Ketahui Bahaya Jika Tubuh Kurang Terdedah Kepada Cahaya Matahari


Kita bertuah kerana tinggal di Malaysia yang mempunyai cahaya matahari sepanjang tahun. Sepatutnya masyarakat kita tiada masalah tentang pendedahan kepada cahaya matahari, tetapi kehidupan zaman sekarang yang mana kita lebih banyak berteduh di rumah, kereta dan pejabat menyebabkan majoriti masyarakat kita terutamanya kaum wanita mempunyai masalah kurang pendedahan kepada bahaya matahri.


Kajian terbaru menunjukkan pendedahan yang secukupnya kepada cahaya matahri adalah penting kepada kesihatan dan akan membantu kita lebih sihat, hidup sihat lebih lama dan lebih gembira.

Ya, cahaya matahari boleh membuatkan kita lebih gembira kerana ia merangsang mood dan mengurangkan stres. Cahaya matahari juga membantu melindungi kita daripada pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung, asthma, kegemukan (obesiti), multiple sclerosis dan kekurangan Vitamin D yang boleh mengganggu syahwat (libido) dan meningkatkan mood.

Pendedahan kepada cahaya matahri akan membuatkan tubuh kita menghasilkan lebih bahan nitrik oksida (NO) yang akan membantu saluran darah mengekalkan keterbukaannya iaitu mengurangkan masalah penyempitan saluran darah. Ini akan melindungi sistem kardiovaskular dan mencegah penyakit serangan jantung dan strok.

Oleh itu pendedahan kepada cahaya matahri membantu seseorang mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular akibat masalah atherosklerosis.

Ia juga membantu meningkatkan paras serotonin iaitu neurotransmitter otak yang penting untuk meningkatkan mood gembira dan mengurangkan tekanan stres.

Baik Untuk Salur Darah

Menurut ahli sains di Karolinska Institutet, Sweden, masalah kurang pendedahan kepada cahaya matahari adalah sama risikonya kepada kesihatan seperti merokok.

Berdasarkan kajian mereka, seorang yang tidak merokok, tetapi tidak mendapat pendedahan kepada cahaya matahari secukupnya maka jangka hayat hidup yang sama seperti perokok yang mendapat pendedahan cahaya matahari yang cukup.

Seorang lagi ahli sains, iaitu Dr Richard Weller daripada Edinberg University telah mencadangkan bahawa nasihat untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang secukupnya adalah sangat penting terutama kepada warga tua yang lebih banyak duduk di rumah.

Pasukan kajian beliaulah yang telah membuat kajian dan cadangan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok dan serangan jantung.

Ini adalah kerana individu yang mempunyai pendedahan yang secukupnya kepada cahaya matahari akan menyebabkan saluran darah mengembang dan ini akan menyebabkan tekanan darah menurun.

Anti-radang

Saintis daripada Cambridge University pula mencadangkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari secukupnya akan mengubah kelakuan gen dalam sel dengan menunjukkan ekpressi gen 28% daripada susunan genetik dari musim ke musim.

Pengkaji melaporkan aktiviti anti keradangan gen meningkat semasa musim panas, oleh itu cahaya matahari adalah faktornya dan kajian ini menunjukkan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan respon keradangan dalam tubuh.

Cahaya matahari akan membantu tubuh seseorang kekal kurus dan sihat berdasarkan kajian oleh pengkaji daripada Edinburg University dan Southampton University.

Ini adalah kerana kajian mereka menunjukkan radiasi cahaya ultraungu (UV) daripada cahaya matahari boleh menghalang perkembangan masalah obesiti dan penyakit diabetes mellitus jenis 2.

Mempengaruhi Kegembiraan

Manusia secara umumnya akan merasa lebih gembira apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ini menurut kajian adalah kerana gelombang cahaya utama dalam cahaya matahari akan merangsang saraf mata atau retina yang mengawal kawalan waktu tubuh kita.

Oleh itu ia juga mengawal pengeluaran hormon dalam tubuh seperti melatonin yang mana jika ia tidak dirembeskan secukupnya oleh tubuh akan mengakibatkan seseorang mengalami masalah kemurungan dan susah hendak tidur dan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan masalah penyakit degenerasi otak seperti penyakit Alzheimer dan penyakit Parkinson.

Mengurangkan risiko Kanser

Kajian ada menunjukkan seseorang yang berkulit cerah lebih mudah mendapat kanser kulit jika terdedah secara berpanjangan dan kerap kepada cahaya matahri yang terik.

Tetapi kajian epidemiologi juga menunjukkan masyarakat yang mempunyai pendedahan kepada cahaya matahari lebih lama akan mempunyai jangkahayat yang lebih lama walaupun kadar penyakit kanser kulit adalah lebih tinggi.

Mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari dan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (sunblock) boleh menjadi faktor risiko yang baru kepada penyakit jantung koronari.

Walau bagaimanapun, adalah tidak dicadangkan kita berjemur berjam-jam di bawah cahaya matahari terik. Penggunaan krim pelindung cahaya matahari sepatutnya digunakan bila perlu secara berkala sahaja kerana kita masih perlu didedahkan dengan cahaya matahari yang secukupnya.

Kita masih perlukan penghasilan Vitamin D yang secukupnya kerana ia penting untuk memastikan panjang 'telomere' sihat dalam sel.

Panjang telomere ini yang menentukan panjang umur seseorang individu berdasarkan kajian sains terkini.

Secara umumnya bolehlah kita katakan bahawa cahaya matahari merupakan asas penting kepada kesihatan dan juga ia boleh mengancam kesihatan jika kita terdedah kepada cahaya matahari yang terik terlalu lama. Keseimbangan yang sederhana itu penting untuk mendapatkan faedah kesihatan yang baik.

Kajian menunjukkan penyakit kanser kulit jenis 'Cutaneous Malignant Melanoma' adalah sejenis kanser kulit yang serius yang terjadi hampir tiga suku kes-kes kanser kulit yang menyebabkan kematian.

Kajian terbaharu menunjukkan, mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan risiko selar matahari (sunburn) tetapi ia akan meningkatkan risiko kanser kulit.

Pendedahan kepada cahaya matahari secara optima pada waktu diantara pukul 8am ke 10am akan memberikan pendedahan yang ideal dan lebih sihat.

Selepas pukul 11am sehingga 4pm di Malaysia, pendedahan kepada cahaya matahari terik adalah perlu di minimakan. Apabila waktu selepas zuhur, cahaya matahari akan ditapis oleh atmosfera yang mana UVB di tapis lebih banyak berbanding UVA.

Kajian menunjukkan UVA boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kelihatan tua. UVB pula adalah cahaya matahari yang penting untuk penghasilan Vitamin D dibawah kulit. Ia lebih banyak di waktu pagi sehingga ke sebelum tengahari yang panas terik.

Secara umumnya, dapatkanlah pendedahan kepada cahaya matahari secara optimum dengan mendedahkan kulit kita kepada cahaya matahari pagi seboleh yang mungkin untuk mendapat kesihatan yang terbaik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kajian Mendapati Vitamin D Mampu Mencegah Jangkitan Covid-19Rahsia Disebalik Warna Sebenar Matahari Yang Ramai Tak Tahu
sumber: drnorman



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/bahaya-tubuh-kurang-pendedahan-cahaya-matahari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdasarkan Majoriti Kerusi Memang Patut Muhyiddin Kurang Berpolitik

Berdasarkan Majoriti Kerusi Memang Patut Muhyiddin Kurang Berpolitik

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 402 hits
Kebanyakan rakyat berpandangan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kurang berpolitik berbanding Perdana Menteri sebelum ini Ya memang benar Menurut penulis satu pekara yang perlu diingat dan perlu dipekirakan sama ada dari pakar penyeli...
Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 229 hits
Selepas hampir 3 bulan masjid dan surau terpaksa ditutup bagi tujuan memutuskan rantaian Covid 19 akhirnya seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat menarik nafas lega apabila ia kembali dibuka untuk orang awam Bagaimanapun Menteri ...
Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt

Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 292 hits
Kenapalah saya asyik asyik nak marahkan anak aje abang Apa dh jadi dengan saya ni abang Pelbagai keluhan yang dapat kita dengar daripada seorang isteri Mengapa ini berlaku Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt Credit Pic Hati hat...
Pahang Lancar Projek Rumah Rakyat Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

Pahang Lancar Projek Rumah Rakyat Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 380 hits
PEKAN Kerajaan Negeri Pahang melancarkan program Rumah Rakyat Pahang bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata sumber kewangan bagi pe...
Thai Green Curry Burger Sedap Dan Kurang Pedas

Thai Green Curry Burger Sedap Dan Kurang Pedas

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum Baru je makan burger Samurai dan Shogun hari tu Semalam pergi Mc Donalds ingat nak repeat kali ketiga burger Samurai sebab sos teriyaki yang sedap tu Waktu drive thru ternampak pula burger baru Alahai wajib cuba nie Sampai t...
Kurang Ajar Kiah Propa Tak Lalu Hari Hari Disajikan Foto Burung

Kurang Ajar Kiah Propa Tak Lalu Hari Hari Disajikan Foto Burung

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 671 hits
Kiah Propa buat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh BEKAS personaliti TV Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau dikenali sebagai Kiah Propa membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh hari ini Ia berikutan dia men...
Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan Less Friends Less Drama

Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan Less Friends Less Drama

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 345 hits
Pelakon Faezah Elai mengakui bahawa dia tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dalam pertelingkahan yang mungkin timbul kelak Menurutnya kalangan sahabat yang ada kini hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang sudah dik...
Hiburan Tak Pernah Jumpa Orang Kurang Ajar Macam Tu Nourul Wahab Kecewa Ditengking Anggota Keselamatan Di Klia

Hiburan Tak Pernah Jumpa Orang Kurang Ajar Macam Tu Nourul Wahab Kecewa Ditengking Anggota Keselamatan Di Klia

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 391 hits
Penyanyi Nourul Wahab baru baru ini meluahkan rasa kekecewaan apabila dirinya ditengking dan dilayan dengan kasar oleh seorang pegawa keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Nourul yang melalui pengalaman tidak menyenangka...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport