Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Yang Selalu Kita Buat Wajib Elak Kalau Tak Buruk Padahnya


Mengepam susu adalah cara untuk memastikan si manja tetap akan mendapat susu ibu walaupun tidak berada bersama si ibu. Tetapi adakah ibu-ibu sekalian tahu cara penyimpanan susu yang betul?

Baca: Air Rendaman Halba Letak Hirisan Lemon. Bagus Untuk Milkbooster Ibu Ketika Puasa
Kesilapan cara menyimpan susu ibu
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.
Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih, ya?
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan, okay?
Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu. Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja, okay?
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa dua jam selepas proses pencairan.
Ia hanya boleh digunakan untuk susu ibu yang beku tetapi terdedah. Jangan sekali-kali menyegarkannya dan mesti menggunakannya dalam masa 2 jam selepas pencairan ((ini bermakna dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk)
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Baca: Air Mango Dessert Untuk Berbuka, Manis & Berlemak, Sedapnya!
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul. Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu, okay?
Sumber: Hello Doktor
The post Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Yang Selalu Kita Buat, Wajib Elak Kalau Tak Buruk Padahnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesilapan-cara-simpan-susu-ibu-yang-selalu-kita-buat-wajib-elak-kalau-tak-buruk-padahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 10k Likes Ini Cara Mudah Nak Simpan Santan Kotak Kalau Tak Habis Pakai Elak Jadi Basi

Lebih 10k Likes Ini Cara Mudah Nak Simpan Santan Kotak Kalau Tak Habis Pakai Elak Jadi Basi

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 450 hits
Penggunaan santan kotak memang memudahkan tugas apabila memasak Tetapi masalah timbul apabila ianya tidak tahan lama selepas dibuka Selalunya jika ada lebihan santan mesti akan dibuang sahaja kerana sudah basi Tetapi terdapat cara mudah bag...
Tahukah Anda Anak Seawal 1 Tahun Sudah Mula Memilih Makanan Picky Eater Ibu Ibu Wajib Tahu

Tahukah Anda Anak Seawal 1 Tahun Sudah Mula Memilih Makanan Picky Eater Ibu Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 274 hits
TAHUKAH ANDA ANAK SEAWAL 1 TAHUN SUDAH MULA MEMILIH MAKANAN PICKY EATER IBU IBU WAJIB TAHU Siapa kat sini anaknya terlalu memilih untuk makan Atau tiada selera untuk makan Anak syurga kita seawal usia 1 hingga 4 tahun memang begini Ibu mana...
Cara Mudah Cepat Buat Pati Susu Kurma Untuk Bersahur

Cara Mudah Cepat Buat Pati Susu Kurma Untuk Bersahur

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 341 hits
Bulan puasa ini tekak kita sudah disebatikan dengan buah kurma yang dimakan dalam pelbagai keadaan yang berbeza Ketika berbuka puasa kita pasti akan menjamah buah kurma dalam tiga ke empat biji sebelum mula menjamu hidangan lain Sama juga d...
10 Tips Doktor Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa

10 Tips Doktor Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 802 hits
10 Tips Doktor Cara Elak Sakit Gastrik Semasa Puasa Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Sesiapa yang ada penyakit gastrik mesti risau kan kalau masuk bulan Ramadan sebab kena puasa menahan lapar dan dahaga tak makan minum dari Subuh...
Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 830 hits
As Salam Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama Alhamdulillah Sejak PKP dan bersambung sampai bulan puasa ni susah jugak saya nak dapatkan kelapa parut fresh Fresh maksudnya kelapa yang tak berbau tengik atau nak dapatkan kelapa m...
Perlu Atau Tidak Pakaikan Bayi Topeng Muka Untuk Elak Covid 19 Ini Ibu Bapa Kena Tahu

Perlu Atau Tidak Pakaikan Bayi Topeng Muka Untuk Elak Covid 19 Ini Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 464 hits
Perbuatan mencuci tangan dengan air dan sabun serta menjaga jarak sosial adalah langkah utama bagi mencegah wabak COVID 19 yang sedang melanda negara dan dunia ketika ini Namun begitu tidak cukup andai kata tidak mempunyai perisai seperti t...
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Ini Cara Terbaik Korang Nak Hargai Jasa Sempena Hari Ibu Dalam Tempoh Pkp

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Ini Cara Terbaik Korang Nak Hargai Jasa Sempena Hari Ibu Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 388 hits
Ibu adalah seorang insan yang sangat berharga dalam diri kita Beliau merupakan insan yang sanggup berkorban demi memenuhi semua kehendakan kita dan sanggup bertarung nyawa mengandung dan melahirkan kita ke atas muka bumi ini Korang tau tak ...
Cara Simpan Stok Herba Dedaun Bagi Tahan Lama Tak Perlu Rendam Tukar Air

Cara Simpan Stok Herba Dedaun Bagi Tahan Lama Tak Perlu Rendam Tukar Air

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 479 hits
Kebanyakan ibu bila beli stok barang basah akan beli untuk tempoh seminggu Lagi lagi dalam keadaan sekarang ni nak keluar kerap pun akan fikir banyak kali kan Tapi kadang tu akan terfikir juga jika beli barang barang ni nak simpan lama risa...
Cara Elak Haus Bulan Puasa

Cara Elak Haus Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 879 hits
Sebenarnya tips minum 8 gelas air sepanjang malam tidak mempunyai asas sains ysng kukuh dan ia muncul dari satu kajian pada tahun 1945 yang mencadangkan pengambilan 1 ml air bagi setiap kalori Untuk makluman setiap individu mempunyai tahap ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab