Ketahui 4 Jenis Topeng Muka Paling Sesuai Dipakai Ketika Darurat Kesihatan


Pemilihan topeng muka yang betul ketika berlakunya pencemaran udara atau tersebarnya virus amat penting untuk menapis sebarang partikel halus daripada masuk ke dalam sistem pernafasan seterusnya melindungi kesihatan kita.


Namun, ramai masih mengambil mudah, bukan saja memilih pemakaian topeng yang tidak sesuai, malah langsung tidak menutup hidung biarpun berada dalam kawasan terjejas teruk.

1. Topeng Muka 3 Lapis (Sesuai untuk menghalang Coronavirus)

Penutup mulut dan hidung tiga lapisan adalah topeng muka yang paling sesuai digunakan orang awam sebagai langkah pencegahan ekoran penularan wabak koronavirus baharu (2019-nCov).

Menurut Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, ia lebih selamat kerana boleh menghalang virus berkenaan tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti Koronavirus.

Malah, ketika menghadapi ancaman virus ini, orang awam tidak digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis satu lapis dan N95.

Jenis ini dibuat daripada 3 lapisan dan mempunyai kualiti yang agak setanding dengan jenis N95.

Menawarkan lebih perlindungan kepada pemakai namun, topeng jenis ini juga hanya boleh dipakai sekali sahaja untuk memastikan anda tidak terdedah kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Penutup mulut dan hidung tiga lapisan yang digunakan ini juga perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman membiak.

2. Topeng Muka Jenis N95 (Sesuai untuk jerebu)

Jerebu merujuk kepada keadaan udara tercemar dengan zarah yang boleh memasuki sistem pernafasan.

Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius terutama kepada yang mempunyai imuniti tubuh rendah serta penghidap asma.

Penting kepada masyarakat memahami topeng muka jenis N95 adalah topeng yang mampu membantu melindungi diri daripada udara berjerebu.

Bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan baik sekiranya dipakai dengan cara betul dan tidak direka untuk kanak-kanak.

Mereka yang mempunyai penyakit pernafasan yang kronik, sakit jantung atau masalah kesihatan lain perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan topeng jenis N95 kerana kerana ia mungkin memerlukan lebih banyak usaha untuk bernafas.

Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara berjerebu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat.

Malah, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan penggunaan N95 terutama sekiranya bacaan IPU mencecah 101 ke atas.

Topeng N95 mempunyai bukaan di tepi kerana ia menutup bahagian hadapan mulut, menyebabkan udara luar boleh memasuki hidung dan mulut.

Bagaimanapun, N95 direka untuk mengurangkan pendedahan pemakai kepada pencemaran yang berada dalam udara.

3. Topeng Muka Jenis R95

Kedua-dua topeng muka jenis N95 dan R95 telah diluluskan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) sebagai alat pernafasan dengan penapis zarah.

Kedua-dua topeng muka ini dapat menyaring partikel berbahaya sehingga ukuran 0.3 mikron dengan efisiensi lebih besar atau sama dengan 95%.

Namun, perbezaan utama antara N95 dan R95 ialah fungsi pertahanan terhadap partikel yang mengandungi minyak.

N95 hanya dapat digunakan di lingkungan yang mengandungi partikel bukan minyak (non-oil based).

R95 pula dapat digunakan di lingkungan yang mengandungi partikel minyak (oil based) dan partikel bukan minyak.

Oleh itu, respirator R95 adalah pilihan yang lebih sesuai untuk situasi yang melibatkan penularan wabak penyakit.

Sila tanya ahli farmasi atau ahli kesihatan tentang cara pemakaian respirator yang betul supaya fungsinya dapat dijamin.

4. Topeng Muka P95

Perbezaan utama antara topeng udara jenis P dan N adalah keupayaan topeng untuk menapis bahan pencemar berasaskan minyak.

Selain membersihkan bahan pencemar berasaskan minyak, topeng jenis P95 dapat menyaring 95% partikel di udara dengan berkesan.

Topeng muka jenis P lebih cekap serta lebih mahal daripada jenis N dan R, namun perlu diganti selepas kira-kira 40 jam penggunaan.

3 GRED UTAMA TOPENG MUKA

Ada 3 gred utama topeng muka iaitu N, R dan P. Contohnya, N95, P95 dan R95, melindungi sekurang-kurangnya 95% particulate matter atau habuk dan cecair biologi dengan ukuran lebih dari 0.3 micron.

Antara gred lain dalam kategori ini adalah N99, R99, P99, N100 dan P100.

Tiga gred yang berbeza ini diberikan bergantung kepada tahap rintangan penapis yang dipakai terhadap bahan seperti minyak.

Respirator jenis N bermaksud penapis yang ada tidak mempunyai sebarang ketahanan terhadap sebarang jenis minyak.

R pula mewakili penapis yang mampu menapis partikel minyak tetapi tidak sepenuhnya.

Sementara P pula bermakna penapis yang digunakan mampu bersifat kalis minyak.

Kesimpulan

Tahap keupayaan paling tinggi penapis muka adalah 100, di mana penapis mampu memerangkap 99.7% partikel udara daripada masuk ke dalam hidung.

Sebuah topeng atau penapis yang mempunyai tahap kecekapan seperti ini seakan-akan mempunyai tahap kecekapan terbaik, setanding dengan jenis-jenis penapis berkategori HEPA atau 'High Efficiency Particulate Air'.

Hanya ada tiga gred saja layak digunakan sebagai respirator, dengan gred 95 dianggap paling rendah dan 100 diletak sebagai paling tinggi.

Kesemua topeng respirator yang ada memang mampu membantu anda ketika menghadapi pencemaran dan mencegah penularan wabak berbahaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?Pengisytiharan Darurat Bencana Dan Kenapa Ianya Sukar Dilaksankan?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/02/topeng-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka Di Malaysia

Senarai Harga 5 Jenis Topeng Muka Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1228 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga tidak munasabah bagi topeng muka susulan penularan 2019 Novel Koronavirus Sebagai peringatan kepada peniaga tope...
Kpdnhep Kompaun Peniaga Naikkan Harga Topeng Muka

Kpdnhep Kompaun Peniaga Naikkan Harga Topeng Muka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 483 hits
KLANG 6 FEB Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan kompaun bernilai RM21 700 kepada premis termasuk farmasi yang menaikkan harga topeng muka kata timbalan ketua setiausahanya Dr Alauddin Sidal berkata pemer...
Topeng Muka N95 Atau Surgical Mask Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus

Topeng Muka N95 Atau Surgical Mask Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 1012 hits
Hi Korang Sempena tahun baru 2020 ni kak lily akan kerap kongsikan artikel daripada Hello Doktor untuk bacaan santai korang Sebab kak lily rasa ianya bagus untuk kita mengambil tahu mengenai kesihatan kita Sejak heboh berita tentang ini ram...
Cara Betul Pakai Face Mask Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu

Cara Betul Pakai Face Mask Topeng Muka Yang Ramai Orang Jarang Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 3179 hits
Jom belajar cara pakai mask muka dengan betul Penulis berminat untuk berkongsi cara pemakaian mask muka atau topeng muka di blog ini setelah menonton rancangan temubual Pesona XY di RTM mana salah seorang tamunya ialah Dr Suraya Dalam ranca...
Lupakan Topeng Muka Untuk Mencegah Jangkitan Virus Corona Doktor Penerbangan

Lupakan Topeng Muka Untuk Mencegah Jangkitan Virus Corona Doktor Penerbangan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 365 hits
Melangkah sahaja masuk ke tahun 2020 Malaysia dan negara seluruh dunia diuji dengan pelbagai risiko wabak penyakit berbahaya sehingga menyebabkan kerajaan menekankan langkah langkah perlindungan diri Rekod kematian secara drastik telah meni...
Awas Jenis Ubat Punggung Bayi Bahaya Bagi Ketika Demam

Awas Jenis Ubat Punggung Bayi Bahaya Bagi Ketika Demam

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 1247 hits
Rata rata ibu bapa yg anak nya kerap demam atau susah nak makan ubat demam mereka memang amat familiar dengan ubat punggung ni atau setengah orang panggil supp Tapi harus ibu bapa sedar bahawa bukan semua ubat punggung itu selamat dan sesua...
Pertubuhan Kesihatan Sedunia Isytihar Darurat Bagi Wabak Koronavirus

Pertubuhan Kesihatan Sedunia Isytihar Darurat Bagi Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 384 hits
Selepas sebulan wabak ini tersebar akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan koronavirus sebagai wabak darurat kesihatan global Keputusan ini dilakukan semasa Jawatankuasa darurat melakukan mesyuarat di Geneva pada Khamis ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan