Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot Ijn


Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot – IJN. Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.
Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.
Berikutan perkembangan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.
“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu..
Muhammad Adib Dipindahkan Ke IJN, Semakin Stabil
SUBANG JAYA, 27 Nov (Bernama) — Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kritikal akibat dipukul dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya, dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, malam ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan antara pakar perubatan IJN dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini.
“Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya.
“Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya,” katanya pada pemberita selepas melawat mangsa di SJMC sebelum dipindahkan ke IJN.
Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.​​​​​
Zuraida berkata, keadaan Muhammad Adib dilaporkan semakin stabil berbanding tengah hari tadi selepas lebih setengah hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
“Tekanan darahnya juga semakin baik dan dia tidak sedarkan diri kerana diberikan sedatif,” katanya.
Ambulans yang membawa Mohamad Adib meninggalkan SJMC pada pukul 11.33 malam dengan diiringi pegawai perubatan SJMC dan IJN, ibu bapa dan ahli keluarganya serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam.
Sumber : BERNAMA
The post Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot – IJN appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kesihatan-muhammad-adib-semakin-merosot-ijn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4746 Tangkap Segera Pembunuh Muhammad Adib Celah Gelegar 18 12 18

4746 Tangkap Segera Pembunuh Muhammad Adib Celah Gelegar 18 12 18

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat supaya turut bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Kami j...
Tribute Untuk Muhammad Adib Justice4adib

Tribute Untuk Muhammad Adib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 532 hits
sengaja aku letakkan di sini supaya kekal menjadi petanda betapa rasis itu hanya jika tidak melibatkan melayu beberapa hari je lagi sebelum hari bahagia beliau Aku harap selain pelaku dan pembunuh Adib Waythamoorthy Ganabatirau Gobind Singh...
Lucut Jawatan Menteri Ph Ini Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib

Lucut Jawatan Menteri Ph Ini Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 329 hits
Petisyen lucut jawatan Waytha Moorty peroleh 199 046 tandatangan KUALA LUMPUR 18 Dis Petisyen menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 199 046 tandatangan setakat pukul 11...
Siasat Kematian Muhammad Adib Secara Telus Teliti

Siasat Kematian Muhammad Adib Secara Telus Teliti

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 305 hits
UMNO meminta kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh disiasat secara telus teliti dan segera Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihak yang bertanggungjawab dalam kes t...
Al Fatihah Buat Muhammad Adib

Al Fatihah Buat Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 587 hits
Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9 41 malam tadi kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah pagi esok un...
Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib

Isma Ummah Tuntut Keadilan Buat Allahyarham Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 457 hits
10 Rabiulakhir 1440H Selasa Kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 tahun yang parah dibelasah perusuh kuil di Subang Jaya dianggap satu tragedi yang memberi pengajaran amat besar kepada negara Serentak itu Presiden Ikatan Musli...
Ini Janji Tpm Wan Azizah Dan Mb Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan

Ini Janji Tpm Wan Azizah Dan Mb Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 450 hits
Ini Janji TPM Wan Azizah Dan MB Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti DikotakanIni Janji TPM Wan Azizah Dan MB Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan
4747 Ppim Minta Pemberi Maklumat Bantu Polis Berkas Pembunuh Muhammad Adib Sarawak Voice 18 12 18

4747 Ppim Minta Pemberi Maklumat Bantu Polis Berkas Pembunuh Muhammad Adib Sarawak Voice 18 12 18

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Kami juga mahu si...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


China Musim Sejuk Di Lijiang Ancient City

Travelog Haji Sebuah Perjalanan Iman Yang Mengubah Jiwa

Gegar Vaganza 11 Liza Aziz Dinobat Pemenang Gegar Vaganza Ke 11

Muzium Negeri Selangor Muzium Sultan Alam Shah Dah Dibuka Semula

Happy168 World 25 February 2568 168 168 Top 83 By Lorenzo

Panda555 50 Pgslot Slotxo Joker Spinix Panda555 Top 84 By Verona Panda555 Vip 23 25