Kesantunan Berbahasa Kian Sirna


Oleh:
Munsyi Md Rasul bin Haron
(AMATARA)
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Berapa ramaikah di antara kita peduli bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang utama di rantau kepulauan Melayu pada suatu ketika dahulu? Bahasa Melayu bukan sahajadiungkapkan oleh jutaan penduduk di rantau ini malah bahasa ini juga pernah mengalami sejarah hidup yang panjang sejak kelahirannya puluhan abad yang lalu.
Harus diingati bahawa sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13
hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.
Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur. Bahasa Melayu tersebar luas sehingga dipelajari oleh penutur dan orang asing, dan usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Lebih-lebih lagi dalam usia emas kemerdekaan Negaraku Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaa negara yang penting melalui tiga peranan besar iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Pada masa yang sama, martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya
dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan.
Percampuran ragam bahasa basahan dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Perkara ini tidak harus dibiarkan berlarutan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan
sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh hal yang demikian, ia tidak digunakan dalam
tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.
Begitu juga dengan dunia internet dan dunia media sosial yang dimeriahkan dengan bahasa santai. Walaupun masyarakat kita sedang mengalami migrasi ke masyarakat maya, bahasa
Melayu perlu diletakkan di tempatnya. Penggunaan bahasa Melayu yang baku mengalami penyempitan maka terjelmalah bahasa Melayu baharu yang diungkap secara sambalewa.
Masalahnya kini ialah, masyarakat tidak lagi memikirkan aspek kesantunan berbahasa Melayu ketika berkomunikasi walaupun pemimpin negara yang begitu ringan mulut di Parlimen. Nilai-nilai murni ketika berbahasa Melayu telah dilupakan. Situasi ini amat membimbangkan kerana ditakuti generasi pada masa kini melupakan nilai-nilai murni dan kesantunan ketika berkomunikasi. Penggunaan ujaran yang tidak santun ini secara tidak langsung menunjukkan gambaran keperibadian masyarakat Malaysia kerana berita yang disiarkan secara dalam talian ini boleh diakses oleh seluruh dunia.
Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Menurut Amat Juhairi Moain (1992) pula kesantunan merujuk kepada kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama
ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej. Kesantunan bahasa ini dapat memperkukuh lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita. Dengan adanya definisi daripada ilmuan-ilmuan ini maka terbuktilah bahawa kesopanan ini terbahagi kepada banyak aspek antaranya ialah dari aspek pertuturan, pengunaan bahasa dalam komunikasi.
Sejajar dengan itu, penggunaan bahasa Melayu tidak sekadar mengungkapkan kata-kata yang jelas bermakna iaitu dapat difahami oleh semua, melainkan juga belajar mengungkapkan kata-kata sesuai dengan situasi dan dengan kesopanan masyarakat. Dalam situasi tertentu ada
kata-kata yang tidak patut diucapkan, walaupun makna perkataan tersebut sesuai dengan maksud si pengucap. Dalam kalangan tertentu ada kata-kata yang tabu diucapkan walaupun kita beranggapan kata itulah yang paling tepat untuk menyampaikan maksud kita.
Kata tabu merupakan penggunaan kosa kata yang tidak santun diungkapkan oleh setiap individu yang hidup bermasyarakat. Kosa kata tersebut merupakan makian dan ungkapan kotor yang diungkapkan mengikut sekehendak hati.
Sehubungan dengan itu, marilah kita mendenyutkan cinta yang sama untuk memartabatkan bahasa Melayu dan meletakkan bahasa kelima paling banyak dituturkan di dunia ini ditempatnya. Sikap individu yang membusung dada meminggirkan bahasa Melayu dan tidak
menggunakannya secara bersungguh-sungguh amat dikesali. Dasar yang telah diputuskan melalui Perlembagaan, akta serta peraturan perlu diperkasakan secara berterusan dan bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Sesudah mencapai kemerdekaan, negara
kita telah membangun dengan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasinya, seperti yangdigunakan dalam sistem pendidikan dan pentadbiran.
Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga;
Ungkap difahami wasangka terhindar,
Bahasa Melayu penyatu warga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pajatsong.blogspot.com/2019/06/kesantunan-berbahasa-kian-sirna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Softyank Video

John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Softyank Video

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 284 hits
John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Softyank Sofyank adalah antara pencipta kandungan yang sering mendapat tempat dikalangan masyarakat Lelaki kelahiran Kelantan ini berjaya mencuri tumpuan apabila telah bekerjasama dengan rama...
Gobind Ong Kian Ming Edry Faizal Make Cut In Selangor Dap Polls While Ronnie Liu And Lim Yi Wei Lose Out

Gobind Ong Kian Ming Edry Faizal Make Cut In Selangor Dap Polls While Ronnie Liu And Lim Yi Wei Lose Out

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 378 hits
Lawyer Gobind Singh Deo arrives at the Kuala Lumpur High Court July 15 2021 Picture by Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR Nov 14 Gobind Singh Deo Ong Kian Ming and Edry Faizal Eddy Yusof were among the winners of the Selangor DAP internal election ...
8 Perkara Menyebabkan Titik Hitam Di Hati Manusia Kian Membesar Aunialyacare

8 Perkara Menyebabkan Titik Hitam Di Hati Manusia Kian Membesar Aunialyacare

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 332 hits
Tulisan Has Jan 8 PERKARA MENYEBABKAN TITIK HITAM DI HATI MANUSIAKIAN MEMBESAR Tanda tanda semakin tebal titik hitam dalam hati manusia1 Malas melakukan ketaatan Amal kebaikan 2 Tidak tersentuh hatinya apabilamendengar Ayat ayat Al Quran 3 ...
Calon Dun Kesidang Tak Boleh Berbahasa Melau Atau Tak Faham Bahasa Melayu Atau Kedua Dua Nya

Calon Dun Kesidang Tak Boleh Berbahasa Melau Atau Tak Faham Bahasa Melayu Atau Kedua Dua Nya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 251 hits
HAMZAH RIE NAInilah hasil 60thn orang Orang melayu umno memerintah negara kita Tapi yg jahat dan tak hormat bahasa Malaysia macai UMPAS tetap mengatakan DAP Mp Mp adun adun Dan calon calon Dap boleh jer berbahasa Malaysia dengan bagus MP MP...
Masjid Khutbah Berbahasa Melayu Di Satun

Masjid Khutbah Berbahasa Melayu Di Satun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 143 hits
Bila Melawat Satun ada yang cari masjid yang masih berkhutbah Bahasa Melayu di sekitar Satun Ada juga yang berhajat nak buat program ramadhan bersama orang orang kampung dan mencari yang mudah Lawati Blog Cikgu Joe Satun Untuk Info Satun Le...
J4tuh Cinta Dengan Malaysia Vide0 Pelajar Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu Raih Pujian Netizen

J4tuh Cinta Dengan Malaysia Vide0 Pelajar Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 629 hits
Korang mesti kagum bila dengar orang dari negara lain fluent je bila bercakap dalam Bahasa Melayu kan Kalau orang Cina atau India kat Malaysia sendiri fasih berbahasa Melayu pun kita dah terpesona apatah lagi orang luar Semalam trending di ...
Tuan Ibrahim Berbahasa Melayu Di Pentas Pbb

Tuan Ibrahim Berbahasa Melayu Di Pentas Pbb

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 184 hits
Sejak semalam tular sebuah video menunjukkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air berucap di sidang antarabangsa Persidangan Ke 26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu itu diadaka...
Suria Fm Mencatat Peningkatan Jumlah Pendengar Mingguan Lebih 11 Peratus Tempat Keempat Stesen Radio Berbahasa Melayu

Suria Fm Mencatat Peningkatan Jumlah Pendengar Mingguan Lebih 11 Peratus Tempat Keempat Stesen Radio Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 249 hits
SURIA FM mencatatkan peningkatan yang sangat menggalakkan dalam peratusan jumlah pendengar sekaligus mengekalkan kedudukan di tangga keempat teratas stesen radio berbahasa Melayu dan juga secara keseluruhan radio komersial di Malaysia Menur...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery