Erin Sempat Bergelar Isteri Untuk 2 Hari Sahaja



Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
KUALA TERENGGANU: Hanya dua hari Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, sempat bergelar isteri, mungkin menjadikannya seolah-olah belum dapat menerima hakikat suami tercinta sudah meninggal dunia dalam nahas di Kampung Surau Panjang, di sini, kelmarin.
Ibu mentuanya, Zaiton Yusof, 57, yang mengakui keadaan berkenaan, memaklumkan menantunya itu masih menunggu suami, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, pulang membawa makanan yang dipesan, teh ais bersama apam balik walaupun sudah dimaklumkan mengenai nahas yang menimpa.
“Erin ada memesan teh ais dan apam balik sebelum anak saya keluar menghantar ikan air tawar diternak ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira jam 12 tengah hari semalam. Dia pun tahu suaminya meninggal, tetapi masih menunggu Muhammad Mustaqim pulang membawa makanan yang dipesan,” katanya.
Zaiton Yusof, 57, (kanan) bersama anaknya, Norliza Mustafa, 32, melihat sebahagian daripada hantaran daripada keluarga Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20. – NSTP/BAHAROM BAKAR.
Zaiton Yusof, 57, (kanan) bersama anaknya, Norliza Mustafa, 32, melihat sebahagian daripada hantaran daripada keluarga Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20. – NSTP/BAHAROM BAKAR.
Ditemui di kediamannya di Kampung Beladau Kepong, di sini hari ini, Zaiton berkata, Muhammad Mustaqim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik dan Sharifah Erin Nurshafieka melangsungkan akad nikah di masjid kampung berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari Khamis lalu.
Muhammad Mustaqim meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira-kira jam 1.10 petang semalam.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, berkata mangsa menunggang skuter Yamaha Ego bertembung dengan sebuah lori lalu tercampak ke bahu kanan jalan dan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada kepala serta muka, manakala pemandu lori berusia 31 tahun tidak cedera.
Jenazah Muhammad Mustaqim dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mengulas lanjut, Zaiton berkata, menantunya sempat menatap wajah suaminya itu buat kali terakhir sebelum urusan pengebumian disempurnakan petang semalam, malah turut bersama ahli keluarga lain menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.
“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin dalam keadaaan gelisah dan masih menunggu suaminya pulang, dia tunggu sehingga lewat malam,” katanya sambil menambah menantunya itu sudah pulang ke rumah keluarga sendiri, tetapi berulang kali berpesan supaya menghubunginya apabila Muhammad Mustaqim kembali ke rumah.
“Sebelum pulang ke rumah keluarganya pagi tadi, Erin juga beberapa kali berpesan supaya Muhammad Mustaqim datang mengambilnya nanti,” katanya.
Kata Zaiton lagi, malam sebelum hari kejadian, arwah beberapa kali bertanya kepadanya dan suami sama ada mahu memesan apa-apa makanan dan kemudian bersalam serta mencium tangannya sebelum keluar ke kedai makan.
Menurutnya, arwah anaknya tidak sempat menyiapkan rumah sendiri walaupun bahan binaan sudah dibeli dan sebelum ini bercadang berpindah ke kediaman baharu itu selepas selesai majlis sambut menantu yang dijadual awal bulan depan. BH
Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
Baca Artikel Menarik:
Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak Suami isteri ditangkap basah Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu Gabungan baharu di Johor? Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty Mia Sara kesal dan mohon maaf ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

The post Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/06/erin-sempat-bergelar-isteri-untuk-2-hari-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 157 hits
Takdir yang sudah tertulis buat pengantin baru Sharifah Erin Nurshafieka apabila hanya sempat bergelar isteri tiga hari sahaja setelah suami tersayang Muhammad Mustaqim Mustafa telah dijemput ilahi kerana terlibat dalam kemalangan Memetik l...
Kes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga Sop Jaga Diri Dan Doa Yag Baik Baik Sahaja

Kes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga Sop Jaga Diri Dan Doa Yag Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 178 hits
hai assalammualaikumKes Covid Makin Hari Makin Naik Jaga SOP Jaga Diri Dan Doa Yang Baik Baik Bila tengok angka covid macam tak percaya pun ada tapi kena percaya juga Dia macam tiba tiba naik kes covid ni macam tahun tahun sebelum ni Kes na...
Suami Isteri Hilang 2 Hari Ditemui Di Tanah Perkuburan

Suami Isteri Hilang 2 Hari Ditemui Di Tanah Perkuburan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 196 hits
Pasangan suami isteri yang ditemui selamat di kawasan tanah perkuburan Kampung Pimping Membakut Foto ihsan PDRM BEAUFORT Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas meninjau tanah yang dijual di Kampung Ulu Binsulok Membakut Sabtu ...
Hiburan Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan Wanita Trauma Kehilangan Suami Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

Hiburan Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan Wanita Trauma Kehilangan Suami Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 206 hits
Sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku kelmarin di Kuala Terengganu apabila seorang penunggang motosikal dilaporkan meninggal dunia setelah berlanggar dengan sebuah lori lapor Allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa 25 yang baru sahaja me...
Ketahui Apakah Hak Seorang Perempuan Setelah Bergelar Isteri

Ketahui Apakah Hak Seorang Perempuan Setelah Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 149 hits
Ketahui Apakah Hak Seorang Perempuan Setelah Bergelar Isteri Perkahwinan bermaksud penyatuan seorang lelaki dan seorang perempuan yang kemudiannya menjadi sah untuk bergaul Pada istilah syarak Ijab dan Qabul itu menghalalkan persetubuhan an...
Saya Sempat Dengar Isteri Sebut Allahuakbar Saya Tak Sempat Buat Apa Apa Pemandu Vellfire

Saya Sempat Dengar Isteri Sebut Allahuakbar Saya Tak Sempat Buat Apa Apa Pemandu Vellfire

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 200 hits
Foto kecil pemandu Nissan NavaraJenazah empat beranak yang maut dirempuh pemandu positif dadah di Jalan Lebuh ke Mempaga Bentong semalam telah selamat dikebumikan hari ini Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tahan Perkubura...
Ditipu Isteri Kerja Pada Hari Cuti Suami Berang Nekad Bakar Pejabat

Ditipu Isteri Kerja Pada Hari Cuti Suami Berang Nekad Bakar Pejabat

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 218 hits
Seorang lelaki nekad membakar bangunan pejabat Badan Perancang Kemajuan Wilayah di Riau Jalan Gajah Muda Pekanbaru Indonesia hanya kerana berang terhadap isterinya lapor portal Kumparan Lelaki tersebut didakwa geram terhadap isterinya yang ...
Bila Hari Esok Isteri Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini

Bila Hari Esok Isteri Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 163 hits
Rumah masih ramai setelah pulang dari pemakaman kepalaku masih pusing karna tak bisa menahan tangis melihat jasad terakhir istriku dimasukkan ke liang lahat Aku makin tak bisa menahan airmata saat melihat anak anak menangis memandangi orang...
Masa Semakin Suntuk Sudah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi Misi Selamatkan Rayan Trending Di Media Sosial

Masa Semakin Suntuk Sudah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi Misi Selamatkan Rayan Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 138 hits
MAGHRIBI Pasukan penyelamat Maghribi hari ini terus bertungkus lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang sudah hampir tiga hari terperangkap dalam sebuah perigi Operasi menyelamat itu menjadi berita utama di negara terbabit dengan...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan