Ketika Sedang Berdepan Kemelut Dalaman Umno Sahkan Tangguh Pemilihan


agendadaily.com
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
UMNO mengumumkan keputusan menangguhkan pemilihan parti hari ini ketika parti tersebut sedang berdepan kemelut dalaman susulan tindakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merancang jajaran baharu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Pemilihan tersebut akan ditangguh selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021 melibatkan semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata keputusan dicapai dalam mesyuarat MT dan selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 yang menyatakan MT berhak menangguhkan pemilihan.

“Pada 30 Jun 2021 ini genap tiga tahun pemilihan UMNO. Maka UMNO sepatutnya dalam keadaan biasa perlu membuat pemilihan semula.

“Namun, Mesyuarat MKT sebelum ini menetapkan agar UMNO merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mendapatkan panduan kerana negara dan rakyat sedang menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya telah menemui sendiri dan menulis surat kepada Ketua Pengarah MKN, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menulis kepada Ketua Pengarah ROS,” katanya.

Jelasnya, UMNO sudah menerima jawapan balas KKM dan MKN mencadangkan supaya mesyuarat dan pemilihan UMNO ditangguhkan sehingga Covid-19 kembali terkawal sekiranya ia tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian.

Beliau juga berkata terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan dengan melibatkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO.

“Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di bahagian, wanita, pemuda dan puteri.

“Semua ini mesti dijalankan secara serentak dalam tempoh dua hujung minggu. Tentunya sukar persidangan perwakilan bahagian empat peringkat diadakan secara serentak dalam keadaan wujudnya kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat atau PKP Diperketatkan,” ujarnya.

Ahmad Maslan menambah, UMNO tidak pernah melaksanakan mesyuarat dan persidangan dengan pemilihan secara dalam talian di semua peringkat dan pihaknya khuatir masalah akan berlaku sekiranya ada kesilapan teknikal yang tinggi dengan kesukaran liputan internet di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, beliau berkata, mesyuarat peringkat cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan tetap diadakan secara dalam talian tanpa diadakan pemilihan dengan kehadiran hanya satu perempat korum iaitu 25 peratus ahli yang terbabit.

“Ini untuk memenuhi prosedur tahunan pertubuhan. Jika ada pemilihan, tentunya tidak boleh syarat satu perempat kehadiran itu dipakai kerana semua ahli seramai 3.3 juta orang mempunyai hak untuk mengundi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Mesyuarat Pengurusan yang telah dibentang dalam Mesyuarat MT mencadangkan tarikh Mesyuarat Cawangan empat peringkat tanpa pemilihan perlu diadakan pada 15 Ogos hingga 30 September 2021.

Menurutnya, mesyuarat tersebut boleh diadakan dengan kehadiran hanya satu perempat atau 25 peratus daripada jumlah ahli dengan kaedah maya jika kawasan cawangan itu mempunyai liputan internet.

“Di kawasan luar bandar tanpa internet, bolehlah diadakan secara bersemuka, jika dibenarkan oleh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika tidak boleh mengadakan mesyuarat kerana halangan SOP dan halangan liputan internet, kebenaran hendaklah dipohon kepada Ibu Pejabat UMNO yang akan mendapatkan persetujuan daripada ROS,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/ketika-sedang-berdepan-kemelut-dalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Pemilihan Demi Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap

Tangguh Pemilihan Demi Jajaran Baharu Umno Bersama Anwar Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 212 hits
agendadaily com27 6 21UMNO sekarang ini dilihat lebih mesra dengan blok pembangkang selepas rancangan pembentukan jajaran baharu Perikatan 3 0 Penangguhan pemilihan UMNO semakin hampir menjadi kenyataan selepas beberapa ahli Majlis Tertingg...
Sahkan Kerjasama Dengan Anwar Dalam Pemilihan Umno Ahli Mt Beritahu Zahid

Sahkan Kerjasama Dengan Anwar Dalam Pemilihan Umno Ahli Mt Beritahu Zahid

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 189 hits
Jun 22 2021 11 00 AMKerjasama Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim bertentangan dengan keputusan diputuskan perhimpunan agung Umno baru baru ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Seorang ahli Majli...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Bersetuju Parti Itu Tangguh Pemilihan Selama 18 Bulan

Majlis Kerja Tertinggi Umno Bersetuju Parti Itu Tangguh Pemilihan Selama 18 Bulan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 219 hits
PETALING JAYA Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah bersetuju agar pemilihan jawatan di semua peringkat termasuk cawangan dan bahagian ditangguhkan selama 18 bulan bermula esok Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan ini a...
Mgnews Ahli Parlimen Umno Sedang Menunggu Keputusan Terkini

Mgnews Ahli Parlimen Umno Sedang Menunggu Keputusan Terkini

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 185 hits
Ahli Parlimen UMNO sedang menunggu keputusan terkini sama ada Parlimen akan dipanggil bersidang dalam masa terdekat atau sebaliknya Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata parti itu semenangnya menjunjung pandangan titah Y...
Pemilihan Umno Sah Ditunda Penentang Zahid Hendak Ke Mana

Pemilihan Umno Sah Ditunda Penentang Zahid Hendak Ke Mana

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 229 hits
Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini kini sah ditangguhkan selama 18 bulan berikutan bahaya penularan Covid19 masih lagi belum reda Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan mengesahkan pemilihan jawatan parti itu di semua peringkat a...
Cukup Cukuplah Zahid Heret Umno Sokong Cikgunya Buat Pemilihan Segera

Cukup Cukuplah Zahid Heret Umno Sokong Cikgunya Buat Pemilihan Segera

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 204 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diingatkan rakan pemimpin senior dalam parti Datuk Seri Nazri Aziz supaya berhenti daripada mengheret parti itu untuk menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga dianggap sebagai cik...
Ketika Umno Dilanda Krisis Kepercayaan Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan

Ketika Umno Dilanda Krisis Kepercayaan Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 251 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan bersama Ahli ahli Parlimen UMNO dan BN berkata mereka menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu agar sidang Dewan Rakyat dibuka secepat mungkin s...
Timbalan Menteri Umno Berkumpul Sambut Hari Bapa Ketika Pkp Penuh

Timbalan Menteri Umno Berkumpul Sambut Hari Bapa Ketika Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 247 hits
FAZLI RADZITimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Sri Dr Ismail Abd Muttalib dilihat mengadakan majlis sambutan Hari Bapa ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3 0 Sambutan di Kampung Sungai Ling Maran itu me...
Lagi Kes Peranti Yes Rosak Kali Ini Didakwa Meletup Ketika Sedang Dicas

Lagi Kes Peranti Yes Rosak Kali Ini Didakwa Meletup Ketika Sedang Dicas

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 145 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Pada minggu ini topik telefon pintar YES telah menjadi bualan hangat oleh pengguna media sosial Mana tidaknya pelajar baru sahaja menggunakan telefon pintar ...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar