Tidak lama kemudian beredar pula gambar Tun Mahathir bersama Hadi di meja makan dengan ditemani Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Khairuddin Abu Hassan.Gambar itu segera tular di media sosial dengan pelbagai pihak membuat ulasan serta andaian seolah-olah pertemuan itu baru berlaku dalam sehari dua ini.Untuk seharian semalam, ramai yang teruja dengan berita dan gambar tersebut.Melalui beberapa pemeriksaan sehingga malam tadi, bagaimanapun disahkan sebenarnya gambar itu adalah gambar lama.Seorang kenalan mengesahkan bahawa Khairuddin pernah menunjukkan gambar tersebut kepadanya beberapa bulan yang lalu ketika berbual-bual berkenaan isu politik semasa.Hahahahahaha…..Apa tandanya?Tandanya semua ini adalah permainan yang mungkin diatur oleh Khairuddin dan direstui oleh Tun Mahathir untuk mencetuskan pergolakan politik negara selepas UMNO menang di Kimanis.Dalam hal ini ternampak Tun Mahathir sedang terdesak untuk menyelamatkan diri dan kedudukannya menjelang bulan Mei akan datang di mana desakan semakin kuat agar peralihan kuasa kepada Anwar dimuktamadkan dengan segera.Kekalahan di Kimanis antaranya disebabkan kesan penolakan rakyat terhadapnya telah merebak hingga ke Sabah membuatkan ramai yang mendesak agar beliau melengah-lengahkan lagi peralihan kuasa.Tun Mahathir seolah-olah cuba memancing perhatian ramai untuk menunjukkan beliau mendapat sokongan daripada Pas, sambil dengan itu cuba meretakkan hubungan Pas dengan UMNO yang sudah menjalin hubungan rasmi melalui Muafakat Nasional.Terlihat Tun Mahathir ada kebimbangan tentang hubungan UMNO dan Pas menjelang PRU akan datang serta bagaimana Najib semakin mendapat sokongan berbanding dirinya.Tetapi, dalam masa yang sama beliau masih lagi lapar dengan kuasa dan seperti enggan mematuhi janji peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang selalu disebut dan diulang-ulangnya sebelum ini.Kesian kan….sampai gambar lama pun terpaksa dikitar semula yang nampak sangat menyerlahkan keterdesakannya ketika ini. (ShahbudinHusin 21/01/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |