Kesan Asap Rokok Kepada Insan Tersayang


Memang betul kalau sesuatu perkara itu dah jadi tabiat, sukar untuk diubah. Pun begitu, ia bukanlah mustahil untuk dibuat. Yang penting perlu ada tekad dan kesungguhan. Salah satu tabiat papa yang selalu menjadi kerisauan keluarga adalah MEROKOK. Pasti mama akan tegur bila nampak papa merokok kan? Teguran itu tanda sayang, maka kalau papa juga ambil berat tentang keluarga ubahlah tabiat itu.
Sebenarnya apabila papa merokok, ia mendatangkan kemudaratan kepada keluarga terutamanya anak-anak. Kasihan anak kerana asap rokok sebenarnya boleh menyebabkan gangguan kepada sistem pernafasan anak. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan masalah lain yang akan mengganggu keharmonian dalam rumah tangga.
Sumber foto: www.shutterstock.com Melalui laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/merokok-pasif/, apabila seseorang itu tidak merokok tetapi terhidu atau menyedut asap rokok dipanggil sebagai perokok pasif. Ketika perokok aktif merokok di sesuatu tempat, asap rokok akan berada di udara selama dua jam atau lebih biarpun ia sudah tidak lagi kelihatan!
Keadaan ini biasanya berlaku di rumah atau dalam kereta apabila papa menghisap rokok dan asapnya berlegar-legar di situ. Kemudian, ia dihidu atau disedut pula oleh isteri dan anak-anak. Rokok mengandungi 6000 bahan kimia termasuklah salah satu yang dikenali sebagai carcinogenic yang boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Jadi bayangkan kalau papa merokok, asap rokok itu sebenarnya mendatangkan mudarat kepada isteri dan anak-anak! Selain itu, asap rokok juga mendatangkan kemudaratan lain kepada keluarga seperti;
ISTERI HAMIL Lebih bahaya lagi jika isteri sedang mengandung kerana ia boleh menyebabkan keguguran atau kes bayi meninggal dunia dalam kandungan. Menyedihkan kerana salah satu komplikasi lain yang mungkin berlaku adalah kecacatan kekal pada anak. Bukan itu sahaja, risiko lain yang boleh terjadi kepada isteri seorang perokok adalah terdedah kepada ancaman serangan kanser. Masalah kesuburan dan putus haid lebih awal juga mungkin berlaku.
ANAK Untuk anak yang masih kecil, sanggupkah papa melihat mereka mengalami kesukaran bernafas kerana serangan asma? Jika sering terdedah kepada asap rokok, si manja mungkin akan mendapat jangkitan kuman pada paru-paru terutamanya kepada bayi. Anak seorang perokok juga lebih mudah jatuh sakit. Kasihannya! Masalah kesihatan lain yang mungkin dialami oleh anak selain asma adalah serangan batuk yang kerap atau jangkitan pada salur pernafasan dan telinga mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com HUBUNGAN KELAMIN Bukan sahaja masalah kesihatan, bahkan tabiat merokok akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri. Merokok menyebabkan seseorang lelaki itu mungkin mengalami masalah kegagalan fungsi alat kelamin. Apabila ini berlaku, pasti ia akan mengganggu keintiman pasangan.
Susahnya Nak Berubah!
Jangan beri alasan, sebenarnya papa boleh menyelamatkan keluarga. Paling baik adalah papa berhenti merokok. Tetapi kalau papa tak mampu melakukannya secara drastik, berubahlah dengan beberapa cara ini. Untuk membantu papa dan keluarga papa dalam mengurangkan penghisapan asap rokok, papa boleh cuba untuk:
1. Kunyahlah gula-gula getah
Masa paling sesuai untuk mengunyah gula-gula getah adalah pada waktu semasa papa nak merokok. Ketika melakukannya, ia dapat membantu menarik rasa ingin merokok. Jadi setiap kali papa rasa nak cucuh api pada rokok, keluarkanlah gula-gula getah!
Sumber foto: www.shutterstock.com 2. Sibukkan diri dengan aktiviti kegemaran
Biasanya bila papa dah mula buat aktiviti yang digemari, ia dapat membantu untuk mengalihkan perhatian dari keinginan untuk ‘berasap’. Jadi pilihlah aktiviti yang memerlukan fokus dan tumpuan penuh supaya papa tidak akan terasa seperti mahu merokok. Selain itu, melakukan aktiviti dengan keluarga juga sangat membantu!
3. Guna produk alternatif tanpa asap
Apabila seseorang membakar rokok, ia akan menghasilkan abu, tar dan asap yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Tar yang dimaksudkan bukanlah tar yang menurap jalan raya akan tetapi tar yang terhasil daripada pembakaran.
Malah, asap rokok yang terhasil inilah yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya bukan sahaja kepada perokok aktif, bahkan mereka yang ada di sekelilingnya.
Oleh itu, kebelakangan ini ramai orang dah mula beralih kepada produk tembakau yang dipanaskan atau heated tobacco products (HTPs) yang kurang memudaratkan. Contohnya, IQOS atau lil Solid yang bebas dari asap dan cuma memanaskan tembakau tanpa membakar rokok. Jadi, penghasilan asap rokok dan abu pun tak ada malah tahap dan bilangan bahan kimia yang berbahaya dapat dikurangkan secara ketara.
Baru-baru kami mendapati sudah ramai beralih dari menghisap rokok biasa kepada lil Solid. Mungkin ini adalah satu inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Hasifikri (@hasifikri)


Jadi, papa yang merokok bolehlah cuba beralih kepada produk HTPs untuk mengurangkan kemudaratan.
Dengan beberapa cara ini, diharapkan ia dapat membantu papa untuk melindungi keluarga tersayang!
 
 
 
 
 
The post Kesan Asap Rokok Kepada Insan Tersayang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesan-asap-rokok-kepada-insan-tersayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bateri Rosak Berhenti Lorong Kecemasan Suami Trauma Semua Insan Tersayang Pergi

Bateri Rosak Berhenti Lorong Kecemasan Suami Trauma Semua Insan Tersayang Pergi

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 199 hits
Takdir satu keluarga Perginya sembilan beranak serentak iaitu seorang ibu dan lapan anak dalam kemalangan yang sungguh menyayat hati di Lebuhraya Elite menghala Shah Alam Paling sedih bayi usia 10 bulan yang juga turut terlibat sama Berhent...
Idea Idea Sesuai Dijadikan Hadiah Krismas Untuk Insan Tersayang

Idea Idea Sesuai Dijadikan Hadiah Krismas Untuk Insan Tersayang

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 274 hits
Ia mula kelihatan seperti masa tahun itu untuk pemberian hadiah Idea di sebalik pemberian hadiah pada akhir tahun adalah untuk menunjukkan kepada mereka yang anda sayangi dan betapa anda menghargai mereka Ia adalah satu perkara yang menarik...
Senang Sangat Nak Kesan Rasuah

Senang Sangat Nak Kesan Rasuah

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 271 hits
SEKIRANYA kita ingin mewujudkan negara yang benar benar bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa semua pihak perlu aktif memainkan peranan masing masing Mereka perlu melakukan pemantauan serta berani tampil melaporkan sebarang kegiatan ...
Hilangkan Kesan Kunyit Yang Melekat Kat Tangan Try Tips Ini

Hilangkan Kesan Kunyit Yang Melekat Kat Tangan Try Tips Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 271 hits
Korang biasa gaul kunyit kat ikan atau ayam pakai sarung tangan ke Ke ada yang lebih suka guna tangan macam sis Sis tak retilah nak pakai sarung tangan ataupun seduk dan sebagainya untuk mengaulnya Rasa macam keduanya ataupun bahan perapan ...
Persenda Oku Dalam Media Sosial Polis Kesan 4 Individu

Persenda Oku Dalam Media Sosial Polis Kesan 4 Individu

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 202 hits
Polis mengesan empat individu yang didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya dalam dua klip video yang dimuat naik menerusi media sosial Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai...
Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni Tak Perlu Berus Kuat

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Baju Bayi Guna Cara Ni Tak Perlu Berus Kuat

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 347 hits
Biasanya baju anak anak cepat sangat ada bintik bintik hitam atau orang panggil tahi lalat Walaupun dah dicuci dan direndam sabun pun kesannya masih ada sehingga ibu ambil keputusan tak mahu dipakaikan lagi baju tersebut pada anak Sayang me...
Pengantin Lelaki Sanggup Bau Asap Masak Untuk Isteri Di Majlis Kahwin Dia Makan Char Kuey Teow Saya Saja

Pengantin Lelaki Sanggup Bau Asap Masak Untuk Isteri Di Majlis Kahwin Dia Makan Char Kuey Teow Saya Saja

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 235 hits
DARI gerai ke jenjang pelamin Begitulah kisah perkenalan seorang pelanggan dengan pengusaha gerai char kuey teow yang selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu Pada Sabtu malam Muhammad Fahmi Syafiq Rohaimi 26 dan Nur Shal...
Saintis Jepun Cipta Pelitup Muka Kesan Covid 19

Saintis Jepun Cipta Pelitup Muka Kesan Covid 19

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 148 hits
TOKYO Sekumpulan saintis dari Jepun berjaya menghasilkan pelitup muka menggunakan sel burung unta yang bersinar dalam gelap sekiranya ia mengesan virus Covid 19 lapor akhbar Daily Star kelmarin Berdasarkan kajian yang dibangunkan kumpulan p...
312 Ribu Batang Rokok Ilegal Senilai Rp318 24 Juta Disita Di Kudus

312 Ribu Batang Rokok Ilegal Senilai Rp318 24 Juta Disita Di Kudus

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 139 hits
Tak berselang lama tim berhasil menemukan lokasi mobil minibus di Desa Sendang Kecamatan Kalinyamatan Jepara saat mobil sedang terparkir di depan sebuah bangunan
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It