Ketegasan Mahathir Buka Mata Masyarakat Antarabangsa
Nama Malaysia terus mendapat tempat di dada-dada akhbar berbahasa Arab di Timur Tengah sejak Januari lalu berikutan kenyataan tegas Tun Dr Mahathir Mohamad menolak penyertaan dua perenang Israel dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini.Kolumnis tamu Al-Jazeera, Dr Muhammad Al-Umar memuji ketegasan Perdana Menteri Malaysia itu yang disifatkannya membuka mata banyak negara Islam, termasuk negara Arab yang sebelum ini dilihat ‘menutup sebelah mata’ dengan membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan sukan antarabangsa anjuran mereka.
Loading...
“Ketika negara Islam dan negara Arab yang lain menjadi tuan rumah bagi apa-apa temasya sukan, mereka menutup sebelah mata dan membenarkan penyertaan atlet Israel atas nama semangat kesukanan dengan alasan terdapat pemisahan antara sukan dan politik, Malaysia pula begitu berani berkonfrontasi secara terbuka dengan anak emas Amerika Syarikat di Timur Tengah itu,” ulas Muhammad.Pada 28 Jan lalu, selepas menghadiri taklimat tertutup bersama peneraju badan berkanun sempena Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau tidak kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.“Dia (IPC) nak batal, batallah. Saya dapati dunia terpaksa ikut (cakap) Israel, saya tidak faham kerana dunia ada kuasa tetapi masih terpaksa ikut Israel… tetapi kita tidak ikut.”Hak penganjuran Malaysia untuk kejohanan itu ditarik balik pada 27 Jan.Ahli akademik dari Universiti Katolik Leuven (KU Leuven), Belgium itu turut menjelaskan mengapa pendirian Malaysia mendapat pujian akhbar berbahasa Arab.
“Seperti yang kita sedia maklum, Israel didokong oleh kuasa-kuasa besar dan gergasi ekonomi dunia. Oleh sebab itu kita dapati kebanyakan negara tidak berani mencari pasal dengan Israel, malah mencuba sedaya-upaya untuk mengambil jalan selamat agar tidak membangkitkan kemarahan Amerika Syarikat dan sekutu Israel yang lain.“Begitu juga dengan kes Malaysia, kebiasaannya negara yang terpilih menjadi tuan rumah akan tunduk akur memberi laluan kepada Israel untuk menyertai temasya sukan di tanah air mereka kerana bimbang hak penganjuran akan ditarik balik setelah sekian lama melobi pihak penganjur. Namun berbeza sekali dengan Malaysia apabila tidak mengendahkan perkara ini."Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menegaskan pendirian Malaysia yang menghalang penyertaan dua atlet renang Israel itu."Kami tidak akan berkompromi… Jika penganjuran sesuatu acara antarabangsa lebih penting daripada mempertahankan rakyat Palestin yang dibunuh, dicacatkan dan diseksa oleh rejim Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah kehilangan arah moralnya."Mengulas lanjut, kolumnis Al-Jazeera itu berkata Dr Mahathir boleh sahaja membenarkan dua atlet Israel itu menyertai acara sukan bertaraf dunia tersebut dengan 'menyalahkan’ kerajaan terdahulu yang bersetuju menjadi tuan rumah sukan itu namun beliau tidak berbuat demikian.“Dr Mahathir boleh sahaja ‘basuh tangan’ menyalahkan kerajaan terdahulu bahawa persetujuan untuk membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan renang antarabangsa itu ditandatangani pada masa kerajaan terdahulu,“ kata Muhammad.Baru-baru ini, nama Dr Mahathir turut dijulang penonton televisyen di seluruh Semenanjung Tanah Arab berikutan pendirian Malaysia itu dengan meletakkan beliau sebagai juara carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera.Keputusan undian penonton menunjukkan Dr Mahathir memperoleh 49 peratus undi responden mengatasi tiga tokoh lain iaitu Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio (33 peratus), ulama Arab Saudi Dr Ahmed al-Amari (13 peratus) dan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Martin Griffiths (lima peratus).Dunia pasti tidak akan melupakan peristiwa yang tercatat dengan tinta emas ini dalam lipatan sejarah.- Bernama Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysianupdate.com/2019/02/ketegasan-mahathir-buka-mata-masyarakat.html