Ketahui Tahap Kesihatan Melalui Darah Haid
Assalamualaikum
Orang perempuan ni banyak sangat benda yang kena jaga tak kira lah dari segi fizikal ataupun mental. Mungkin pada orang lain benda kecil tapi pada kite yang perempuan ni, sangat lah penting sebab benda ni boleh jadi kesan pada seseorang. Lagi lagi kesan pada mental
Masa remaja kite lalui fasa haid yang pertama, mesti semua jadi gerun, debar, macam macam perasaan campur baur, betul tak? FD sendiri alami benda tu. Sesetengah maybe hadapi dengan cool, relax, santai. Dan mungkin sesetengah orang rasa takut, malu, macam macam lah bole dikatakan perasaan tu
Walaupun masa kat sekolah kite dah belajar bab kitaran haid, darah haid dan cara cara mandi wajib, perasaan was was tu masih ada. Jangan nafikan ye. FD masa mula mula dulu memang rasa was was, macam "betul ke camni?", "kena buat ni dulu ke?".
Korang tau tak warna darah haid ni ada maksud maksudnya? Haa bukan setakat darah kotor je tau, tapi dari situ jugak kite boleh tau tahap kesihatan badan kite. Camne boleh tau? Ianya berdasarkan dari American Academy of Obstetricians and Gynecologists
Seperti gambar diatas, setiap warna darah tu ada puncanya dan tips untuk merawat masalahnya
Haid warna merah jambu/pink:biasanya pada permulaan dan pengakhiran haid. Punca warna merah jambu sebabkan estrogen yang rendah dalam tubuh badan. Tapi jangan risau sebab estrogen sebenarnya membantu menstabilkan lapisan pada uterus
Haid warna merah gelap/pekat:punca warna merah gelap sebab darah telah berada terlalu lama dalam uterus. dan antaranya sebab kita baring atau duduk terlalu lama. Selain tu, dikaitkan dengan pengakhiran kitaran haid
Haid warna merah terang:ianya normal dan darah masih segar dan laju mengalir
Haid merah coklat:kalau warna merah coklat ni tandanya darah lama. jadi tak elok bila darah ni warna coklat. biasanya jadi coklat sebab makan masa untuk keluar
Apa pun warna darah haid kite, semuanya bergantung pada pemakanan kita. Nak badan sihat, kena amalkan makanan yang sihat dan rajin bersenam. Supaya takde penyakit yang memudaratkan dimasa akan datang
Adakah anda tau yang kajian & statistik kesihatan & Kesuburan wanita di Malaysia ni sangat membimbangkan. Mana taknya, ramai yang tak ambik endah tentang kesihatan mereka dan ada yang malas bersenam. Bila masuk fasa umur 40-an dan dapat tau risiko penyakit kencing manis, cyst, haa masa tu baru lah terhegeh-hegeh nak jaga pemakanan, rajin bersenam. Walaupun berjalan kaki dikira bersenam jugak, tau tak? Luangkan masa 30 minit atau sejam setiap pagi untuk bersenam pun takpe
Yang wanita pulak memang sangat sangat lah penting untuk jaga kesihatan. Tak kurang jugak kaum lelaki, masing masing kena jaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang seimbang. Setiap orang mesti ada perasaan nak berumahtangga dan ada zuriat. Sebab tu tahap kesuburan berkait rapat dengan gaya hidup mereka.
Tau tak yang kite boleh dapat ilmu tentang kesihatan kat IsteriSihat.com.my. Selain untuk mendidik & berikan kesedaran kepada isteri/bakal isteri yang prihatin, dari situ jugak kita akan belajar tentang ilmu-ilmu hak isteri, parenting, & komunikasi rumahtangga
Facebook: https://www.facebook.com/IsteriSihat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fatindiana.com/2021/09/ketahui-tahap-kesihatan-melalui-darah.html