Ketahui Tanda Awal Dan Faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Kesihatan Mental


 


Pengenalan Tentang Kesihatan Mental
Beberapa tahun belakangan ini, kita sering disajikan dengan berita kematian akibat bunuh diri daripada setiap lapisan masyarakat dan yang lebih menarik perhatian apabila ia dilakukan oleh artis-artis terkenal antarabangsa seperti Korea Selatan, Jepun, Amerika bahkan dia Thailand.. Disebalik senyuman, dendangan lagu serta lakonan dalam menghiburkan peminat, mereka bergelut dengan masalah tertekan sehingga meragut nyawa mereka sendiri. Apa yang merisaukan kerana golongan selebriti ini merupakan figura awam dan perbuatan mereka kadangkala menjadi contoh kepada orang awam. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mendepani masalah ini tatkala berita tentang kematian bunuh diri semakin meningkat dan rata-ratanya berlaku dalam kalangan belia pelapis masa depan negara.
Fenomena ini mengejutkan ramai pihak terutamanya sektor perubatan kerana rawatan dan intervensi psikologi akan banyak diperlukan bagi merawat serta mencegah masalah ini daripada terus berlaku. Beban berkenaan kesihatan mental semakin meningkat dan cabaran dalam mendepani masalah ini semakin tinggi. Oleh itu, kesedaran awam berkenaan isu ini perlu disampaikan. Baca artikel ini untuk mengetahui tentang teori kesihatan mental, punca kesihatan mental kesihatan mental dan emosi dan kepentingan kesihatan mental dengan lebih lanjut.
Kesihatan mencakupi pelbagai sudut dan setiap orang disarankan untuk mencapai kesihatan holistik. Kesihatan holistik bukan sahaja dinilai secara fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental. Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ”Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”. Bagi kesihatan mental pula, tiada definisi tetap bagi menerangkan kondisi ini namun memetik Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan Malaysia, “Kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan individu lain, dengan mengunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama. Tambahan pula, tiada kriteria tetap dalam mengukur kesihatan mental yang baik ataupun tidak kerana pelbagai faktor dan ciri perlu untuk dipertimbangkan. Misalnya faktor sosial, fizikal, persekitaran dan biologikal. 
Ketahui Faktor Yang Menyumbang Masalah Mental
Perlu diketahui bahawa kesihatan mental merupakan suatu spektrum kondisi yang pada awalnya bermula dengan hanya rasa tidak selesa dengan persekitaran sekeliling, diri sendiri dan orang lain dalam memenuhi cabaran hidup sehinggalah kepada situasi yang menganggu kehidupan seharian yang mana memerlukan rawatan. Oleh hal yang demikian, penting untuk mengetahui akan faktor yang menyumbang kepada masalah ini agar intervensi awal dapat dilakukan.
Faktor ini pula dikelaskan kepada dua yang yang diubah yang tidak boleh diubah. Faktor yang boleh diubah ada seperti berikut:
Faktor persekitaran. Faktor ini mengambil kira keadaan sekeliling seseorang seperti kawasan, tempat kerja dan rakan-rakan. Perhubungan dengan orang sekeliling seperti kawan-kawan menjadi faktor kepada masalah mental seperti pergaduhan, cemburu atau ditipu oleh rakan sendiri. Hal ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya jika wujud situasi seperti tekanan daripada rakan sebaya. Statistik kesihatan mental di malaysia 2019 menunjukkan bahawa kawasan persekitaran tempat tinggal pula, masalah mental adalah lebih tinggi dalam kalangan masyarakat bandar (12.6%)  berbanding luar bandar (8.5 %).
Faktor pekerjaan. Am mengetahui tentang tekanan ketika bekerja tatkala perlu untuk melakukan tugasan dalam masa yang diberikan, memenuhi target bulanan serta tahunan dan bagi yang tidak bernasib baik mungkin perlu untuk berurusan dengan majikan yang garang. Perkara ini kerap menyumbang kepada masalah depresi terutamanya bagi pekerjaan yang memerlukan komitmen masa dan tenaga yang tinggi
Faktor keluarga. Didapati bahawa seseorang yang memiliki masalah keluarga yakni ibu bapa sering bergaduh di rumah mahupun keluarga yang mengalami masalah penceraian sering mengalami masalah tertekan. Berdasarkan kajian daripada portal kesihatan MyHealth sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar masalah mental adalah paling tinggi dalam kalangan mereka yang bercerai (13.6%); diikuti oleh bujang (13.1%) balu (12.2%) dan mereka yang berkahwin. (10.5%). 
Faktor pendidikan. Tahap pendidikan seseorang juga menyumbang kepada masalah mental. masalah mental adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang tiada pendidikan atau berpendidikan  rendah (15-16%).
Bagi faktor yang tidak boleh diubah pula, ia merangkumi jantina, umur dan etnik seseorang. Berdasarkan kajian lebih ramai wanita mengalami masalah mental (55%) berbanding lelaki (45%). Bagi faktor biologi, ia termasuklah sejarah keluarga yang pernah mengalami masalah mental seperti skizofrenia ataupun depresi.
Apakah Tanda-Tanda Yang Boleh Dialami Jika Kesihatan Mental Terganggu ?

Mengalami gangguan tidur seperti insomnia, atau tidur lebih kerap dan lama dari kebiasaan.

Menyendiri dan tidak bersosial seperti biasa dengan orang disekeliling
Sering tidak bertenaga dan kelihatan lemah
Kelihatan seperti tiada harapan dan hilang arah tuju
Sering marah, pelupa, sedih dan senang untuk berasa jengkel dengan tindak tanduk orang sekeliling.
Mengalami ‘mood swing’ terutamanya ketika berhubung dengan pasangan.
Terfikir untuk mencederkan diri sendiri
Terdengar suara dan percaya kepada sesuatu yang tidak benar.
Tidak berupaya untuk mengendalikan rutin harian seperti kerja atau sekolah.

Ketahui Beberapa Penyakit Yang Berkaitan Dengan Masalah Mental

1. Masalah keresahan ataupun Generalised Anxiety Disorder

Seseorang yang mengalami masalah ini sering berasa risau akan pelbagai masalah dan hal ini akan mengundang keresahan. Antara simptom lain yang akan dirasai oleh pesakit adalah seperti masalah tidur terganggu, otot tegang, senang marah dan juga lemah badan.



2. Masalah yang berkaitan dengan mood.
Seseorang yang mengalami masalah mood boleh berada pada keadaan sedih mahupun mania. Mania merujuk kepada keadaan seseorang apabila seseorang sangat bertenaga dan gembira. Selain daripada mania, masalah mood sedih juga boleh dialami dan ia merupakan simptom yang amat lazim berlaku dan menyumbang kepada masalah depresi.

Sakit Bipolar . Sakit ini merujuk kepada seseorang yang ada simptom mania dan juga sedih. Pesakit yang mengalami masalah ini sering mengalami mood yang berubah-ubah. Ketika mereka berada pada keadaan mania, mereka amat bertenaga, bercakap dengan laju dan petah, boros dan menpunyai banyak idea untuk diluahkan.
Masalah tertekan ataupun kemurungan. Dalam terma perubatan, masalah ini dikenali sebagai Major Depressive Disorder (MDD). Sakit ini saban hari meningkat dalam kalangan komuniti. Setiap orang pastinya pernah mengalami masalah tertekan dalam hidup mereka namun bagi pesakit MDD, keadaan tertekan atau murung ini berlarutan lebih 2 minggu dan tidak boleh untuk melakukan rutin harian dengan baik.

3. Masalah skizofrenia.
Masalah ini merupakan satu spektrum yang amat luas iaitu pesakit boleh mengalami halusinasi, berilusi dan juga merasakan sesuatu yang tidak wujud. Ia boleh untuk dikelaskan kepada simptom positif seperti delusi dan halusinasi. Bagi simptom negatif pula, ia termasuklah kurang motivasi dan mood yang tidak bersesuaian dengan persekitaran.
Ditulis oleh
Fready Luke
MBBS (Unimas)
Kredit : DoctorOnCall
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/08/ketahui-tanda-awal-dan-faktor-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungi Talian Kasih 15999 Masalah Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera

Hubungi Talian Kasih 15999 Masalah Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 210 hits
Hubungi Talian Kasih 15999 Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera Kesihatan mental secara ringkasnya adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup Setiap individu mentakrif...
Bn Pn Gila Kuasa Mahu Tpm Pilihan Raya Awal Tidak Peduli Masalah Rakyat

Bn Pn Gila Kuasa Mahu Tpm Pilihan Raya Awal Tidak Peduli Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 211 hits
Perebutan kuasa berterusan antara BN dan PN yang membentuk Kerajaan Persekutuan seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka tidak mengambil berat kesusahan orang lain pada era pasca pandemik Covid 19 Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda K...
Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh Nurul Najihah Isu perubatan ganja sedang hangat diperkatakan sekarang Banyak penyelidikan telah dilakukan yang membuktikan bahawa cannabidiol iaitu bahan aktif dalam ganja boleh merawat pelbagai keadaan termasuklah penyakit kronik dan ...
Tanda Tanda Awal Strok Haba Yang Anda Harus Ketauhi

Tanda Tanda Awal Strok Haba Yang Anda Harus Ketauhi

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 252 hits
Hari ni KL punya bacaan suhu 40 C Cuaca nampak tak panas tetapi bahang terasa rimas panas tak selesa semua ada ada sesetengah tmpat petang petang hujan KL pun hujan tapi tak lebat la Ahad lepas Seremban hujan lebat baru la tak rasa tido dal...
Kanak Kanak Tidur Kurang 9 Jam Sehari Berisiko Alami Masalah Mental

Kanak Kanak Tidur Kurang 9 Jam Sehari Berisiko Alami Masalah Mental

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 524 hits
Satu kajian mendapati kanak kanak dalam lingkungan usia pelajar sekolah rendah yang tidur kurang sembilan jam setiap hari berisiko mengalami perbezaan ketara di kawasan otak yang berfungsi berkaitan memori dan kecerdasan Hasil kajian pasuka...
Buasir Otak Tv Masalah Orang Bernama Wan

Buasir Otak Tv Masalah Orang Bernama Wan

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 187 hits
Hanya orang yang bernama Wan atau nama panggilannya Wan sahaja yang faham masalah ni Jom tonton animasi ini
Apa Masalah Entah Wanita Salahkan Pemilik Kereta Di Parkir Tapi Kena Sekolah Dengan Netizen Sebab

Apa Masalah Entah Wanita Salahkan Pemilik Kereta Di Parkir Tapi Kena Sekolah Dengan Netizen Sebab

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 236 hits
Baru baru ini viral di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Sid Razali yang memaparkan tangkap layar hantaran seorang wanita di laman Facebook Menerusi hantaran tersebut wanita itu meluahkan r...
Hiburan Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk

Hiburan Dah Selesai Kes Dera Di Mahkamah Kali Ini Amber Heard Dakwa Johnny Depp Ada Masalah Mati Pucuk

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 208 hits
Perbicaraan kes keganasan antara bintang Hollywood Amber Heard dan Johnny Depp meskipun sudah berakhir namun masih diperkatakan sehingga ke hari ini Terbaru peguam Amber Heard mendedahkan bahawa pelakon Johnny Depp sebenarnya mengalami masa...
Kesan 12 Tahun Hidap Kanser Elyana Alami Masalah Penglihatan Amp Pendengaran

Kesan 12 Tahun Hidap Kanser Elyana Alami Masalah Penglihatan Amp Pendengaran

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 132 hits
Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal Elyana baru sahaja sembuh daripada kanser limfoma yang dihidapinya Dia yang menjuang selama 12 tahun melawan kanser dilihat melalui pelbagai masa jatuh bangun untuk mendapatkan kembali kesihatannya O...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator