Kesimpulannya Pemaju Yang Salah Tapi Polis Yang Tidak Cukup Tegas Lebih Menambahkan Lagi Masalah




Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung kekacauan di sebuah kuil di Subang Jaya, jelas yang menjadi punca segala-galanya  adalah pihak pemaju yang memiliki tanah tapak kuil tersebut.


Dalam usaha untuk mengambil alih tanah milik mereka yang dijadikan tapak kuil, pemaju didapati telah melakukannya dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang.


Meskipun telah ada persetujuan bahawa proses itu mahu dilakukan dengan baik dan aman pada 26 November bermula jam 7.00 pagi, malah ia sudah pun dimaklumkan kepada pihak polis untuk membantu mengawal keadaan, tetapi pihak pemaju didapati telah mengupah sekumpulan samseng Melayu untuk memasuki secara ceroboh dan mengawal kawasan kuil seawal kira-kira jam 2.00 pagi iaitu sebelum ketibaan pihak polis.


Peguam pemaju didapati telah membayar wang sebanyak RM150 ribu kepada ketua kumpulan samseng tersebut, tetapi 50 samseng yang menceroboh dan memasuki kuil hanya dibayar antara RM150 hingga RM300 sahaja setiap seorang.


Dengan itu, bayaran kepada 50 samseng yang diarahkan menceroboh dan memasuki kuil itu adalah antara RM7,500 hingga RM15,000, sedangkan wang yang dibayar kepada ketua kumpulan yang berurusan dengan peguam ialah sebanyak RM150 ribu.


Dalam erti kata lain, upah kepada 50 samseng itu hanya sekitar 10 peratus saja daripada bayaran RM150 ribu yang diterima oleh ketua kumpulan itu.


Aduhhh...malangnya nasib Melayu, sudahlah dibayar upah untuk menceroboh tempat ibadah agama yang berbeza yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia tentu saja akan menimbulkan konflik kaum dan agama, lebih malang lagi upah yang diterima adalah seciput cuma berbanding laba berganda yang diraih oleh sang ketua.


Dalam pada itu, meskipun urusan mengupah 50 samseng itu adalah dilakukan oleh peguam pemaju, adalah hampir pasti dan diyakini ia merupakan arahan atau kehendak pihak pemaju sebagai tuan punya tanah di mana terletaknya kuil tersebut.


Muhyiddin dalam sidang akhbarnya juga membayangkan perkara yang sama dengan tidak menolak kemungkinan duit itu datangnya daripada pemaju yang disalurkan kepada peguam terbabit.


Ini kerana peguam biasanya adalah pihak yang hanya menurut arahan dan dibayar atas sesuatu arahan serta agak mustahil ada mana-mana peguam sedia mengeluarkan wang sendiri bagi sesuatu perkara yang mereka tiada kepentingan sama sekali.


Maka, mahu tidak mahu, pemajulah yang bersalah dan harus dipersalahkan dalam hal ini.


(Di penghujung artikel turut disertakan kenyataan media penuh oleh Muhyiddin untuk kita lebih memahami insiden kekacauan yang terjadi)


Kenapa mereka tidak mahu mengikut cara yang betul untuk mengambil alih tanah itu sebagaimana yang sudah dipersetujui akan dilakukan bermula jam 7.00 pagi serta dengan bantuan pihak polis?


Mengapa perlu mengupah kumpulan samseng dan bertindak dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang?


Lebih buruk, akibat daripada tindakan yang melanggar undang-undang itu telah menyebabkan tercetusnya rusuhan yang melibatkan banyak kecederaan dan kenderaan dibakar serta nyaris-nyaris meletusnya suatu kekacauan yang melibatkan kaum dan agama di negara kita.


Disebabkannya jugalah telah berlaku di mana seorang anggota bomba Melayu cedera parah dan sehingga kini masih lagi tidak sedarkan diri.


Bagaimana jika kekacauan itu berakhir dengan rusuhan kaum yang tidak terkawal sudahnya?


Untuk itu, tindakan undang-undang yang sekeras-keras harus diambil kepada sesiapa juga yang terlibat sehingga tercetusnya pergaduhan dan kekacauan tersebut.


Berkaitan hal ini, perkara yang turut sama menyumbang kepada kejadian rusuhan berlarutan sehingga dua tiga hari ialah ketidaktegasan pihak polis dalam bertindak ketika di awal kejadian.


Sepatutnya pihak polis perlu tegas dan tidak berlengah-lengah dalam bertindak bagi membendung kejadian daripada menjadi lebih parah kerana ini adalah kejadian jenayah dan perlanggaran terhadap undang-undang.


Alasan pihak polis sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun bahawa mereka tidak boleh meredakan rusuhan dengan menembak air kerana kuil adalah kawasan rumah ibadat, sebenarnya tidak masuk akal sama sekali.


Apakah pihak polis lupa bahawa ketika era kebangkitan reformasi dahulu semburan air banyak dilakukan di kawasan Masjid Jamek dan juga Masjid Kampung Baru?


Apa bezanya masjid dengan kuil?


Apa yang diminta bukanlah untuk polis bertindak secara keterlaluan atau keras, tetapi cukup sekadar mematuhi SOP sedia ada dalam menangani sesuatu kekacauan, jenayah dan juga rusuhan.


Lebih-lebih lagi jika kekacauan yang boleh disemarakkan dengan api perkauman dan agama, pihak polis tidak boleh berkompromi sama sekali kerana bahayanya terlalu besar untuk dibiarkan berlarutan, apa lagi sehingga dua atau tiga hari lamanya.


Yang tidak kurang pentingnya, insiden di Subang Jaya ini seharusnya menjadi pengajaran kepada Ketua Polis Negara agar selepas ini mesti menampakkan kepimpinan yang lebih tegas dan berani dalam menegakkan undang-undang negara. (ShahbudinHusin 28/11/2018)




DI BAWAH ADALAH KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN MENTERI DALAM NEGERI BERKAITAN ISU PERGADUHAN TERSEBUT.


1. Isu pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya pada 26 November 2018 telah mendapat perhatian rakyat. Pelbagai telahan telah dibuat berhubung insiden ini terutamanya mengenai penglibatan sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh kuil penganut agama Hindu dan menimbulkan kekecohan di tempat kejadian.


2. Kerajaan memandang serius insiden ini yang telah mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.


3. Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan siasatan polis, insiden ini tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman. Kejadian ini berlaku berpunca daripada pertikaian antara pihak pemaju One City Development Sdn Bhd dan ahli jawatankuasa kuil mengenai hak milik tanah tapak kuil tersebut.


4. Sebagai penyelesaian kepada pertikaian ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014 telah merekodkan penghakiman persetujuan bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang disedikan oleh pihak pemaju dan tapak asal kuil diserahkan kepada syarikat pemaju yang merupakan pemilik tanah.
       
5. Namun demikian, penghakiman persetujuan ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat pihak penganut agama Hindu yang membantah penghakiman tersebut.


6. Berdasarkan siasatan pihak polis, terdapat dua kumpulan penganut agama Hindu dalam kes ini yang mana satu daripadanya bersetuju untuk berpindah dan satu kumpulan lagi tidak bersetuju.


7. Setelah beberapa siri rundingan antara pihak-pihak ini gagal mencapai kata sepakat, pihak pemaju telah merancang untuk melaksanakan perintah mahkamah dengan mengambilalih tapak kuil tersebut sepertimana perintah mahkamah.


8. Beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak pemaju untuk mengambilalih tapak kuil tersebut tetapi gagal disebabkan bantahan daripada kumpulan penganut agama Hindu dan kekecohan yang berlaku di tapak kuil.


9. Susulan itu, pihak pemaju sekali lagi merancang untuk mengambilalih tapak kuil yang dijadualkan bermula pada jam 7.00 pagi 26 November 2018. Perbincangan mengenainya telah diadakan di antara pihak pemaju dan ahli jawatankuasa kuil. Pihak polis juga telah dimaklumkan mengenai rancangan ini dan bersedia untuk mengawal ketenteraman di sekitar kawasan kuil tersebut.


10. Namun demikian, pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju telah tidak mematuhi proses pengambilalihan tapak kuil sepertimana yang dirancang mengikut peruntukan undang-undang. Siasatan pihak polis mendapati peguam kepada syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk menceroboh kuil tersebut dan mengawal kawasan kuil sebelum ketibaan pihak pemaju dan polis pada pagi 26 November 2018.
     
 11. Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan ini untuk melakukan kerja menceroboh, mengambilalih dan mengawal kuil. Seramai lebih kurang 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300.


12. Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang ini telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu yang berada di kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan kerosakan harta benda.


13. Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan cuai yang diambil oleh pihak yang dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas melanggar undang-undang. Sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, saya percaya insiden pergaduhan di antara kumpulan lelaki Melayu dan penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Mariamman tidak berlaku.


14. Susulan insiden ini, pihak polis telah menahan 21 orang individu untuk membantu siasatan. Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti individu-individu lain yang terbabit di dalam insiden ini, termasuk kejadian rusuhan yang melibatkan sekumpulan kaum India pada malam 27 November 2018. Insiden kedua ini telah menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota bomba dan seorang anggota polis selain kerosakan harta benda milik awam dan persendirian.


15. Saya telah diberikan taklimat terperinci oleh Ketua Polis Negara mengenai kedua-dua insiden ini dan saya percaya pihak polis akan dapat melengkapkan siasatan dalam masa terdekat serta membawa mereka yang terbabit dalam perbuatan jenayah ini ke muka pengadilan secepat mungkin.
     
16. Saya ingin menegaskan bahawa insiden pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah hidup secara aman dan harmoni sejak sekian lama. Tidak mungkin kerana satu kejadian terpencil yang membabitkan pertikaian antara jawatankuasa kuil dan pihak pemaju dijadikan sebab untuk mengeruhkan hubungan kaum dan agama di negara kita.


17. Saya menggesa pihak-pihak yang terlibat di dalam isu pertikaian hak milik tanah tapak Kuil Sri Maha Mariamman supaya menyelesaikan pertikaian tersebut secara baik menurut saluran undang-undang. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu ini untuk mencetuskan ketegangan kaum.


18. Saya telah mengarahkan pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berhubung insiden ini. Ini termasuk mereka yang membuat kenyataan berbaur perkauman yang bersifat provokatif, menyebarkan berita palsu yang berunsur fitnah dan hasutan serta menganjurkan perhimpunan-perhimpunan untuk membakar sentimen kaum.


19. Sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara, Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menjejaskan ketenteraman awam. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil demi memelihara keselamatan dan keamanan negara.




KEMENTERIAN DALAM NEGERI 
PUTRAJAYA.
28 NOVEMBER 2018.   


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/kesimpulannya-pemaju-yang-salah-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Mengaku Salah Namun Saya Ada Masalah Mental Lelaki Bunuh Anak Tiri Minta Jalani Pemeriksaan Mental

Saya Mengaku Salah Namun Saya Ada Masalah Mental Lelaki Bunuh Anak Tiri Minta Jalani Pemeriksaan Mental

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 386 hits
Saya mengaku salah namun saya ada masalah mental Lelaki bunuh anak tiri minta jalani pemeriksaan mentalSeorang lelaki yang dikenali sebagai Boy Tiger mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera an...
Masker Hilangkan Jeragat Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit

Masker Hilangkan Jeragat Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 430 hits
Masker Hilangkan Jeragat Pakai Seminggu 4 Kali Tapi Jangan Lebih Dari 15 Minit Bukan senang nak hilangkan jeragat Inilah salah satu masalah kulit yang kaum wanita risau sangat Ada banyak punya yang menyebabkan jeragat keturunan atau mungkin...
Mufti Perlis Jawab Salah Faham Beri Sokongan Kepada Polis Evo 2

Mufti Perlis Jawab Salah Faham Beri Sokongan Kepada Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 487 hits
Akhbar Sinar Harian semalam telah memetik kenyataan Penerbit Polis Evo 2 Datuk Khairul Anwar Salleh mendakwa Mufti Perlis telah memberi nasihat untuk filem Polis Evo 2 Pada masa sama kami juga telah mendapatkan nasihat daripada mufti Perlis...
Kembung Perut Air Liur Lebih Banyak Kuat Sentap Mungkin Salah Satu Tanda Anda Berbadan Dua

Kembung Perut Air Liur Lebih Banyak Kuat Sentap Mungkin Salah Satu Tanda Anda Berbadan Dua

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 428 hits
Hamil ataupun tidak Semua orang tahu tanda tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid mual mual dan muntah ataupun pitam Pun begitu tidak ramai yang sedar akan tanda tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua Ada an...
Lebih 50 Pendatang China Serang Anggota Polis

Lebih 50 Pendatang China Serang Anggota Polis

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR 12 Nov Lebih 50 lelaki dipercayai warga China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee dekat sini sebentar ta...
Timb Igp Jumlah Polis Fru Lebih 2 Kali Ganda Malam Ini

Timb Igp Jumlah Polis Fru Lebih 2 Kali Ganda Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 587 hits
Hanya mereka yang pergi ke kawasan kuil atas tujuan keagamaan akan dibenarkan masuk kata Noor Rashid
Sudah Lebih 100 Laporan Polis Terhadap Moorthy Kita Tunggu Tindakan Polis

Sudah Lebih 100 Laporan Polis Terhadap Moorthy Kita Tunggu Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membuat laporan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy Laporan polis t...
Polis Gesa Lebih 2 000 Berkumpul Di Sekitar Seafield Bersurai

Polis Gesa Lebih 2 000 Berkumpul Di Sekitar Seafield Bersurai

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 304 hits
SUBANG Polis menggesa kira kira 2 000 individu yang berkumpul di sekitar kuil kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights di Subang Jaya malam ini bersurai Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan k...
Mendagri Pemprov Dki Belum Ada Wagub Bukan Salah Pak Anies Tapi Partai Pengusung

Mendagri Pemprov Dki Belum Ada Wagub Bukan Salah Pak Anies Tapi Partai Pengusung

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 249 hits
Tjahjo mengatakan seharusnya partai pengusung kompak dulu mengajukan satu atau dua nama yang disepakati gabungan parpol pengusung lalu diajukan ke DPRD
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bila Pak Arab Main Heli

Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer