Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu



Pernah tak anda rasa nak give up menjual di online
Dah buat macam-macam cara, tapi semuanya tak menjadi. Setiap hari post status, orang hanya like jer. Sangat sikit yang tanya nak beli. Kalau dapat jual 1 pcs pun, rasa bersyukur sangat
Sampai anda rasa, berniaga ini bukan bidang anda. Anda sedih sangat tak dapat jual. Rasa macam buang masa, buang tenaga.
Pernah rasa macam ini
Sabar yer
Setiap masalah itu ada penyelesaian. Percayalah
Anda tentu nak tahu kan: “Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa orang tak berminat dengan iklan aku? Dimana silapnya?”Dalam artikel kali ini, saya akan bahaskan 5 jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga ketika menulis iklan dan apa yang kita perlu fokus sebenarnya
Kesilapan #1 – Terlalu Fokus Pada Ciri-ciri ProdukJujur cakap. Orang tak kisah dengan ciri-ciri produk
Iklan yang terlalu fokus pada ciri-ciri produk, buatkan prospek bosan untuk baca
Contoh ciri-ciri produk;“Kopi XXX ini diperbuat dari daun”“Tudung ini tak jarang”“Milkbooster ini ada susu kambing”Apa manfaatnya pada pelanggan? – Nothing, yilekk!Pelanggan tak kisah pun dengan produk. Ada berlambak produk di luar sana. Kenapa mereka perlu kisah dengan produk kita? Takde sebab mereka perlu bazirkan masa mengenali produk kita
Sebaliknya, pelanggan hanya nak tahu;“Bagaimana sesuatu produk mampu bantu dia selesaikan masalah?”Pelanggan beli sebab nak selesaikan masalah. Bukan sebab produk itu power
Contoh: Anda takde sakit gout.Saya penjual ubat gout. Saya bagitahu la. Ubat gout ini power. Diperbuat dari akar kayu. Tiada bahan kimia berbahaya. Boleh nampak kesan kurang 5 minit
Anda berminat tak nak dengar cerita saya? Atau anda rasa annoyying gila mamat ni
Begitulah apa yang pelanggan rasa, bila kita terlampau syok sendiri cerita tentang ‘kebagusan’ produk semata-mata
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:Fokuskan cerita tentang manfaat
Daripada kita cerita produk semata-mata, lebih baik ceritalah tentang kisah pelanggan yang dah guna
Bagaimana hidup dia berubah.Mungkin dulu rasa terseksa, sekarang happy.Dulu kena kutuk, sekarang dah ramai puji.Jual pengalaman pelanggan guna produk kita
Sentiasa tanya soalan “So, why?” untuk cari manfaat yang pelanggan nak
Misalnya, bila kita mahu beritahu tentang ciri-ciri tudung itu tak jarang. Cuba soal dalam diri kita “So, what?”.Letakkan diri kita di tempat pelanggan.Tak jarang  – So, why? – Aurat terpelihara – So, why? – Boleh pakai bawak solat – So, why?– Rasa selamat bila pakai – So, why? – Teruskan tanya “So, why?”Ini cara asas untuk dapatkan idea menulis manfaat produk
Kesilapan #2 – Target Market yang Terlalu UmumPernah tak anda dengar pepatah:“When we try to talk to everybody, we talk to nobody”Inilah pepatah yang sesuai saya gunakan dalam poin nombor dua ini
Maksudnya, bila kita cuba cakap dengan semua orang. Kita sebenarnya tak bercakap dengan sesiapa pun. Bahasa kasarnya, tak ada seorang pun yang dengar cakap kita
Begitulah analogi dengan iklan
“Antara kesilapan utama peniaga adalah cuba menulis iklan kepada semua orang.”Kita kena sedar. Facebook adalah tempat yang bising. Semua orang nak bercakap. Semua nak share kehidupan mereka.Jadi, bila semua nak cakap. Bila mereka nak baca iklan kita
Okay, saya bocorkan. Antara tip rahsia untuk bercakap di tempat yang bising adalah anda kena tarik perhatian mereka dahulu
Bayangkan, anda sedang berada di dalam dewan sekolah dan anda diberi tugasan untuk sampaikan satu mesej penting dari cikgu. Tapi, semua orang dalam dewan sibuk dengan hal masing-masing.Semua nak bercakap. Suasana bising. Bagaimana anda nak sampaikan mesej penting tu
Kalau saya, ini pendekatan yang saya pilih:Saya kenalpasti dulu mesej ini khas untuk siapaApa mesej yang ingin disampaikanFikir cara untuk tarik perhatian mereka duluKemudian, baru saya sampaikan mesejContoh mesej: Nak beritahu hari isnin semua pelajar Tingkatan 3 kena pergi seminar ‘Jom belajar’ di Kuala Lumpur.Siapa: Pelajar Tingkatan 3Mesej: Hari isnin ada seminar dekat Kuala LumpurTarik perhatian mereka dengan panggil; “Perhatian: Pelajar Tingkatan 3”Semua dah beri perhatian, baru saya beritahu; “Hari isnin ni… bla..bla”Simple kan
Anda rasa mesej penting itu sampai atau tidak dekat pelajar tingkatan 3? Ya, insyaallah sampai. Sebab masa kita cakap, semua orang sedang tumpu perhatian
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:Sebelum nak tulis apa sahaja iklan. Pastikan kenalpasti dulu, ‘siapa’ pelanggan kita
Bila dah tentukan siapa, baru kita jelas siapa kita nak panggil. Baru fikir tentang cara nak tarik perhatian mereka. Kemudian, barulah susun ayat iklan yang berpengaruh
Kesilapan #3 – Tunggu Ilham Tak SampaiCerita tentang ilham ini. Bohong la kalau saya kata, saya setiap minit ada ilham power untuk tulis iklan
Bagi saya mudah. Ilham dan idea ini umpama rezeki. Sama macam kita nak dapat duit
Kesilapan ramai peniaga, mereka terlalu ‘menunggu; ilham. Bila ilham tak sampai, mulalah pening kepala, tak tahu nak tulis apa. Last-last tidur. Tidur tak selesaikan masalah iklan sahabatku
Cuba kita muhasabah balik;“Antara tunggu dan cari rezeki: Mana yang lebih bagus?”Nah! Jika kita nak dapat duit, kita kena cari. Kita sanggup kerja. Kita sanggup bisnes. Kenapa bila kita nak menulis, kita harap ia hadir dengan hanya menunggu
Nampak tak poin saya
Sebenarnya, cara paling kebal untuk elak daripada takde idea adalah CARI ILHAM.Contoh: Kita takde idea nak tulis pasal manfaat produk.Maka, tindakan kita adalah buat carian
Cuba baca blog-blog pesaing kita. Apa yang mereka tawarkan. Baca jurnal. Baca bahan material daripada HQ. Tanya orang yang pakar tentang produk itu. Bila kita tanya, kita akan dapat idea
Kata kuncinya, kita kena CARI bukan TUNGGU ilham tak sampai-sampai
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan:Pertamanya, fahamkan dulu bahasa ilham & idea adalah rezeki
Makanya, penting untuk kita kumpul bahan dulu, sebelum mula menulis. Dah kumpul bahan seperti kajian tentang produk. Dah korek dan kumpul maklumat apa yang pelanggan mahukan
Barulah bila menulis, ia akan jadi mudah, teratur & sedap jer
Kesilapan #4 – Guna Bahasa ‘Professor’ Yang Pelanggan Tak FahamKita perlu sedar. Tak semua orang faham, apa yang kita faham
“Bahasa yang darjatnya terlalu tinggi. Akan buatkan kita rasa hebat. Tapi belum tentu produk terjual”Bila menulis iklan, yang PENTING adalah pelanggan faham dulu
Bak kata salah seorang otai dalam bidang Direct-response Copywriting, David Ogilvy;“If you want people to buy your product, you must explain it as briefly and simply as possible: what you sell, and how buying your product will improve their lives.”Maksudnya, kalau kita nak jual produk
Kita kena terang kepada pelanggan semudah mungkin, dengan bahasa yang senang difahami, supaya mereka nampak nilai, bahawa produk kita mampu bantu mereka hidup lebih baik
Jadi, apa perlu kita buat selepas ini:Elakkan guna perkataan bombastik. Sainstifik aras professor. Perkataan pelik-pelik
Pilih perkataan yang sama maksud & lebih mudah difahami. Cuba cari perkataan yang lebih mesra pengguna. Senang cerita, budak sekolah pun boleh faham
Contoh: Jual produk kesihatan.Daripada kita guna istilah ‘Ganoderma Lucidum’. Lebih baik tukar kepada ‘Cendawan Merah’. Perkataan ‘Cendawan’ lebih mudah orang faham
Contoh: Jual hartanahJika anda bercakap dengan orang baru dalam bidang ini. Daripada guna istilah ‘Subsale’. Lebih baik anda tukar kepada ‘Rumah second-hand atau terpakai’
Boleh dapat setakat ini? Simple jer kan
Tukar perkataan pelik, kepada perkataan yang pelanggan mudah faham. Nak dapat perkataan ini, mudah jer. Anda kena belajar ilmu tanya soalan yang betul dekat pelanggan
Bila soalan kita tanya power, feedback yang kita dapat pun power
Kesilapan #5 – Tulis Ikut ‘Rasa-rasa’ Bukan Dari KajianSebenarnya, prospek boleh ‘bau’ sama ada kita tulis berdasarkan kajian atau main ‘goreng’ sesedap rasa
Ayat iklan yang ditulis berdasarkan kajian. Isinya sampai ke hati. Mudah dihadam dan tidak diragui. Tak nampak ‘fake’ la senang cerita
Manakala, ayat iklan yang dibuat berdasarkan ‘rasa-rasa’. Biasanya, meleret-leret tanpa hala tuju. Bila kita baca pun boleh tergeliat lidah
Macam saya, bila mahu menulis iklan. Sekurangnya, saya perlukan 5 poin di bawah (minimum):Produk ini untuk apa?Nak jual dekat siapa?Apa yang bestnya produk ini?Kenapa prospek kena beli dari aku?Macamana nak order?Bila tahu jer 5 poin ini
Saya akan buat kajian tentang ‘pelanggan kelaparan’ dan keunikan untuk produk tersebut. Dah selesai kajian, baru saya mula menulis
Tidak la saya merepek-repek dalam iklan
Dalam iklan, saya hanya bagitahu benda yang pelanggan nak tahu sahaja
Macamana nak tahu apa yang pelanggan nak?Jawapannya, tanya mereka. Ya, tanya pelanggan. Kenapa dia beli dari kita? Apa bestnya produk kita? Apa yang buatkan dia puas hati sangat-sangat
Kemudian kita senaraikan lah dalam bentuk poin. Bagi memudahkan anda faham. Saya kongsikan contoh
Contoh: Niche Travel AgencyNak jual pakej apa? – Pakej pelancongan ke Turki.Untuk siapa? – Kaki travel & minat pergi tempat sejarah Islam.Apa yang best? – Boleh customize pakej. Ada 15 tempat menarik.Kenapa kita? – Ada pemandu pelancong yang boleh cakap Melayu.Cara order? – Klik link untuk isi borang.Nampak tak, bila poin-poin dah dikumpul. Rasa mudah sikit nak mula menulis
Saya harapkan artikel ini dapat bantu anda faham dengan serba ringkas. Apakah kesilapan yang sering dibuat dan apa yang anda perlu fokus selepas ini
Semoga bermanfaat

Untuk keterangan lanjut sila layari Ketahui 5 Kesilapan Semasa Menulis Iklan Yang Ramai Tak Tahu!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/05/ketahui-5-kesilapan-semasa-menulis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Pdpc Belajar Menulis Huruf Melalui Aktiviti Mewarna Huruf Menggunakan Putik Kapas Atau Cotton Buds

Idea Pdpc Belajar Menulis Huruf Melalui Aktiviti Mewarna Huruf Menggunakan Putik Kapas Atau Cotton Buds

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 864 hits
Mengajar murid atau kanak kanak menulis tidak semestinya menggunakan pensel atau alat tulis Salah satu cara belajar menulis huruf adalah dengan mewarnakan huruf menggunakan putik kapas atau cotton buds atau pun juga dipanggil cotton swab Pu...
Bbm Latihan Memadankan Suku Kata Dan Menulis Lebih 50 Perkataan Kv Kvk

Bbm Latihan Memadankan Suku Kata Dan Menulis Lebih 50 Perkataan Kv Kvk

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 2196 hits
Lembaran kerja latihan ini saya perolehi daripada Facebook Page Murid perlu memadankan suku kata KV dengan KVK untuk membentuk lebih 50 perkataan KV KVK Kemudian murid menulis perkataan yang dipadankan menggunakan garisan yang disediakan La...
10 Jenis Bisnes Masyuk Semasa Ramadhan

10 Jenis Bisnes Masyuk Semasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 451 hits
10 Jenis bisnes atau perniagaan yang untung besar semasa Ramadhan Setiap tahun bulan puasa iaitu bulan Ramadhan sering dianggap sebagai bulan terbuka luas pintu rezeki Ketika ini ramai yang mengambil peluang untuk berniaga secara sambilan M...
Jangan Lupa Janji Manifesto Kerana Desakan Semasa Anwar

Jangan Lupa Janji Manifesto Kerana Desakan Semasa Anwar

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 407 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pemimpin Pakatan Harapan tidak boleh melupakan janji janji manifesto pilihan rayanya akibat desakan semasa Berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2019 hari ini Anwar berkata PH harus mengakui gabungan it...
Pertandingan Menulis Esei Let S Write Be Creative With English Sempena Sambutan Hari Guru 2019

Pertandingan Menulis Esei Let S Write Be Creative With English Sempena Sambutan Hari Guru 2019

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1500 hits
Pertandingan menulis esei Bahasa Inggeris LET S WRITE BE CREATIVE WITH ENGLISH sempena Sambutan Hari Guru 2019 yang julung kali diadakan pada tahun ini terbuka kepada guru pensyarah dan pegawai KPM Tarikh tutup adalah pada 10 Jun 2019 denga...
Video Saya Kejar Dia Suku Padang Baru Dapat Ini Cerita Sebenar Viral Murid Lari Lawan Arah Semasa Hari Sukan Sekolah

Video Saya Kejar Dia Suku Padang Baru Dapat Ini Cerita Sebenar Viral Murid Lari Lawan Arah Semasa Hari Sukan Sekolah

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 539 hits
Saya Kejar Dia Suku Padang Baru Dapat Ini Cerita Sebenar Viral Murid Lari Lawan Arah Semasa Hari Sukan Sekolah Baru baru ini viral sebuah video gelagat seorang murid perempuan menyertai acara larian di sekolah telah mencuit hati netizen Vid...
5 Sumber Idea Menulis Blog

5 Sumber Idea Menulis Blog

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 317 hits
Kekeringan idea merupakan masalah biasa kepada blogger Terutamanya kepada blogger baharu Oleh itu pemilihan niche blog sangat penting bagi memastikan kelangsungan idea menulis di blog Dengan menetapkan niche blog dapat membantu kita untuk m...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin