Ketatkan Lagi Undang Undang Supaya Scammer Tak Berani Lagi Buat Harian Metro 08 12 2023


 

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara digesa untuk merayu semula hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di Melaka terhadap 16 individu yang dijatuhi hukuman denda RM3,000 setiap seorang atau tujuh bulan penjara kerana melakukan penipuan dalam talian baru-baru ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya berasakan hukuman yang dijatuhkan itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh 16 individu tersebut.
Katanya, hukuman dikenakan seharusnya paling maksimum agar mereka yang melakukan penipuan dalam talian ini tidak berani melakukan kesalahan serupa selepas ini.
"Kita meminta Pejabat Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji balik dan membuat rayuan dalam masa 14 hari ini (berkenaan keputusan kes).
"Ada beberapa hari lagi (untuk dibuat rayuan) agar perkara ini tidak dilepaskan begitu sahaja dan mereka ini diberi hukuman yang setimpal," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PPIM di sini, hari ini.
Hadir sama dalam sidang media, Pengerusi Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizan Ibrahim.
Pada 28 November lalu, 16 individu dijatuhi hukuman denda keseluruhan RM48,000 oleh Mahkamah Majistret di Melaka selepas mengaku bersalah melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama sebagai pihak daripada pakatan jenayah telah melakukan kesalahan memperdayakan mangsa-mangsa di United Kingdom dalam tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
Mengulas isu sama, Mohd Fakrunizan pula melihat denda yang dikenakan sebanyak RM3,000 setiap seorang itu sebagai kecil dan tidak akan memberikan kesan kepada mereka yang melakukan penipuan dalam talian.
"'Scammer' ini selepas bayar (denda) RM3,000, dia buat balik dan (mendapatkan keuntungan) berpuluh kali ganda.
"Tolong ambil isu ini sebagai isu nasional dan ketatkan lagi undang-undang supaya 'scammer' ini tidak berani lagi membuat perkara seperti ini," katanya.
Beliau berkata, hukuman terhadap mereka yang melakukan penipuan dalam talian ini perlulah berat kerana yang menjadi mangsa kebanyakannya adalah individu susah.
"Pastikan hukuman lebih berat dikenakan kepada golongan ini sebab yang kenanya bukan orang senang tetapi orang susah dan orang kampung. Kadang-kadang yang mudah ditipu ini orang tua dan tidak berpendidikan.
"Kepada orang-orang ini, nilainya tinggi kepada mereka (kerana wang itu) hasil titik peluh masing-masing," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
'KETATKAN LAGI UNDANG-UNDANG SUPAYA 'SCAMMER' TAK BERANI LAGI BUAT'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1038527/ketatkan-lagi-undang-undang-supaya-scammer-tak-berani-lagi-buat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/12/ketatkan-lagi-undang-undang-supaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Cadang Tingkatkan Hukuman Kepada Penipu Dalam Talian Sinar Harian 08 12 2023

Ppim Cadang Tingkatkan Hukuman Kepada Penipu Dalam Talian Sinar Harian 08 12 2023

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan Jabatan Peguam Negara mengenakan hukuman paling berat kepada penipu dalam talian iaitu penjara selama lima tahun dan bayaran denda sehingga ratusan ribu Ketua Aktivisnya Datuk Nadz...
25 2023 Pgslot Pg Pgslot Top 27 By Jerome Punpro777 In

25 2023 Pgslot Pg Pgslot Top 27 By Jerome Punpro777 In

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 306 hits
Read Time 4 Minute 57 Second PGSLOT PGSLOT PG PG PG 100 PGSLOT PGSLOT 100 PUNPRO777 100 100 PGSLOT 500 1 1 1 1 iOS Android PGSLOT Pgslot OTP LINE 24 pgslot punpro777 in 29 January 66 Jerome pgslot Top 60 by Happy 0 0 Sad 0 0 Excited 0 0 Sle...
Pemprov Kaltim Raih Naker Award 2023 Kategori Pembina Produktivitas

Pemprov Kaltim Raih Naker Award 2023 Kategori Pembina Produktivitas

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 217 hits
Penghargaan diserahkan langsung oleh Wapres KH Maruf Amin dan diterima oleh Sekda Provinsi Kaltim Sri Wahyuni
Cara Tukar Nama Kereta Jpj Dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023

Cara Tukar Nama Kereta Jpj Dan Online Serta Harga Caj Tukar Nama Kenderaan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 398 hits
Tukar nama kereta adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan semasa proses jual atau beli kenderaan Seandainya berlaku apa apa insiden seperti kemalangan jalan raya pemilik kereta adalah dilihat mengikut nama yang tercatat pada ...
Posting Pertama Tahun 2023

Posting Pertama Tahun 2023

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Setelah sekian lama lebih dari setahun blog ini bersawang Ada la sesekali singgah jengok sekejap Sesekali tukar latarbelakang Kejadian ini berlaku mungkin atau pasti juga kerana telah akaun media sosial...
Akhir Tahun 2023 Bakal Berlabuh Tirai

Akhir Tahun 2023 Bakal Berlabuh Tirai

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 355 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat blogger Disember 2023 sudah menjelma Ia memberi alamat tahun 2023 bakal berlalu dan tahun 2024 bakal menjelma Sahabat sahabat semua sebelum Disember ini berlalu mari kita singka...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru