Ketahui Apakah Hak Seorang Perempuan Setelah Bergelar Isteri


Ketahui Apakah Hak Seorang Perempuan Setelah Bergelar Isteri | Perkahwinan bermaksud penyatuan seorang lelaki dan seorang perempuan yang kemudiannya menjadi sah untuk bergaul. Pada istilah syarak, Ijab dan Qabul (aqad) itu menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditetapkan dalam Islam. Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.


Ketahui Apakah Hak Seorang Perempuan Setelah Bergelar Isteri
Seorang perempuan yang telah bernikah, menjadi seorang isteri wajib tahu akan hak mereka. Memang benar dalam rumah tangga, peranan suami lebih dari isteri, tetapi si isteri tak boleh menidakkan haknya juga tidak boleh ditidakkan haknya oleh si suami.
Saya tertarik untuk berkongsi akan perkongsian oleh Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli yang menjelaskan bahaya jika isteri terlepas pandang TUJUH perkara ini tentang hak dirinya sendiri.


1. Tempat tinggal asing dan selesa
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri.
Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.


2. Belanja utiliti rumah
Bila sudah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam itu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah. ini bukan keperluan.



Baca : Tips Menjadi Isteri Idaman Suami


3. Makan dan minum
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya.
Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.


4. Pakaian itu bukan baju semata-mata
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami.
Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.


5. Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.


6. Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.


7. Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.



Baca : Ketahui hak seorang isteri apabila diceraikan


Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada seorang perempuan termasuk anak-anak serta kaum keluarga saya dan kita semua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/02/ketahui-apakah-hak-seorang-perempuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 208 hits
Takdir yang sudah tertulis buat pengantin baru Sharifah Erin Nurshafieka apabila hanya sempat bergelar isteri tiga hari sahaja setelah suami tersayang Muhammad Mustaqim Mustafa telah dijemput ilahi kerana terlibat dalam kemalangan Memetik l...
Erin Sempat Bergelar Isteri Untuk 2 Hari Sahaja

Erin Sempat Bergelar Isteri Untuk 2 Hari Sahaja

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 180 hits
Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja KUALA TERENGGANU Hanya dua hari Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman 20 sempat bergelar isteri mungkin menjadikannya seolah olah belum dapat menerima hakikat suami tercinta sudah meninggal d...
Hak Hak Isteri Ke Atas Suami Menurut Perkahwinan Islam

Hak Hak Isteri Ke Atas Suami Menurut Perkahwinan Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 243 hits
Sebagai wanita aku mahu di cintai dan menyayangi Bukan hanya aku seorang malah aku yakin semua wanita begitu Bertambah seronoknya rasa hati jika di kurniakan seorang suami yang dapat mencurahkan kasih sayang secara ikhlas dan jujur setia Se...
Hiburan Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan Wanita Trauma Kehilangan Suami Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

Hiburan Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan Wanita Trauma Kehilangan Suami Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 264 hits
Sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku kelmarin di Kuala Terengganu apabila seorang penunggang motosikal dilaporkan meninggal dunia setelah berlanggar dengan sebuah lori lapor Allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa 25 yang baru sahaja me...
Naluri Seorang Isteri Temukan Suami Mati Berikat Di Dalam Rumah

Naluri Seorang Isteri Temukan Suami Mati Berikat Di Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 328 hits
SEORANG lelaki ditemukan mati dalam keadaan berikat di rumah sewanya di Kampung Chenaga Repah Tampin petang tadi TAMPIN Rasa tidak sedap hati seorang isteri setelah panggilan telefon kepada suaminya tidak berjawab membawa kepada penemuan ma...
Tolak Ajakan Rujuk Isteri Dipukul Berkali Kali Ditempat Kerja

Tolak Ajakan Rujuk Isteri Dipukul Berkali Kali Ditempat Kerja

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 204 hits
JAKARTA Gara gara hasrat untuk kembali rujuk ditolak bekas isteri seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan bertindak membelasah wanita itu ketika dia bekerja lapor laman berita Suara com semalam Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar...
Bila Isteri Rajin Berdoa Semuanya Jadi Senang Untuk Suami

Bila Isteri Rajin Berdoa Semuanya Jadi Senang Untuk Suami

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 219 hits
Doa seoran isteri untuk suami sangat penting terutamanya ketika dia keluar mencari rezeki untuk keluarga Sokongan isteri diperlukan supaya suami terus kuat dan bersemangat untuk bekerja dan menyediakan yang terbaik Apabila seorang isteri de...
Bila Hari Esok Isteri Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini

Bila Hari Esok Isteri Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 217 hits
Rumah masih ramai setelah pulang dari pemakaman kepalaku masih pusing karna tak bisa menahan tangis melihat jasad terakhir istriku dimasukkan ke liang lahat Aku makin tak bisa menahan airmata saat melihat anak anak menangis memandangi orang...
Dah Kahwin Setahun Yg Lalu Konon Bekas Kakak Ipar Isteri Ded4h Azlee Khairi Tipu Tarikh Nikah

Dah Kahwin Setahun Yg Lalu Konon Bekas Kakak Ipar Isteri Ded4h Azlee Khairi Tipu Tarikh Nikah

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 437 hits
Pelakon Azlee Khairi 33 baru baru ini telah mengesahkan yang dia telah bernikah secara dalam talian pada Januari 2021 dengan kru penerbangan Nurul Hidayah atau Dhiya dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Putera Ardanee yang kini berus...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik