Ketika Dunia Tengah Berperang Dengan Covid 19 Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China


Belum reda pandemik COVID-19 di seluruh dunia, satu lagi wabak muncul di China dipercayai berpunca daripada makanan eksotik, marmot.
Menurut The Guardian, sebuah hospital di Bayan Nur, Inner Mongolia melaporkan satu kes baru dipercayai wabak bubonik, wabak yang dilapor pernah membunuh sekitar 200 juta mangsa di seluruh dunia ketika Zaman Pertengahan.
Sebanyak empat kes telah dicatatkan di wilayah sama pada November lalu, termasuk dua kes wabak pneumonik yang boleh membawa kematian.
Dua kes berkenaan merupakan ahli keluarga yang telah memakan haiwan marmot, spesies rodensia yang berisiko membawa wabak itu.
Wabak bubonik dipercayai tersebar melalui pepijat yang dijangkiti bakteria Yersinia pestis manakala haiwan rodensia menjadi pembawa penyakit berkenaan.
Susulan itu, seramai 146 individu dipercayai kontak rapat mangsa telah dikesan untuk pemeriksaan dan rawatan.
Amaran tahap ketiga
Susulan itu, kerajaan telah mengeluarkan amaran tahap ketiga, peringkat kedua terendah dari sistem empat peringkat pada Ahad (semalam).
Amaran itu mengharamkan pemburuan dan aktiviti memakan haiwan yang boleh membawa wabak berkenaan.
Selain itu, pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang kes disyaki berpunca daripada wabak, termasuk demam tanpa sebab jelas. Orang ramai turut diminta melaporkan sebarang kematian haiwan marmot kepada pihak berkuasa.
Black Death
Wabak bubonik pernah dikenali sebagai Black Death ketika Zaman Pertengahan, menjadi wabak paling membunuh dalam sejarah manusia berikutan penularan pantas dari manusia ke manusia.
Penyakit bawaan haiwan rodensia ini dilapor telah membunuh sehingga 200 juta manusia di Eropah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak ini boleh tersebar melalui tiga cara, iaitu gigitan kutu pada rodensia yang telah dijangkiti bakteria, jangkitan melalui cecair badan atau bahan tercemar, serta titisan udara atau aerosol dari pesakit pneumonik seperti batuk atau bersin.
Wabak ini juga dikatakan tidak asing di China, namun penularan di sana semakin jarang berlaku. Sejak 2009 hingga 2018, China melaporkan 26 kes dengan 11 kematian.
Sementara itu tambah WHO, wabak ini boleh dirawat dengan mudah melalui penggunaan antibiotik pada zaman ini.

Sumber: The Guardian, The Sun UK, World Health Organisation (WHO)
The post Ketika Dunia Tengah ‘Berperang’ Dengan COVID-19, Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ketika-dunia-tengah-berperang-dengan-covid-19-wabak-bubonik-pula-dikesan-di-china/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wabak Bubonik Mampu Membunuh Dalam Masa 24 Jam Dikesan Di China

Wabak Bubonik Mampu Membunuh Dalam Masa 24 Jam Dikesan Di China

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 230 hits
Belum pun reda isu COVID 19 wabak bubonik pula dikesan di China BEIJING Dalam situasi dunia masih tercari cari vaksin bagi mengekang pandemik COVID 19 dua kes jangkitan wabak bubonik pula dikesan di sebuah bandar di utara China pada Ahad Ke...
Covid 19 Belum Reda Wabak Je Gigitan Nyamuk Culex Dikesan Berisiko Radang Otak

Covid 19 Belum Reda Wabak Je Gigitan Nyamuk Culex Dikesan Berisiko Radang Otak

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 252 hits
Dalam keadaan negara sedang melalui proses pemulihan Covid 19 rakyat mula dibimbangi pula dengan satu lagi wabak iaitu Japanese Encephalitis yang disebarkan oleh nyamuk Culex Sebelum ini melalui laporan Bernama terdapat dua kes JE dilaporka...
Trump Rancang Sekat Tiktok Dari China Pula Sebagai Hukuman Sebarkan Wabak

Trump Rancang Sekat Tiktok Dari China Pula Sebagai Hukuman Sebarkan Wabak

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 213 hits
Selepas menyekat teknologi Huawei dari menggunakan Google Mobile Service kali ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhasrat untuk menyekat aplikasi TikTok pula Langkah ini dilihat Trump sebagai hukuman kepada China yang menyebabkan p...
Pemuda 30 Tahun Meninggal Dunia Lepas Hadiri Parti Eksperimen Covid 19

Pemuda 30 Tahun Meninggal Dunia Lepas Hadiri Parti Eksperimen Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 372 hits
Idea parti Covid 19 semua orang berkumpul bersama untuk melihat sekiranya virus itu benar dan sekiranya ada yang dijangkiti Siapa sangka parti Covid 19 yang dihadiri bersama rakan rakan menjadi yang terakhir dalam hidupnya Itulah luahan ras...
Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid 19

Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 321 hits
SEOUL Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID 19 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea sebelum ini memberi amaran gelombang pertama wabak itu di Korea Selatan tidak p...
China Covid 19 Vaccine Approved For Its Military

China Covid 19 Vaccine Approved For Its Military

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 269 hits
China s military has approved a Covid 19 coronavirus vaccine for use within its ranks that has been developed by its research unit and a biotech firm the company said on Monday Organisations around the world are racing to find ways to treat...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 2 Julai 2020 Kemas Kini Mengenai Wabak Coronavirus Di Seluruh Dunia

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 2 Julai 2020 Kemas Kini Mengenai Wabak Coronavirus Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 381 hits
Data terbaru menunjukkan bahawa Amerika Syarikat terus menyaksikan peningkatan terbesar dalam kes jangkitan coronavirus kepada lebih dari 50 ribu kes sehari Ini jelas menunjukkan bahawa gelombang kedua wabak itu sedang berlaku di negara ini...
Terkini Covid 19 Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif Kkm

Terkini Covid 19 Satu Kluster Baharu Dikesan Di Kuching Dengan 2 Kes Positif Kkm

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 327 hits
Satu kluster baharu dikesan di Kuching Sarawak melibatkan sebuah syarikat kejuruteraan umum Kementerian Kesihatan Menurut satu kenyataan rasmi sebanyak dua kes positif COVID 19 dilaporkan daripada kluster tersebut Kes pertama kluster ini ad...
Selepas Amitabh Bachan Dan Anaknya Aishwarya Rai Pula Positif Covid 19

Selepas Amitabh Bachan Dan Anaknya Aishwarya Rai Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 300 hits
Mumbai Aktres Bollywood Aishwarya Rai disahkan positif Covid 19 sehari selepas suaminya Abhishek Bachchan dan bapa mertuanya Amitabh Bachchan disahkan positif virus sama Pegawai perbandaran Mumbai memaklumkan AFP anak perempuannya berusia l...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Online Presence Is Critical For Business

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam

Medical Follow Up Di Kpj Seremban

Dating Berdua Dengan Dania