Baby Dah Letih Menangis Sakit Di Dalam Bayi Meninggal Dunia Kerana Tiada Sentuhan Fizikal Dan Komunikasi


'Baby dah letih menangis, sakit di dalam' - Bayi meninggal dunia kerana tiada sentuhan fizikal dan komunikasi


Anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang suci. Ibu bapa berperanan besar dalam mencorak keperibadian anak-anak. Bukan setakat didikan dan keperluan sahaja, malahan anak-anak juga memerlukan sentuhan kasih sayang dan juga belaian daripada ibu bapa. 
Faktor kerjaya dan juga kekangan masa kadangkala menjadi asbab ibu bapa tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Lantas, anak-anak ditinggalkan di taksa atau pengasuh. Tanpa kita sedari, apabila anak-anak memberontak, mereka sebenarnya meluahkan emosi mereka dengan cara itu

Satu perkongsian yang dari seorang wanita yang cukup membuat kita tergamam seketika mengenai kajian psikologi terhadap bayi. Bayi sebenarnya bukan sahaja memerlukan keperluan asas untuk tumbesarannya malahan mereka juga memerlukan kasih sayang, sentuhan dan belaian dari ibu bapa atau penjaga. Apa yang mengejutkan melalui perkongsian ini, bayi yang tidak diberikan sentuhan fizikal dan komunikasi, didapati meninggal dunia


MASA aku belajar psikologi pendidikan dulu (2 sem je dengan Dr Anna Wong), ada satu assignment ini aku kena buat tentang teori pembelajaran. Buat assignment maka kena banyak membaca. Ada satu kes ini aku baca dan menghantui hidup aku beberapa ketika. Pada tahun 1940-an, ada satu eksperimen buat di US. 
Kumpulan pertama baby di letak dalam satu kawasan penjagaan yang bersih, baby crib asing-asing, baby diberi cukup makan cukup susu, mandi, lampin kotor ditukar, sakit diberi ubat, pendek kata keperluan asas semua cukup TAPI tak ada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kata-kata sayang yang menenangkan, agah-agah bagai tu semua TAK ADA. 

Siap urus baby, kiranya penjaga tinggallah, nangis-nangislah, tak ada nak dodoi ke, bobok ke tak ada, lantak kau situ, menangislah sampai hilang suara pun, tak ada yang datang angkat tenangkan, sampai macam tu haaa. Eksperimen kan

Kumpulan kedua, kumpulan baby ini dapat semua keperluan asas tu dan dapat juga BELAIAN, PERHATIAN dan KASIH SAYANG. 
Hasil eksperiman, di dalam tempoh beberapa bulan, baby kat kumpulan pertama SEPARUH meninggal (meninggal dunia tau). Baby kumpulan kedua sihat, ceria membesar dengan baik. 
Eksperimen ni dihentikan serta merta sebab kesihatan baby dekat kumpulan pertama terus merosot dibimbangi semua baby akan meninggal, baby macam shut down sendiri, senang kata dia tak ada rangsangan, perhatian kasih sayang, dia dah letih nangis dan sakit kat "dalam". 
Sebelum baby meninggal, pemerhatian yang dibuat, baby ini stop gapai-gapai tangan (alah macam baby minta dukung tu), stop cuba buat bunyi berinteraksi dengan penjaga dia, baby diam saja dan kemudian meninggal perlahan-lahan, faham sangat maksudnya baby dah rasa putus asa kan? Tak nak hidup dah kan? Kejam betul eksperimen ini


Satu lagi eksperimen yang popular dan dianggap kejam tak berperikemanusiaan juga ialah eksperimen KING FREDERICK II. Dia nak uji bahasa apa yang akan baby ucapkan kalau tak ada komunikasi peringkat awal daripada penjaga/ibu bapa. Samalah macam eksperimen di atas itu, newborn baby diambil, diasing letak satu tempat, nurse boleh bagi baby makan (susu), bersihkan, mandikan, tapi tak boleh sentuh, dodoi dan belai (LANGSUNG TAK BOLEH). King Frederick II tak dapat pun jawapan atas persoalan dia tu, sebab SEMUA baby tu akhirnya mati (tak dicatat berapa ramai baby terlibat dan berapa kali cubaan untuk eksperimen ni). 
Dua eksperimen ini aku ingat sangat. Masa aku cari taska untuk Sofea (8 tahun lepas), cara jagaan baby di taska itu trigger aku. Aku stay kat taska tengok diorang handle baby dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari lebih kurang. Baby ada 9 orang, diletak dalam satu bilik, yang jaga adik-adik muda lepasan SPM, owner tak ada pun kat sini, dia ada taska-taska lain. Adik dua orang itu tak diberi latihan dan tempoh penyesuaian pun ya. 

Memang baby yang nangis dia biar saja sampai diam sendiri tersedu-sedu, sebab tak terlayan. Aku kasihan juga tengok adik dua orang itu, baby sana nangis baby sini nangis, kalau aku pun bingung. 
Jadi diorang memang urus keperluan asas saja, susukan (diorang peganglah baby, kira okay ada ehsan), mandikan, bagi makan, tukar pampers, itu sajalah. Budak yang kuat menangis, nangis sajalah, terlangkup hisap jari sampai diam sendiri. Bilik itu kosong lapang, apa toys pun tak ada, apa warna pun tak ada, KOSONG rangsangan untuk baby. Aku berapa hari tak boleh tidur selepas itu tau tak, aku rasa kasihan sangat-sangat

DUA penulisan aku cerita tentang baby saja hari ini. Kadang bila aku tengok perangai budak pelik-pelik di sekolah, aku selalu terfikir apalah yang dia lalui masa dia baby, macam mana orang layan dia masa kecil. Sebab aku tahu, semuanya ada sebab. Semua manusia dilahirkan baik dan sweet, yang mengubah dia persekitaran dan cara dia dibesarkan, kan

Sumber: Adhwa Adnin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/11/baby-dah-letih-menangis-sakit-di-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 9 Bulan Didera Secara Fizikal Dan Seksual Oleh Suami Pengasuh Meninggal Dunia

Bayi 9 Bulan Didera Secara Fizikal Dan Seksual Oleh Suami Pengasuh Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 508 hits
KAJANG Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital akibat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh GAMBAR hiasanRabu lepas seorang pegawai perubatan di J...
Bayi Perempuan Meninggal Dunia Akibat Didera Secara Fizikal Dan Seksual

Bayi Perempuan Meninggal Dunia Akibat Didera Secara Fizikal Dan Seksual

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 412 hits
AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 10 November 2018 11 22 PM KAJANG Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital
Dr Mahathir Sepatutnya Saya Sudah Meninggal Dunia

Dr Mahathir Sepatutnya Saya Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 301 hits
Tun Dr Mahathir meski bergurau sepatutnya beliau sudah meninggal dunia atau mati namun mungkin merasa sayu terpaksa bekerja lagi demi negara pada usia lanjut Foto Sinar Harian Menjadi Perdana Menteri dalam usia 93 tahun dan terpaksa menyele...
Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan

Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 297 hits
Mulanya Nelayan Ini Terdengar Bunyi Seperti Bayi Menangis Tetapi Bila Dijumpai Adalah Sesuatu Yang Lebih Mengejutkan Add caption
Lelaki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Oleh Robot Gagal

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Oleh Robot Gagal

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 418 hits
Bukan manusia sahaja melakukan kesilapan tapi robot juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan sehingga boleh membawa maut Ini yang berlaku apabila seorang lelaki meninggal dunia selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh sebuah rob...
Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 504 hits
KAMARIAH KHALIDI 12 November 2018 6 04 PM KUALA NERUS Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri sebaik menerima ijazah milik anak perempuan mer
Kenapa Bayi Menangis Pada Waktu Malam Ini Jawapan Saintis Yang Sangat Mengejutkan

Kenapa Bayi Menangis Pada Waktu Malam Ini Jawapan Saintis Yang Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 248 hits
Mendengar bayi menangis secara berterusan pada waktu malam pasti membuatkan mana mana ibu bapa berasa panik dan tertekan malah beberapa persoalan sejak sekian lama mengganggu fikiran ramai ibu bapa Adakah kerana bayi lapar lampin basah gata...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025