Hiburan Tak Pernah Jumpa Orang Kurang Ajar Macam Tu Nourul Wahab Kecewa Ditengking Anggota Keselamatan Di Klia
Penyanyi, Nourul Wahab baru-baru ini meluahkan rasa kekecewaan apabila dirinya ditengking dan dilayan dengan kasar oleh seorang pegawa keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Nourul yang melalui pengalaman tidak menyenangkan itu berkata bahawa dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi namun berharap anggota berkenaan lebih bertimbang rasa ketika menjalankan tugas.
Pengalaman ditengking oleh pegawai tersebut dizahirkan apabila anggota tersebut meninggikan suara kepadanya dan kedua ibu bapa mertuanya.
View this post on InstagramBahasa sesungguhbya jiwa bangsa. Especially yang bertugas demi negara, kami marah sungguh kalau orang tak reti sopan. Bahasa tu menunjukkan sapa kita . Mai sat chek incharge kat KLIA ni. Abang polis tu sombong sangat. Bukan kami tak dengaq cakap pun. Tak semua orang sama. Betui ada orang merayu rayu mintak buat sesuatu kalau dengan polis . Kami ni tak buat salah. Kalau kata itu undang2 kena patuh. Ni dak… mai jerkah kita. ?
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on Jun 13, 2020 at 4:01am PDT
View this post on InstagramDalam kemelut dalam video kami semalam masa hantaq mamy papy balik: . Kami akan huraikan dalam video nanti. . Tak semua depa lagu tu. Faham depa juga manusia. Depa bertugas dmei negara demi kita semua. Kami cukup respect semua anggota beruniform . Cik farina ni semalam@explain pasaipa incharge dia lagu tu. Lepas dah mamy oapy berlepas, kami nak pi balik oarking kat prking C depa tak habih lagi bertugas dan cik farina dan teman nya mintak bergambaq . Kami kata idea yang baik sebab kami nak habaq : semua manusia tak sama tahap kesopanan dan juga kesedaran sivik . Ada RAMAI yang sopan. Hanya satu dua yang tak boleh handle stress. Ya depa manusia juga. Kita semua faham . Satu nak mohon jangan banding2 kan orang ada nama atau orang biasa. Semua lyak dilayan sama rata. Sopan tu untuk semua. Bukan orang2 tertentu saja . Semalam kami jadi terkedu sebab takdan bukak mulut dah tengking. Takpalah kami faham. Undang2 kena ikut . Dah dia tengking, dia keluaq dari situ. Cik Farina ni lah yang explain semua elok2 . Dari awai kami sampai nampak kami berempat pakai mask, dari jauh dia senyum. Cakap elok. Mintak tiket flight. . Tiba tiba yang incharge tu potong… kami terkejut???? . Stress. Semua stress. Takdak sapa boleh kawai pendamic ni . Hanya Allah taala boleh hapuskan Virus ni. Kita kena usaha jaga diri. Tu lh orang kata toksah dok baca sangat benda menakut nakutkan. Buat kuta jadi tak tentu arah! Terjejas qeja!
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on Jun 13, 2020 at 8:13pm PDT
“Anggota itu tinggikan suara pada saya. Dia cakap dua orang sahaja yang boleh masuk ke dalam. Saya kata okey, tetapi ibu bapa mertua saya tak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.Tapi dia masih menjawab dengan nada yang tinggi,”
Pengalaman tersebut telah dikongsi di laman instagram Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41. Dia telah memuat naik foto bergambar bersama beberapa anggota keselamatan bertugas yang cuba menjelaskan mengenai salah faham berkenaan.
Dia juga mengakui bahawa dirinya terkedu kerana belum sempat muka mulut, Nourul sudah ditengking. Namun, dia memahami bahawa anggota keselamatan yang bertugas itu juga manusia, dan menghormati pekerjaan yang dilakukan petugas barisan hadapan ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/06/hiburan-tak-pernah-jumpa-orang-kurang.html