Kanak Kanak Tidur Kurang 9 Jam Sehari Berisiko Alami Masalah Mental


Satu kajian mendapati kanak-kanak dalam lingkungan usia pelajar sekolah rendah yang tidur kurang sembilan jam setiap hari berisiko mengalami perbezaan ketara di kawasan otak yang berfungsi berkaitan memori dan kecerdasan.


Hasil kajian pasukan penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Maryland (UMSOM) itu dikaitkan dengan masalah kesihatan mental seperti tekanan, kegelisahan dan tingkah laku impulsif dalam kalangan kanak-kanak yang kurang tidur berbanding mereka yang tidur antara sembilan hingga 13 jam.

Pasukan penyelidik itu menganalisis maklumat yang dikumpulkan daripada lebih 8,300 kanak-kanak berumur sembilan hingga 10 tahun yang mengambil bahagian dalam kajian Pembangunan Kognitif Otak Remaja (ABCD).

"Kami mendapati kanak-kanak yang tidur kurang sembilan jam, mengalami kekaburan di kawasan otak yang mengawal perhatian, memori dan perencatan berbanding mereka yang cukup tidur.

"Perbezaan ini berterusan selepas dua tahun sekali gus membayangkan bahaya jangka panjang bagi kanak-kanak yang tidak cukup tidur," kata pengarang kajian, Profesor Ze Wang.

Kajian tersebut adalah antara kajian pertama yang menunjukkan kemungkinan kesan jangka panjang kurang tidur kepada perkembangan neurokognitif kanak-kanak.

KANAK-KANAK PERLU CUKUP REHAT

Tidur sangat penting untuk kanak-kanak bagi mencapai pembesaran dan perkembangan optimum.

Sama ada membabitkan anak kecil berusia dua tahun atau remaja, kajian menunjukkan bahawa rutin waktu tidur yang konsisten membantu memastikan anak mendapat tidur yang cukup.

Suruhanjaya Mengakhiri Obesiti Kanak-kanak mendapati bahawa masa tidur yang mencukupi, aktiviti fizikal dan cara hidup sedentari adalah banyak berkait serta memberi kesan jelas terhadap kesihatan dan kesejahteraan fizikal selain mental kanak-kanak.

Menjaga dan memperbaiki isu ini dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak akan menyumbang kepada perkembangan motor dan kognitif kanak-kanak serta kesihatan sepanjang hayat.

Pakar Perunding Pediatrik Perkembangan Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Norazlin Kamal Nor berkata, tidur memberi peluang untuk otak kanak-kanak berehat dan memproses maklumat yang diterima otak ketika berjaga.

Kanak-kanak perlu mendapatkan jumlah waktu tidur yang mencukupi pada sebelah malam untuk membantu mereka kekal fokus dan meningkatkan prestasi akademik.

Kanak-kanak dan remaja yang tidak cukup tidur berisiko menghadapi masalah kesihatan, termasuk obesiti, diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes) dan pencapaian daya mental yang kurang.

Mereka juga lebih berkemungkinan mengalami masalah perhatian dan tingkah laku yang boleh menyumbang kepada prestasi akademik yang lemah di sekolah.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat tidur mencukupi antaranya, tiada rutin tidur dan sleep hygiene yang sesuai.

Selain itu, makan lewat kurang dari tiga hingga empat jam sebelum tidur turut menyumbang kepada permasalahan ini.

Ada juga kanak-kanak yang terikut tabiat tidur ahli keluarga lain yang tidur lambat. Ada kanak-kanak yang tidur siang terlalu lama dan menyebabkan mereka lewat masuk tidur pada sebelah malam.

Pemberian gajet yang diberi terlalu awal, secara tidak terkawal dan tidak dipantau boleh menyebabkan masalah kurang tidur dalam kalangan kanak-kanak.

Ibu bapa dan penjaga perlu mengelak memperkenalkan alat gajet atau alat elektronik untuk kanak-kanak di bawah dua tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas perlu dipantau penggunaan gajet serta dikurangkan ke satu hingga dua jam sehari.

Gantikan penggunaan gajet dengan bermain dengan anak, membaca dengan anak dan melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Kesan kekurangan tidur boleh menyebabkan kanak-kanak kepenatan, susah bangun, mengantuk pada sebelah siang, tidur di sekolah dan sukar memberi tumpuan sepenuhnya.

Ia boleh menjejaskan perangai dan mood kanak-kanak di mana perangai susah mengawal diri, mungkin lebih cepat menangis, sedih dan kecewa.

Situasi ini boleh menjejaskan pembelajaran dan daya ingatan.

Mengulas lanjut, ia juga boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan badan yang dikaitkan dengan masalah kurang tidur, termasuk masalah kenaikan berat badan dan obesiti kerana metabolisme badan terjejas.

Kanak-kanak yang tidak cukup tidur juga lebih kerap terbabit dalam kemalangan kerana kecuaian dan kurang peka pada persekitaran.

Beberapa kaedah yang boleh diguna pakai untuk melatih anak tidur awal termasuk mengamalkan 'good sleep hygiene.'

Selaraskan masa dengan masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Jadikan ia sebagai rutin.

Elakkan daripada melakukan aktiviti yang terlalu merangsang kanak-kanak seperti penggunaan gajet sebelum masuk tidur.

Kanak-kanak perlu diberi makan malam lebih dari empat jam sebelum tidur supaya penghadaman tidak mengganggu rutin tidur.

Satu cara yang boleh membantu kanak-kanak tidur lebih lena adalah dengan beriadah atau menjalankan aktiviti fizikal pada sebelah siang, contohnya menunggang basikal, berlari atau berjalan setiap hari atau selang sehari selama 30 hingga 45 minit sehari.

Kita berharap agar kanak-kanak semakin sihat dan berpeluang mencapai perkembangan dan tumbesaran terbaik dengan mendapat tidur yang mencukupi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kanak-kanak Kurang Vitamin D Rendah IQPunca Stres Dan Bahayanya Kepada Kanak-kanak Serta Remaja
sumber: (1)(2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/08/bahaya-kanak-kanak-kurang-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Mengatakan Memandu Lebih 2 Jam Sehari Boleh Akibatkan Seseorang Jadi Bodoh

Kajian Mengatakan Memandu Lebih 2 Jam Sehari Boleh Akibatkan Seseorang Jadi Bodoh

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 217 hits
Kereta kini adalah satu keperluan terutamanya bagi mereka yang menggunakannya untuk ulang alik ke tempat kerja Siapa yang bekerja di bandaraya terutamanya bandaraya besar seperti Kuala Lumpur Johor dan Pulau pinang pasti tidak boleh lari de...
Kesan 12 Tahun Hidap Kanser Elyana Alami Masalah Penglihatan Amp Pendengaran

Kesan 12 Tahun Hidap Kanser Elyana Alami Masalah Penglihatan Amp Pendengaran

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 124 hits
Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal Elyana baru sahaja sembuh daripada kanser limfoma yang dihidapinya Dia yang menjuang selama 12 tahun melawan kanser dilihat melalui pelbagai masa jatuh bangun untuk mendapatkan kembali kesihatannya O...
Telefon Meletup Atas Dada Kanak Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tidur

Telefon Meletup Atas Dada Kanak Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 251 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis Jawa Barat pada Rabu Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya Menurut Ketua Kampung Dedi kejadian berlaku sebaik...
Nasib Kurang Baik Driver Tidur Haqiem Stopa Reda Kena Sama 4n Dulu Nak Ambil Lesen Memandu Duit Tak Cukup

Nasib Kurang Baik Driver Tidur Haqiem Stopa Reda Kena Sama 4n Dulu Nak Ambil Lesen Memandu Duit Tak Cukup

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 271 hits
GARA GARA memandu kereta tanpa lesen selebriti media sosial iaitu Haqiem Stopa disam4n polis ketika melalui satu sekatan jalan raya
Hilang Gaji Demi Menjaga Bapa Yang Kini Koma Setelah Alami Str0k Otak

Hilang Gaji Demi Menjaga Bapa Yang Kini Koma Setelah Alami Str0k Otak

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 179 hits
Kasih sayang seorang pemuda terhadap bapanya tidak berbelah bahagi apabila dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji sebagai penyelenggara syarikat pam minyak demi menjaga orang tua nya itu yang kini k0ma selepas mengalami str0k otak sejak 16 J...
Potret Bu Kades Cantik Bangun Jam 3 Pagi Demi Antar Warganya Disunat

Potret Bu Kades Cantik Bangun Jam 3 Pagi Demi Antar Warganya Disunat

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 147 hits
Sebagai seorang Kepala Desa Ibu Eni sudah semestinya memperhatikan warga Desanya Baru baru ini Ibu Eni mengantarkan salah satu warganya sunat di Kosambi Bahkan Ia rela untuk bangun jam 3 pagi Melansir dari YouTube Eni Bu Kades Jumat berikut...
Merawat Secara Alami Dan Tampil Cantik Menawan Dengan Yakin Dengan Crystal Skin Botanical Beverage Dari Rish Beauty

Merawat Secara Alami Dan Tampil Cantik Menawan Dengan Yakin Dengan Crystal Skin Botanical Beverage Dari Rish Beauty

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum hai korang Kalini i nak share review satu produk supplement yang mana ia sangat bagus untuk kulit dan juga dalaman kita Mana tidaknya sekarang dimusim yang penuh panca roba dan virus yang kian giat menyerang tidak kira usia ...
1000 Pinggan Sehari 1 Minit Siap Pelanggan Tak Perlu Tunggu Lama Kuetiau Legend Dari 1997

1000 Pinggan Sehari 1 Minit Siap Pelanggan Tak Perlu Tunggu Lama Kuetiau Legend Dari 1997

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 200 hits
Lokasi Jalan Cempaka Sari Kg Sri Kinta Ipoh Waktu Niaga Setiap hari 8 pagi 10 malam MalaysianStreetfood RacunAzfarBadrul Pasu
Pemipuan Kewangan Online Rm4 Juta Sehari Kerajaan Buat Apa

Pemipuan Kewangan Online Rm4 Juta Sehari Kerajaan Buat Apa

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 238 hits
Pemipuan kewangan online RM4 juta sehari kerajaan buat apa Posted By on July 27 2022Kes penipuan kewangan atas talian atau financial fraudsters semakin menjadi jadi sejak beberapa tahun lalu Malangnya undang undang yang digunapakai untuk me...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah