988) – dianggap campur tangan politik oleh Tun Mahathir.


▪️Skandal pita video Lingam (2007) – pendedahan perbualan antara peguam dan tokoh tertinggi politik mengenai pelantikan hakim.


▪️Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap skandal Lingam menyarankan satu mekanisme bebas dan telus dalam pelantikan kehakiman


6. JASA ANWAR DAN PR AKHIRNYA JAC DITUBUHKAN


a. Akibat tekanan politik yang kuat, PR menang 82 kerusi Parlimen pada PRU12 tahun 2008, Barisan Nasional (BN) hilang majoriti 2/3 buat kali pertama sejak 1969, hanya menang 140 kerusi. Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang ketika itu,


▪️Masa itulah Akta 695 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 diluluskan, pembangkang sangat berperanan di Parlimen dan JAC mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2009 sehinggalah sekarang! 


7. KITA MAHU NEGARA YANG BERUNDANG-UNDANG, BUKAN BEREMOSI


JAC ditubuhkan tahun 2009 melalui Akta JAC 695, hasil tekanan reformasi — bukan idea Mahathir ataupun Hadi atau Muhyiddin. 


JAC kini lebih profesional dan terbuka. PM tak arah siapa naik, siapa turun.


Tiada PM dalam sejarah Malaysia yang lebih menghormati kebebasan kehakiman berbanding Anwar Ibrahim.


8. SEJARAH PENTING: Ketua Hakim Negara yang Tidak Disambung Selepas Umur 66 Tahun


▪️Tun Abdul Hamid Mohamad


Menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dari 2 November 2007 hingga 18 Oktober 2008. Beliau bersara pada umur 66 tahun dan tidak diberikan lanjutan perkhidmatan, meskipun mempunyai pengalaman luas sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.


▪️Tun Zaki Azmi


Berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari 18 Oktober 2008 hingga 9 September 2011. Beliau juga bersara tepat pada umur 66 tahun, tanpa sebarang sambungan. Tun Zaki terkenal sebagai tokoh yang memperkenalkan reformasi pentadbiran kehakiman, namun tetap mengikuti ketetapan persaraan tanpa lanjutan.


▪️Tun Arifin Zakaria


 Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dari 12 September 2011 hingga 31 Mac 2017. Beliau bersara pada umur 66 tahun tanpa pelanjutan, mengakhiri khidmatnya dengan penuh hormat dan mengikut Perlembagaan.


▪️Tun Md Raus Sharif


Menjawat jawatan Ketua Hakim Negara dari 1 April 2017 hingga 10 Julai 2018. Beliau mencapai umur 66 tahun pada 4 Februari 2018.


KESIMPULANNYA


Tiada tradisi sambungan automatik bagi Ketua Hakim Negarax Oleh itu, jika Tun Tengku Maimun Tuan Mat tidak disambung selepas 1 Julai 2025, ia adalah amalan biasa, bukan luar biasa — dan bukan juga satu bentuk tekanan atau campur tangan politik.


“JAC mungkin ditubuhkan zaman Najib, tapi benihnya ditanam oleh Anwar, PR dan rakyat. Tekanan reformasi yang Anwar pimpin sejak 1998 akhirnya ubah sistem yang dulu dikawal tangan politik.”


“Anwar tak bina JAC, tapi Anwar paksa pemerintah tunduk kepada desakan rakyat untuk tubuh JAC. Itulah jasa REFORMASI.”


 “Tun Maimun tak dipecat. Dia bersara ikut undang-undang. Ini bukan zaman Mahathir pecat Tun Salleh Abas. Ini zaman Anwar Ibrahim – zaman hukum, bukan dendam.”


“Kes Najib, Syed Saddiq, Zahid, Lim Guan Eng – semua dibicarakan masa Anwar jadi PM. Kalau Anwar campur, dah lama kes selesai ikut suka. Tapi tidak!”


“Pembangkang (PN) takut sebab sistem sekarang tak boleh dikawal macam dulu. Itu saja sebab sebenar mereka panik sebab Pemimpin Utama PN kini dalam perbicaraan kes Mahkamah.”


Syam Ghaz








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/ketua-hakim-negara-bukan-dipecat-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Bakal Ketua Hakim Negara Yang Baru

Siapa Bakal Ketua Hakim Negara Yang Baru

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 195 hits
Che IbrahimProses perlantikan seorang Ketua Hakim Negara akan ditentukan melalui mekanisme yang bertahap iaitu yang melibatkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman Perdana Menteri Majlis Raja Raja Melayu dan YDPA Lazimnya JAC akan mengesyorkan...
Rafizi Bersama 8 Ahli Parlimen Pkr Menggesa Penubuhan Rci Berkait Kemelut Lantikan Ketua Hakim Negara

Rafizi Bersama 8 Ahli Parlimen Pkr Menggesa Penubuhan Rci Berkait Kemelut Lantikan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 137 hits
Faida RahimRafizi bersama enam Ahli Parlimen PKR pada sidang media menggesa penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman Gambar Astro AWANI SHAHIR OMARPUCHONG Sem...
Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 216 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertu...
Ketua Polis Negara Malaysia Biodata Penuh Tempoh Pelantikan

Ketua Polis Negara Malaysia Biodata Penuh Tempoh Pelantikan

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 153 hits
Pada 20 Jun 2025 yang lepas Datuk Seri Mohd Khalid Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara Malaysia yang ke 15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara setelah tamat kontrak dua tahun Jawatan ini merupakan satu jawatan te...
Isu Ketua Hakim

Isu Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 230 hits
PM BOLEH REHAT MINDA DI LUAR NEGARABICARA LAMA LAGI APA APA HAL PUN BOLEH MINTA TANGGUH MERDEKA
Singgah Pasar Malam Sekolah

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu