Kesemua 107 Mp Sertai Perhimpunan Dipanggil Rakam Percakapan Polis


Kumara Sabapatty Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Azmi Abu Kassim bercakap pada sidang media Perkembangan Siasatan Kes Bunuh di Daerah Dang Wangi dan Siasatan Berhubung Himpunan Keluar dan #Lawan di IPD Kuala Lumpur, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil kesemua 107 ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka hari ini untuk dirakam percakapan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah mengenalpasti para peserta dalam Perhimpunan Solariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen itu dan kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Ingin saya jelaskan di sini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat daripada media mengatakan hari ini akan berlaku Perhimpunan Solariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen.
“Rentetan maklumat itu semakan dengan Parlimen mendapati tiada sebarang persidangan pada hari ini sebelum polis membuat sekatan dan lencongan dengan tidak membenarkan kumpulan itu berarak dan memasuki Parlimen.
“Malah saya dapat tahu hasil siasatan awal bahawa seramai 107 ahli Parlimen pembangkang menyertai perhimpunan itu pagi tadi maka kita akan panggil mereka dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, katanya, setakat ini polis telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu di ibu negara mendesak tindakan ke atas mereka yang berhimpun di kawasan Parlimen.
“Polis tidak menerima sebarang notis pemberitahuan daripada penganjur berhubung perhimpunan itu. Maka kita telah buka kertas siasatan dan akan lakukan siasatan sepertimana perhimpunan lain menggunakan peruntukan undang-undang yang ada.
“Kertas siasatan itu kemudian akan diangkat kepada kepada Jabatan Peguam Negara dan daripada situ kita tahu apa tindakan lanjut akan dibuat,” jelasnya.
Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta 342 iaitu Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalam Penyakit Berjangkit 1988.
Sekitar pukul 9.30 pagi tadi, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas mereka dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Parlimen.
Selepas berkumpul di Dataran Merdeka, sekumpulan ahli Parlimen pembangkang antaranya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), dihalang menuju ke Parlimen melalui Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Antara yang hadir adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Penasihat Pejuang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kesemua-107-mp-sertai-perhimpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menari Langgar Sop Polis Rakam Percakapan Penganjur

Menari Langgar Sop Polis Rakam Percakapan Penganjur

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 335 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL TANGKAP layar individu menari tanpa pelitup muka dalam sebuah program politik dekat sebuah hotel di Shah Alam Selangor SHAH ALAM Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam sudah memanggil penganjur program kursus melibatka...
Polis Akan Ambil Keterangan Doktor Kontrak Sertai Hartal

Polis Akan Ambil Keterangan Doktor Kontrak Sertai Hartal

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 378 hits
Polis akan ambil keterangan doktor kontrak sertai hartal Beberapa doktor kontrak yang mengambil bahagian dalam mogok hari ini dimaklumkan bahawa mereka akan dipanggil oleh polis untuk merakam kenyataan tidak lama lagi Jurucakap Gerakan Hart...
Polis Akan Ambil Tindakan Sebarang Perhimpunan Esok

Polis Akan Ambil Tindakan Sebarang Perhimpunan Esok

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 245 hits
Oleh Azmi Abu KUALA LUMPUR Polis akan mengambil tindakan terhadap mana mana pihak yang menganjurkan sebarang perhimpunan dan berhimpun di sekitar ibu negara esok Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata ketika ini negara masih...
Awas Tindakan Tegas Menanti Jika Sertai Himpunan 21 Ogos Ketua Polis Negara

Awas Tindakan Tegas Menanti Jika Sertai Himpunan 21 Ogos Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 319 hits
Polis tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang masih berdegil menganjurkan atau menyertai perhimpunan kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana pihak yang menyertai perhimpunan Lawan pada...
Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Polis Panggil Pihak Terlibat Perhimpunan Lawan

Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Polis Panggil Pihak Terlibat Perhimpunan Lawan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 272 hits
Polis akan memanggil semua pihak termasuk penganjur yang terlibat dalam perhimpunan Keluar dan Lawan berhampiran Dataran Merdeka nbsp di sini hari ini Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan it...
Penganjur Jangka Lebih 1 000 Orang Sertai Perhimpunan Keluar Dan Lawan

Penganjur Jangka Lebih 1 000 Orang Sertai Perhimpunan Keluar Dan Lawan

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 229 hits
Penganjur perhimpunan Keluar dan Lawan menjangkakan kehadiran lebih 1 000 peserta dalam bantahan di Dataran Merdeka esok PETALING JAYA Gangguan berterusan diterima beberapa aktivis daripada pihak berkuasa menjadikan bantahan Keluar dan Lawa...
Menteri Kata Doktor Berhak Berhartal Tetapi Polis Rakam Keterangan Fahmi

Menteri Kata Doktor Berhak Berhartal Tetapi Polis Rakam Keterangan Fahmi

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 295 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba semalam bahawa doktor kontrak yang melakukan hartal pada hari Isnin lalu tidak diambil tindakanMenurut Fahmi laporan media semalam men...
Influencer Biadap Dikompaun Polis Kerana Tak Pakai Pelitup Muka

Influencer Biadap Dikompaun Polis Kerana Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 255 hits
Lelaki yang tular kerana meninggikan suara kepada seorang warga emas dikompaun RM1 500 kerana tidak memakai pelitup muka Influencer biadap dikompaun polis kerana tak pakai pelitup muka Polis mengenakan tindakan kompaun ke atas seorang lelak...
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 501 hits
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 bagi tahun 2021 bakal dibuka Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan bermula 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2021 Permohona...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Siri 1 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord