Kesatuan Sekerja Kkm Tak Sokong Dasar Trade Off Perjawatan


 
Semalam, doktor kontrak mengadakan mogok di beberapa hospital di seluruh negara.PETALING JAYA: Gabungan Kesatuan Sekerja bawah Kementerian Kesihatan (MAPSU KKM) tidak menyokong sebarang usaha memberikan jawatan kepada kumpulan skim lain dengan dasar “trade off” perjawatan.
Majlis Presiden dan Setiausaha Agung MAPSU KKM berkata, jika “trade off” diadakan maka jawatan kumpulan sokongan yang penting akan semakin berkurangan dan mengecil.
Sehubungan itu, MAPSU mendesak kerajaan segera mengisi perjawatan tetap yang kosong di semua skim perjawatan serta menambah baik struktur perjawatan dan gaji di KKM.
“MAPSU memohon kerajaan melihat semula skim-skim di KKM agar dapat ditambah baik struktur perjawatan dan gaji selaras dengan peredaran teknologi dan kepentingan jawatan di bawah KKM.
“MAPSU turut meminta supaya sistem perjawatan kontrak dihapuskan dan memohon agar jawatan kontrak terutama di kumpulan pelaksana turut diserap ke jawatan tetap,” kata kesatuan itu dalam kenyataan.
MAPSU yang terdiri daripada 21 kesatuan gabungan bawah KKM mewakili lebih 70,000 ahli dan melibatkan pelbagai kategori jawatan berharap kerajaan dapat memastikan skim perjawatan di kumpulan pelaksana diberi perhatian.
Sebelum ini, tanda pagar #HartalDoktorKontrak tular di Twitter sebagai tanda sokongan terhadap nasib yang menimpa doktor kontrak.
Kempen tanda pagar itu turut membuat gerakan supaya pegawai perubatan kontrak melakukan mogok pada 26 Julai lalu.
Ia susulan kenyataan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada 23 Jun lalu bahawa jawatan doktor kontrak membabitkan seramai 23,077 orang dilanjutkan selama setahun bermula 5 Dis 2021 hingga 4 Dis 2022
Terdahulu pada Mac, KKM mendapat kelulusan bagi sejumlah 10,675 perjawatan baharu secara berfasa menerusi “trade-off” jawatan KKM dan kementerian lain, bagi memenuhi keperluan membendung pandemik Covid-19 bagi tahun 2020 dan 2021.
Ia berikutan pelaksanaan dasar kawalan saiz dalam perkhidmatan awam sejak 2015, perjawatan tetap tidak lagi dipertimbangkan melainkan dilaksanakan secara tukar ganti. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/kesatuan-sekerja-kkm-tak-sokong-dasar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kontrak Mahu Tubuh Kesatuan Sekerja Beri Amaran Hartal 2 0

Doktor Kontrak Mahu Tubuh Kesatuan Sekerja Beri Amaran Hartal 2 0

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 204 hits
July 30 2021 Doktor kontrak yang menyertai mogok baru baru ini PETALING JAYA Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam perancangan menubuhkan kesatuan sekerja untuk doktor junior demi komunikasi lebih baik dan memperjuangkan pembaharuan Jurucakap...
Malang Jika Kerajaan Tak Berani Pertahan Dasar Pendidikan

Malang Jika Kerajaan Tak Berani Pertahan Dasar Pendidikan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 280 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarAdakah UEC sudah diiktiraf melihat pada iklan pengambilan khas calon guru BANGI Pelik Sudahlah tidak mahu berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan tetapi mahu pula menuntut keistimewaan pengiktirafan ...
Salam Aidiladha Mubarrak Pertubuhan Kebajikan Dasar Johor

Salam Aidiladha Mubarrak Pertubuhan Kebajikan Dasar Johor

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 314 hits
Salam Aidiladha MubarrakPertubuhan Kebajikan Dasar Johor Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email at...
Pembuat Dasar Tidak Boleh Lari Daripada Berbicara Tentang Politik Johari Abdul

Pembuat Dasar Tidak Boleh Lari Daripada Berbicara Tentang Politik Johari Abdul

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 270 hits
Israr KhalidJOHARI Sudah nama pun ahli politik tidak dapat dihentikan daripada berbicara soal kuasa dan kedudukan Gambar fail KUALA LUMPUR Rakyat secara amnya mahu sidang Parlimen yang akan bermula tidak lama lagi menumpukan perbincangan me...
Six Malaysian Students To Battle It Out At The 2021 Apac Fedex Ja International Trade Challenge Finals

Six Malaysian Students To Battle It Out At The 2021 Apac Fedex Ja International Trade Challenge Finals

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 392 hits
FedEx Express JA ITC Malaysia Concludes its 14th Year of Competition Top 6 WinnersFedEx Express a subsidiary of FedEx Corp and one of the world s largest express transportation companies together with Junior Achievement announced the six Ma...
Malangnya Dasar Pendidikan Negara

Malangnya Dasar Pendidikan Negara

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 357 hits
Malang jika kerajaan tak berani pertahan Dasar Pendidikan Pelik Sudahlah tidak mahu berada dalam sistem dan dasar pendidikan kebangsaan tetapi mahu pula menuntut keistimewaan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu dalam permohonan ke ins...
Azhar Gobind Trade Opinions On Revocation Of Eos

Azhar Gobind Trade Opinions On Revocation Of Eos

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 242 hits
Puchong MP Gobind Singh Deo says Dewan Rakyat Speaker Azhar Azizan Harun should allow a debate on the revocation of the emergency ordinances since there is a difference of opinion KUALA LUMPUR Dewan Rakyat Speaker Azhar Azizan Harun debated...
Azmin Meets Turkish President During Trade Mission To Turkey

Azmin Meets Turkish President During Trade Mission To Turkey

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Turkish President Tayyip Erdogan has met with International Trade and Industries Minister Datuk Seri Azmin Ali the Malaysian Turkish Embassy tweeted A photograph of Azmin and Erdogan standing next to each other at the latter s...
Investment Insider Propelling Selangor To Be Asean S Trade Gateway

Investment Insider Propelling Selangor To Be Asean S Trade Gateway

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 209 hits
Attracting investments in times of pandemic is no easy task How is Selangor reacting quickly to challenges and keeping the state as leading destination for investments We speak to MB Datuk Amirudin Shari State Exco Datuk Teng Chang Khim and...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara