Kesatuan Bangsa Sangat Berharga Bagi Malaysia Prof Razali Nawawi



Kesatuan bangsa sangat berharga bagi Malaysia - Prof Razali Nawawi


 
Malaysia selepas 63 tahun merdeka semakin luput nilai kesatuan pelbagai bangsa dalam kalangan rakyatnya.

Saban hari isu perkauman dan agenda memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu menjadi propaganda di media masa. Budaya pecah dan perintah ini sekiranya berterusan akan merosakkan masa hadapan negara serta meruntuhkan tamadun yang sedang dibina.

Bagi Profesor Dr Razali Nawawi, halangan menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia lebih kepada kejahilan pemikiran rakyat, selain diadu-domba isu-isu yang menerbitkan kecurigaan melampau antara satu sama lain.

"Saya rasa cabaran di sini ialah kejahilan, kecetekan ilmu dan pemikiran.

"Melihat orang lain dalam bentuk negatif. Tak faham erti hidup bersama. Kemudian yang amat membimbangkan, berlakunya pengkhianatan terhadap gerakan yang mahu merealisasikan semangat kemerdekaan.

"Kita harus sedar peranan mulia yang perlu dimainkan bangsa Malaysia, khususnya umat Islam. Saya rasa tercabar ada Ahli Parlimen Eropah menyindir, awak muslim; kamu satu dalam solat, satu kiblat, satu buku iaitu al Quran, satu Tuhan dan kamu kata kami berbeza kaum. Tetapi kamu berpecah lebih teruk daripada kami. Kami telah bersatu dalam Kesatuan Eropah.

"Mengapakah kita tidak belajar daripada mereka? Kita di sini bercakap Melayu - Islam. Tetapi kita menggembar-gemburkan elemen dan unsur yang boleh menghancurkan bangsa Malaysia.

"Sepatutnya kita mengekalkan co-existance. Depan saya Cina, belakang saya India. Jadi negara ini pelbagai bangsa," katanya dalam forum 'Erti Hijrah dan Kemerdekaan bagi Reformis serta Umat' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

Menurut mantan Dekan pertama Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu, pembinaan negara bangsa (nation state) yang lebih bermakna pada masa hadapan hanya boleh dilakukan dengan membentuk pemimpin pelapis berkualiti.

Katanya, Nabi Muhammad s.a.w sepanjang kerasullannya telah melatih para sahabat baginda untuk menjadi pemimpin pelapis.

Oleh yang demikian, umat Islam di Malaysia harus mendesak kepimpinan politik negara agar membentuk pelapis-pelapis yang berkualiti

"Jangan kita harapkan orang kampung mahu berubah. Jangan kita harapkan orang bandar berubah. Pemimpin perlu berubah terlebih dahulu.

"Pemimpin ibarat kapten kapal, dia nak bawa kapal ke mana? Orang di belakangnya pula ibarat jurutera, mereka mesti jaga enjin dengan betul. Kapten pun jangan setkan navigator salah, nak pergi timur disetkan ke barat. Tidak akan sampai.

"Jadi rakyat kena mendesak political leadership, kalau kepimpinan tidak ada ketelusan maka bahanalah negara," katanya lagi.

Kepimpinan yang berkualiti, menurut Dr Razali, menyebabkan bukan sahaja orang Islam tetapi bukan Islam juga selesa mendiami Madinah.

Keselesaan tersebut menyebabkan semua kaum ingin bersatu-padu dan melupakan perbezaan antara mereka.

Cabaran itulah, kata Dr Razali, yang perlu didukung oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambilalih tampuk pemerintahan negara agar masa hadapan Malaysia tidak lagi terumbang-ambing.

"Sekarang bagaimana mahu buat? Tentunya rakyat perlu ada keazaman yang tinggi untuk berubah. Di Madinah orang Islam dan Yahudi ada keinginan yang kuat ke arah perubahan, keinginan yang kuat untuk bersatu.

"Umat waktu itu menjadikan diri mereka seperti bahan yang boleh dibentuk. Di Malaysia, semua bangsa mesti ada keazaman untuk berubah ke arah menegakkan nilai mulia atau 'high standard of values'. Keihlasan, kesamarataan dan timbang rasa.

"Kerana keikhlasan memerintah maka Rasullullah berjaya membina 'nilai moral' dalam kalangan orang Yahudi dan kaum pendatang.

"Kalau kita mahu menghayati semangat kemerdekaan. Kalau reformis nak laksanakan semangat Deklarasi Permatang Pauh maka kena buat kerja mengajak seluruh bangsa ikut memahami dan melaksanakan nilai-nilai yang terdapat dalam Deklarasi Kemerdekaan Malaysia juga Deklarasi Permatang Pauh itu," katanya.

Prof Dr Razali Nawawi merupakan Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Forum GRM boleh diikuti di page Facebook Gabungan Reformasi Malaysia pada setiap Rabu, 9.30 malam.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kesatuan-bangsa-sangat-berharga-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Prihatin Berbeza Bangsa

Malaysia Prihatin Berbeza Bangsa

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 570 hits
Hari ini rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan ke 63 yang akan disambut dalam normal baharu Enam puluh tiga tahun selepas Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kemajuan negara berbandin...
Asus Rog Phone 3 Berharga Bermula Rm3799 Di Malaysia Rog Phone 3 Strix Berharga Rm2999

Asus Rog Phone 3 Berharga Bermula Rm3799 Di Malaysia Rog Phone 3 Strix Berharga Rm2999

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 425 hits
Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar permua mereka untuk pasaran Malaysia Sebanyak tiga model dibawa masuk iaitu satu Asus ROG Phone 3 Strix dan dua model dibawah Asus ROG Phone 3 Asus ROG Phone 3 hadir dengan c...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 8

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 8

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 694 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah PM ke 8 Detik detik Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 langsung dari Istana Negara Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana M...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 418 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini Menurut Pejabat Perdana Menteri surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi Dr Mahathir d...
Youth Party Malaysia Doesn T Need More Divisiveness Rafidah Aziz

Youth Party Malaysia Doesn T Need More Divisiveness Rafidah Aziz

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 408 hits
Rafidah Aziz today threw shade at former minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s plan to form an all youth party saying that the country does not need more divisive politics According to the former Wanita Umno chief the people have already...
Bila Kalah Orang Lain Rasuah Dan Tipu Engkau Dan Anak Engkau Aje Suci Di Malaysia Ini

Bila Kalah Orang Lain Rasuah Dan Tipu Engkau Dan Anak Engkau Aje Suci Di Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 335 hits
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad mendakwa berlaku banyak sogokan wang dalam pilihan raya kecil Dun Slim baru baru ini Mahathir berkata meskipun Pejuang sudah menjangkakan mereka akan kalah dalam PRK itu namun bekas perda...
Nasihat Buat Rakyat Malaysia Menghadapi Covid 19 Penting Baca Sampai Habis

Nasihat Buat Rakyat Malaysia Menghadapi Covid 19 Penting Baca Sampai Habis

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 392 hits
i Secara statistic Malaysia berada di Ranking Pertama jangkitan Covid 19 tertinggi di Asia Tenggara THIS IS SERIOUS ii Virus Covid 19 merebak dengan sangat pantas Ia akan meningkat secara exponential Kelajuan jangkitan tak boleh baca bincan...
Anwar Perlu Kembali Jadi Milik Malaysia Bukan Pkr Sahaja

Anwar Perlu Kembali Jadi Milik Malaysia Bukan Pkr Sahaja

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 293 hits
DR RAZAM RAMLI 1 Pendapat dan pandangan saya kali ini mungkin tak begitu disenangi sesetengah pihak Tapi saya kira ia adalah apa yang ramai sedang fikirkan 2 Sejak Kerajaan PH tumbang ada usaha usaha yang dibuat untuk mengambil kembali mand...
Global Supplier Of Organic Farm Avalon Fresh Chooses Malaysia As Its Southeast Asia Region Export Hub

Global Supplier Of Organic Farm Avalon Fresh Chooses Malaysia As Its Southeast Asia Region Export Hub

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 414 hits
The award winning exporter also working on getting Halal certification for Shariah compliance practiceAvalon Fresh an organic grower from Mexico has established its Southeast Asian regional hub in Malaysia to export more than 20 types of or...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm