Kesederhanaan Kunci Umno Kembalikan Sokongan Rakyat Kata Zambry


 
Zambry Abdul Kadir yakin pemimpin Umno dan BN tetap berpegang prinsip kesederhanaan sebagai asas perjuangan parti.PUTRAJAYA: Prinsip kesederhanaan diperjuangkan Umno yang manfaatnya dirasai semua lapisan masyarakat harus ditekankan bagi membantu parti itu kembali meraih sokongan rakyat, kata seorang pemimpinnya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Zambry Abdul Kadir berkata Umno yang menaungi kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara selama 41 tahun sehingga 2018, tidak pernah mengambil jalan politik ekstrem.
Beliau yang juga setiausaha agung BN berkata, walaupun diakui ada sebahagian kecil ahlinya menyuarakan sentimen seumpama itu, namun mereka akan kembali ke jalan pertengahan, sesuatu yang harus dibuktikan kepada rakyat.
“Tentunya ini cabaran dan saya melihat dengan gelombang kaum dan agama dimainkan hari ini, kita mempunyai cabaran meyakinkan rakyat.
“Tetapi saya yakin pimpinan BN dan Umno akhirnya tetap berpegang kepada asas perjuangan parti, tetap berada di garis pertengahan,” kata menteri pendidikan tinggi itu dalam temu bual dengan FMT.
“Kita kena kekal relevan dengan prinsip kita bawa untuk Malaysia selama ini…itulah prinsip kesederhanaan.”
Bekas menteri besar Perak itu mengulas bagaimana Umno boleh mengembalikan semula sokongan rakyat yang mula terjejas selepas BN hilang tampuk pemerintahan Putrajaya pada PRU 2018.
Pada PRU 2022, pengaruh BN terus merosot apabila hanya menang 30 kerusi Parlimen namun menjadi sebahagian kerajaan perpaduan menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan dan beberapa parti lain.
Kekalahan di kebanyakan kerusi majoriti pengundi Melayu turut memberi kesan pada PRN Ogos tahun lalu, apabila Umno hanya menang 19 DUN di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, serta Terengganu.
Dalam mendepani isu kontroversi stoking kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart yang turut membabitkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, Zambry berkata, kedua-dua reaksi dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah, serta seruan orang ramai untuk menenangkan keadaan perlu ada.
“Kedua-dua reaksi itu perlu ada. Dan kalau kita ada pertimbangan ini, maka insyaAllah kita akan kembali semula kepada rasional kita,” katanya.
Zambry mengingatkan bahawa ahli Umno supaya tidak lupa kepada asas kesederhanaannya.
“Jangan kita lupa kedudukan kita sebagai parti berteraskan prinsip kesederhanaan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/kesederhanaan-kunci-umno-kembalikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Selangor Kembalikan 75 Jawatan Ketua Kampung

Umno Selangor Kembalikan 75 Jawatan Ketua Kampung

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 173 hits
Semua 75 jawatan ketua kampung atau Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Selangor yang ditawarkan kepada Umno akan dikembalikan kata Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omar Din Malah katanya Umno sebaliknya akan memenuhi lanti...
Kalah Teruk Tapi Umno Selangor Belum Celik Mata Kata Tengku Zafrul

Kalah Teruk Tapi Umno Selangor Belum Celik Mata Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 201 hits
freemalaysiatoday com 06 Apr 2024Tengku Zafrul Aziz dakwa tiada usaha gigih dibuat Umno Selangor untuk menguatkan kedudukannya selepas prestasi teruk PRN Tengku Zafrul Aziz berkata beliau pernah mencadangkan beberapa langkah untuk mengembal...
Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 253 hits
freemalaysiatoday com 29 Mar 2024Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak gah seperti sebelum ini dan memilih jalan solo perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan Penggal DUN Sabah hanya akan tamat Oktober 2025 ...
Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik

Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 216 hits
freemalaysiatoday com 03 Apr 2024 11 57 PMTajuddin Rasdi berkata Umno secara terbuka meminta Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh bertenang tetapi secara sembunyi gembira dengan sokongan orang Melayu Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dilihat terus be...
Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 242 hits
freemalaysiatoday com 04 Apr 2024 10 40 AMBekas menteri undang undang berkata Umno terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan tetapi akan berdepan tindak balas pada masa depan Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata tindakan boikot te...
7 Wakil Rakyat Bersatu Digesa Letak Jawatan Kata Razali

7 Wakil Rakyat Bersatu Digesa Letak Jawatan Kata Razali

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 147 hits
BERSATU mengumumkan keahlian enam ahli Parlimen dan seorang Adun yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan tidak lagi sah Ketua Penerangan parti Razali Idris berkata kesemua mereka perlu meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi s...
Banyak Bantuan Belum Tentu Dapat Pikat Hati Pengundi Kata Penganalisis

Banyak Bantuan Belum Tentu Dapat Pikat Hati Pengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 144 hits
LANGKAH menjadikan Pangkalan Data Utama sebagai komponen untuk menyampaikan subsidi bersasar belum tentu akan meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti parti dalam kerajaan perpaduan kata penganalisis politik Penganalisis nbsp percaya p...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Where Were You When

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekasih Hati Baba Umi Hana Ismail Suami Raikan Ulang Tahun Pertama Anak Makin Comel

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu