Ketika Bernafas Sakit Belakang Terasa Mungkin Petanda 5 Penyakit Ini Hati Hati
Ketika Bernafas Sakit Belakang Terasa, Mungkin Petanda 5 penyakit Ini..Hati Hati
JIKA bahagian pinggang dan belakang badan berasa sakit setiap kali bernafas, jangan abaikan kerana ia boleh menjadi petanda kepada beberapa masalah kesihatan yang serius.
Dalam sesetengah kes, seseorang akan berasa bahagian belakang badan seperti menyucuk setiap kali bernafas – ia berkemungkinan disebabkan keradangan atau jangkitan pada paru-paru.
Berikut adalah beberapa penyebab sakit pada bahagian belakang badan ketika bernafas.
1. Skoliosis
Skoliosis adalah keadaan tulang belakang melengkung ke bahagian sisi dan masalah ini biasanya berlaku dalam kalangan remaja.
Dalam sesetengah kes, tulang belakang boleh menjadi melengkung sehingga memberikan tekanan pada paru-paru membuatkan penderita sukar dan berasa sakit ketika bernafas.
Gejala masalah skoliosis termasuklah; sakit belakang dan hilang rasa pada tangan, punggung dan tulang rusuk. Pesakit juga biasanya sukar berdiri tegak ketika berjalan dan mudah sesak nafas.
2. Serangan jantung
Masalah itu juga boleh dikaitkan dengan salah satu gejala serangan jantung. Ia mampu mengancam nyawa dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera.
Serangan jantung boleh terjadi apabila aliran darah ke otot jantung tiba-tiba tersumbat, contohnya disebabkan masalah darah beku. Gejala biasa serangan jantung termasuklah sakit dada, tangan berasa kebas, sakit pada bahagian rahang, sesak nafas, mual dan muntah.
3. Obesiti
Memiliki berat badan berlebihan dapat memberikan tekanan lebih pada tulang belakang, sendi dan bahagian tubuh lain. Individu dengan masalah obesiti biasanya akan berasa tidak selesa atau sakit ketika menarik nafas dalam-dalam.
4. Kanser paru-paru
Kanser paru-paru biasanya tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal namun tanda umum barah ini adalah sakit pada bahagian dada apabila bernafas dan batuk.
Sekiranya kanser sudah merebak ke organ lain, keadaan ini dapat menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan punggung. Tumor paru-paru juga dapat menekan saraf pada tulang belakang, mempengaruhi pernafasan dan menyebabkan sakit bahagian belakang badan.
5. Tulang rusuk patah
Jika bahagian pinggang terasa sakit ketika bernafas itu juga mungkin menandakan tulang rusuk seseorang patah tanpa disedari mungkin disebabkan kemalangan.
Ia turut menyebabkan rasa sakit di bahagian tulang rusuk ketika menarik nafas, bersin, ketawa atau membuat gerakan lain.
Gejala lain tulang rusuk patah termasuklah perubahan warna di bahagian tulang rusuk dan kekejangan otot.
Ketika Bernafas Sakit Belakang Terasa, Mungkin Petanda 5 penyakit Ini..Hati Hati
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan [VIDEO]
PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
Roti Canai Kayu Arang Viral
Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?
Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin
The post Ketika Bernafas Sakit Belakang Terasa, Mungkin Petanda 5 penyakit Ini..Hati Hati appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/19/ketika-bernafas-sakit-belakang-terasa-mungkin-petanda-5-penyakit-ini-hati-hati/