Ketawa Dalam Solat Adakah Solat Terbatal



Dalam solat, ada batasan dan peraturan yang akan menentukan sah atau tidak solat seseorang. Seandainya batasan ini dilanggar, maka solat boleh terbatal dan perlu diulangi semula. Setiap muslim wajib mengetahui perkara ini agar solat terjaga dan tidak melakukan perbuatan yang sia-sia.
Salah satu perkara yang dilarang dalam solat adalah bercakap. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menerangkan:
إِنَّ هَذِهِ الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيهَا شَىْءٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ
“Sesungguhnya solat ini tidak patut di dalamnya terdapat percakapan manusia. Kerana dalam solat hanya terdapat bacaan tasbih, takbir dan ayat Al-Qur’an” (HR. Muslim)
Hukum Ketawa Dalam Solat
Para ulama fiqh memutuskan bahawa ketawa dalam solat juga termasuk dalam bab bercakap dalam solat. Namun, ketawa yang bagaimana dikira membatalkan solat? Bagaimana pula kalau menahan ketawa dan sekadar tersenyum?
Di dalam kitab Al-Majmu’ ala Syarh Al-Manhaj, Imam Nawawi menjelaskan permasalahan ini sebagaimana di bawah:
قال: (فرع) في مذاهبهم في الضحك والتبسم في الصلاة: مذهبنا أن التبسم لا يضر وكذا الضحك إن لم يبن منه حرفان فإن بان بطلت صلاته
“Cabang permasalahan dalam menjelaskan pendapat-pendapat para ulama dalam menjelaskan status tertawa dan tersenyum dalam solat: Mazhab kita (Syafi’iyah) berpandangan bahawa sesungguhnya tersenyum saat solat tidak membahayakan (tidak membatalkan) solat, begitu juga tertawa jika tidak tampak dua huruf dari tawanya. Jika tampak dua huruf dari tawanya maka solatnya menjadi batal.” (Syeikh Abu Zakaria Yahya an-Nawawi, al-Majmu’ ala Syarh al-Muhazzab, Juz 4, Hal. 89)
Jika anda mempunyai anak kecil, atau tinggal bersama kanak-kanak, situasi di mana kita ditegur oleh mereka ketika solat adalah situasi yang biasa terjadi. Kadang-kadang telatah mereka mencuit hati sehingga membuatkan kita tersenyum dan ketawa.
Maka, ketika itu perlu diperhatikan apakah tindak-tanduk kita dalam solat. Jika hanya tersenyum dan menahan ketawa dan tidak mengeluarkan apa-apa bunyi yang nyata dua huruf (seperti yang diterangkan di atas) seperti ‘Ha ha’ atau bunyi huruf yang lain, maka solat masih sah dan boleh diteruskan seperti biasa.

Berdehem Dalam Solat
Dilanjutkan lagi perbincangan ini bagi perbuatan lain dalam solat seperti berdehem, menangis atau menghembus dengan mulut atau hidung.
Menurut Syeikh Mutawalli Sya’rowi pula, ketika berdehem, jika bibir tertutup maka tidak batal secara mutlak (baik keluar dua huruf atau tidak) bila bibirnya terbuka dan sampai keluar dari dehemnya dua huruf maka batal, bila tidak keluar tidak batal.
Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga menerangkan bahawa dalam Mazhab al-Syafie, berdehem itu perlu diperhatikan.Ia mungkin boleh membatalkan solat dan boleh jadi tidak. Jika dengan berdehem itu nyata sebutan dua huruf, sama ada memiliki makna atau tidak, atau satu huruf tetapi memiliki makna seperti “قِ” (Qi) yang bermaksud peliharalah, maka batal lah solatnya. Adapun jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal. Begitu juga dikiaskan dengan ketawa, menangis, mengaduh, dan menghembus dengan mulut atau hidung.
Rujuk al-Mu’tamad (1/224-225); Sabil al-Muhtadin (2/233)
Tambahan lagi, jika perbuatan berdehem itu adalah suatu perkara yang tidak dapat dikawal contohnya suara tidak dapat dikeluarkan dengan baik untuk membaca Al-Fatihah dengan betul, maka berdehem di sini dibenarkan sekalipun nyata dua huruf. Jika disengajakan dan tidak mempunyai keperluan, maka solatnya batal.
Peliharalah pelaksanaan solat kita dengan sebaiknya. Dengan mengambil tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan solat, kita akan lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan dalam solat seperti bacaan dalam solat, rukuk dan sujud dengan betul, menjaga thomakninah dan sebagainya. Semoga solat kita semakin menghampiri sempurna.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Ketawa Dalam Solat, Adakah Solat Terbatal? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/ketawa-dalam-solat-adakah-solat-terbatal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Mahu Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Adakah Peluang Kedua Buat Bekas Suami Ini Jawapan Tegas A Aida

Hanya Mahu Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Adakah Peluang Kedua Buat Bekas Suami Ini Jawapan Tegas A Aida

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 503 hits
SEGALA persoalan mengenai status rumah tangga Datuk A Aida dan Ariff Aziz akhirnya terjawab apabila produser itu mengumumkan mereka sudah be3rcerai secara baik pada 25 April lalu Hanya mahu cinta dan kasih sayang tapi adakah peluang kedua b...
Adakah Sambutan Raya Sebulan Itu Bid Ah

Adakah Sambutan Raya Sebulan Itu Bid Ah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 297 hits
Soalan Benarkah menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan sebagaimana yang dilakukan pada masa ini adalah bid ah Jawapan Hari raya merupakan musim untuk umat Islam bergembira dan berseronok Ini merupakan kegembiraan dan keseronokan bagi...
Pandang Pertama Xiaomi Mi 9t Adakah Ini Peranti Pembunuh Pesaing

Pandang Pertama Xiaomi Mi 9t Adakah Ini Peranti Pembunuh Pesaing

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 233 hits
Sebut sahaja Xiaomi pasti ramai yang mengenali akan jenama ini Xiaomi menjadi terkenal kerana menawarkan harga peranti mereka pada harga yang sangat mampu milik Tahun lepas Xiaomi telah mengejutkan dunia dengan sub jenama Pocophone Pocophon...
Adakah Dia Memang Ditakdirkan Untuk Kita Baca Perkongsian Ini

Adakah Dia Memang Ditakdirkan Untuk Kita Baca Perkongsian Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 193 hits
Adakah dia memang ditakdirkan untuk kita Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar mata untu...
Adakah Maszlee Kena Cucuk Hidung Hingga Pendidikan Islam Di Urus Teo Nee Ching

Adakah Maszlee Kena Cucuk Hidung Hingga Pendidikan Islam Di Urus Teo Nee Ching

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 491 hits
Bila Teo Nee Ching umumkan bantuan yang mencecah ratusan juta ringgit pada sekolah vernakular bos Kementerian Pendidikan Dr Maszlee Malik diam Bila di beritahu pada Maszlee ada berpuluh Sekolah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak yang berada da...
Norman Hakim Terharu Jadi Makmum Solat Tarawih Diimamkan Anak Sendiri

Norman Hakim Terharu Jadi Makmum Solat Tarawih Diimamkan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 434 hits
Pelakn berbadan sasa Norman Hakim cukup sinonim dalam kalangan masyarakat dewasa kini sebagai serang ketua keluarga yang berjaya mendidik anak anak dengan acuan berlandaskan agama Islam Anak sulung Norman Hakim bersama Abby Abadi iaitu Moha...
Panduan Cara Qada Solat

Panduan Cara Qada Solat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 664 hits
Ini adalah panduan qada solat iaitu cara menggantikan solat Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan qada solat yang betul Apa yang menarik Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam niat solat qa...
Solat Istikharah

Solat Istikharah

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 838 hits
Bagaimana cara solat istikharah Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat sunat istikharah Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami Doa istikharah juga turut dise...
Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

Ketua Kampung Maut Di Tembak Ketika Solat Witir Di Thailand

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 481 hits
NARATHIWAT Seorang ketua kampung maut manakala seorang lagi cedera ditembak ketika sedang menunaikan solat sunat witir di sebuah masjid di Daerah Rangae Narathiwat malam tadi Dalam kejadian kira kira 8 45 malam Ketua Kampung Awae Fakrudin T...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults