Ketahui Kesan Senaman Untuk Pesakit Sakit Lutut Sakit Sendi Pinggul



Para penyelidik menjalankan ulasan terhadap kesan senaman terhadap kesihatan fizikal, emosi dan mental bagi orang dengan sakit sendi lutut atau sakit sendi pinggul berpanjangan (kronik) akibat osteoartritis. Kajian-kajian yang diperiksa adalah dari Eropah, Amerika Utara, Asia dan Australasia, dan termasuk persekitaran klinikal, senaman di rumah dan sesi di kemudahan senggang. Kajian-kajian memasukkan lelaki dan wanita berusia 45 tahun ke atas.


Apakah sakit sendi kronik dan apakah senaman?

Sakit lutut dan pinggul kronik akibat osteoartritis (kerosakan tulang dan tulang rawan, menyebabkan sakit dan kaku) adalah penyebab lazim kehilangan upaya fizikal, keresahan, kemurungan, kualiti kehidupan yang buruk dan masalah sosial (seperti merasa terbeban).

Senaman disyorkan untuk mengurangkan sakit dan kehilangan upaya, dan memperbaiki kepercayaan kesihatan, kemurungan, keresahan dan kualiti hidup. Kami ingin memperbaiki kefahaman tentang hubungan di antara sakit, keupayaan pergerakan, isu psikologi seperti kemurungan dan keresahan, bagaimana sakit kronik mempengaruhi hubungan sosial, dan senaman.


Apa yang berlaku kepada orang dengan sakit lutut atau pinggul kronik yang mengambil bahagian dalam program senaman?

Penyertaan dalam program senaman mungkin memperbaiki sedikit sakit, fungsi fizikal, kemurungan, dan keupayaan untuk berhubung dengan orang lain, dan sedikit atau tiada perbezaan dalam keresahan. Ia boleh memperbaiki kepercayaan terhadap kemampuan seseorang, dan fungsi sosial.

Kajian-kajian mengesahkan bahawa:

Orang yang bersenam menilai sakit mereka 1.2 mata lebih rendah pada skala 0 hingga 20 selepas kira-kira 45 minggu (skor: 5.3 dengan senaman berbanding 6.5 tanpa senaman (kawalan), penambahbaikan sebanyak 6%).Fungsi fizikal bertambah baik sebanyak 5% selama 41 minggu (kumpulan senaman bertambah baik sebanyak 5.6 mata pada skala 0 hingga 100 (44.3 dengan senaman berbanding 49.9 kumpulan kawalan)).Keyakinan orang terhadap apa yang mereka boleh lakukan meningkat 2% selepas 35 minggu (kumpulan senaman menambahbaik 1.1 mata pada skala 17 hingga 85 (65.4 dengan senaman berbanding 64.3 dengan kumpulan kawalan).Orang yang bersenam adalah 2% kurang murung, atau setengah mata pada skala 0 hingga 21, selepas 35 minggu (3.0 mata dengan senaman berbanding 3.5 dengan kumpulan kawalan).Senaman membuat orang berasa kurang resah tentang diri mereka sendiri dengan 2%, turun 0.4 pada skala 0 hingga 21, selepas 24 minggu (5.4 mata dengan senaman berbanding 5.8 dengan kumpulan kawalan).Senaman menghasilkan interaksi sosial yang bertambah baik sebanyak 7.9 mata selepas 36 minggu pada skala 0 hingga 100, memberikan perubahan 8% (81.5 dengan senaman berbanding dengan 73.6 dengan kumpulan kawalan).

Kualiti bukti secara umumnya sederhana, tetapi rendah untuk keyakinan terhadap keupayaan, kesihatan mental dan fungsi sosial. Ini terutamanya disebabkan oleh pelbagai langkah, membuatkan perbandingan lebih sukar, dan kerana orang yang mengambil bahagian tahu bahawa mereka bersenam maka mungkin telah dipengaruhi oleh jangkaan penambahbaikan.

Kajian-kajian tersebut tidak melaporkan kesan sampingan. Kajian-kajian tersebut berlangsung untuk tempoh yang berbeza,oleh itu kami tidak tahu jika perubahan berlaku dengan cepat dan dikekalkan, atau sama ada penambahbaikan adalah secara beransur-ansur disepanjang kajian. Sesetengah kajian mengambil ukuran selepas program berbanding dengan yang lain.

Di samping itu, 12 kajian menyiasat pendapat, kepercayaan dan pengalaman senaman para peserta, dan sama ada senaman mengubahnya. Keseluruhannya, kualiti bukti adalah tinggi. Pada mulanya orang-orang keliru tentang ciri-ciri sakit mereka, yang membentuk perasaan mereka, tingkah laku dan keputusan mereka tentang melegakan sakit.

Orang berfikir pergerakan dan senaman baik untuk sendi, tetapi pergerakan menyebabkan rasa sakit dan mereka bimbang ini mungkin membahayakan mereka. Kekurangan maklumat daripada profesional perubatan bermaksud orang ramai mengelakkan aktiviti fizikal dan senaman kerana takut menyebabkan kerosakan.

Keseluruhannya, orang yang telah mengambil bahagian dalam program senaman mempunyai pengalaman positif, membantu meningkatkan keyakinan mereka bahawa senaman dapat memperbaiki sakit, kesihatan fizikal dan mental, dan kualiti kehidupan umum.

Memberi nasihat jaminan dan senaman, mencabar kepercayaan kesihatan yang lemah, dan menyediakan program senaman yang menyeronokkan boleh menggalakkan penyertaan dan memberi manfaat kepada kesihatan orang ramai.

Sumber : cochrane

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogpetua.blogspot.com/2018/11/ketahui-kesan-senaman-untuk-pesakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Tips Mudah Atasi Sakit Lutut Supaya Tak Perlu Bergantung Pada Painkiller Lagi

11 Tips Mudah Atasi Sakit Lutut Supaya Tak Perlu Bergantung Pada Painkiller Lagi

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 826 hits
Anda sedang mengalami sakit lutut sehingga mengganggu aktiviti harian anda Anda boleh lakukan pelbagai cara untuk kurangkan sakit lutut sama ada akibat kecederaan yang baru dialami atau athritis yang telah lama anda deritai Fahami 11 petua ...
Aku Kena Cut Nasi Nak Jaga Body Dia Selamba Je Mencekik Respon Jihan Muse Yang Sakit Hati Bila Zara Zya Kaki Makan

Aku Kena Cut Nasi Nak Jaga Body Dia Selamba Je Mencekik Respon Jihan Muse Yang Sakit Hati Bila Zara Zya Kaki Makan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 623 hits
Jangan ditanya mengenai berat wanita kerana ia merupakan satu perkara yang sensitif Tapi lain pula bagi pelakon Zara Zya yang kerap memuat naik video sedang menikmati makanan yang enak dan lazat Terbaru pelakon Monalisa itu telah berkongsi ...
Isa Samad Sakit Isteri Kesal Gambar Lama Tersebar

Isa Samad Sakit Isteri Kesal Gambar Lama Tersebar

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 590 hits
Isa Samad dimasukkan ke Institut Jantung Negara Foto Utusan Online Bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dimasukkan ke Institut Jantung Negara di ibu negara kelmarin kerana menjalani pemeriksaan rutin setiap 5 tahun Isterinya P...
Mereka Yang Mengidap Sakit Asma Wajib Cuba Petua Ini Memang Mujarab

Mereka Yang Mengidap Sakit Asma Wajib Cuba Petua Ini Memang Mujarab

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 472 hits
Asma boleh sembuh dengan dua cara pertama dengan cara medik dan ke 2 dengan cara tradisional Cara yang telah terbukti banyak mengubati atau sekurang kurangnya mengurangkan hiperaktivitas dengan cara tradisional atau herbal Dibawah ini info ...
Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya

Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 818 hits
Tanggungjawap Menjaga Ibu Bapa Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya Artikel ini dipetik daripada ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria untuk permahaman bersama dalam hal kewajiban sebenar menjaga ibu bapa yang sakit Jadi tidak akan berlaku sa...
Perut Kram Dan Sakit Saat Menstruasi Coba Redakan Dengan 5 Cara Ini

Perut Kram Dan Sakit Saat Menstruasi Coba Redakan Dengan 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 298 hits
Nggak bisa dipungkiri kram perut menjadi salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh kamu yang sedang menstruasi Apalagi di hari pertama dan kedua menstruasi pasti kamu sering banget merasakan hal yang satu ini bahkan nggak jarang ka...
Kenapa Kita Sakit

Kenapa Kita Sakit

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 690 hits
KENAPA KITA SAKIT Rasa lama tak kongsi artikel disini Sibuk sejak kebelakangan ini Hari ini tekad juga nak tulis kembali selepas balik dari perjalanan yang memerlukan pemanduan sejauh 1400km Dari Penang ke Terengganu ke Kuala Lumpur kembali...
Baby Dah Letih Menangis Sakit Di Dalam Bayi Meninggal Dunia Kerana Tiada Sentuhan Fizikal Dan Komunikasi

Baby Dah Letih Menangis Sakit Di Dalam Bayi Meninggal Dunia Kerana Tiada Sentuhan Fizikal Dan Komunikasi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 622 hits
Baby dah letih menangis sakit di dalam Bayi meninggal dunia kerana tiada sentuhan fizikal dan komunikasiAnak anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang suci Ibu bapa berperanan besar dalam mencorak keperibadian anak anak Bukan setakat didi...
Doa Sakit Gigi Paling Mujarab Dari Nabi Muhammad

Doa Sakit Gigi Paling Mujarab Dari Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1832 hits
Jika membahas mengenai kesihatan ada beberapa hal yang boleh diulas seperti misalnya bagaimana cara menurunkan berat badan mengatasi demam sampai bagaimana cara untuk mencegah timbulnya jerawat Memang sebagai manusia haruslah memahami bagai...
Ministry To Monitor Prices Of Essential Goods Daily After 400 Hike Claim

Menangi Realme 13 Pro 5g Dengan Menikmati Hotpot Haidilao Sempena Tahun Baru Cina Ini

Bunga Kantan Dan Daun Kesom

Role Of Leadership In Startups

Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Doktor Malaysia Bersalah Sebabkan Kematian Isteri Anak Di Hk

Exploring The Better Buds Difference Why Good Isn T Good Enough For This Dispensary

Aktiviti Sidang Media Solidariti Kes Dr Kamarulzaman Vs Hannah Yeoh Ppim 14 01 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Pelaburan Adia Di Malaysia Bukti Kejayaan Kepimpinan Perdana Menteri

Where To Get Miniature 3d Printing Files Best Sources And Tips

Buffet Ramadhan 2025 Sekitar Johor Bahru

Senarai 10 Idea Hadiah Istimewa Untuk Ibu Bapa Inspirasi Penuh Kasih Sayang

Beli Tetikus Senyap Tanpa Wayar Jenama Baseus

Pergi Ke Kota Mahsuri Langkawi