Kesalahan Penggunaan Perkataan


 
Memartabatkan Bahasa Melayu
Bil.6/2022 BMKPM
Munsyi Md Rasul bin Haron
1.1       Pengenalan

Kesalahan penggunaan perkataan berpunca daripada kekurangan pemahaman mengenai makna, konteks penggunaan dan fungsi sesuatu perkataan. Kesalahan yang paling sering dilakukan ialah penggunaan kata sendi nama, kata ganti nama dan kata soal. Misalnya, penggunaan kata ganti nama orang pertama dan orang kedua mempunyai konteks sosial yang amat kuat. Kata soal pula sering digunakan dalam ayat penyata walaupun penggunaannya terhad untuk tujuan menyoal dan dalam situasi ketidakpastian.

1.2       Kata Sendi Nama

Kesalahan jenis ini adalah antara yang paling banyak dilakukan oleh pengguna bahasa. Puncanya adalah kerana kekurangan pengetahuan mengenai fungsi sesetengah kata sendi nama. Kesalahan tersebut ialah menggunakan kata sendi nama “di“, khususnya dalam frasa “di kalangan“ dan “di hari“; menggunakan kata sendi “ke“ dan “dari“ pada posisi hadapan frasa nama waktu, dan tidak dapat membezakan penggunaan kata sendi nama “dalam“ dengan frasa sendi nama “di dalam“ dan “antara“ dengan “di antara“.

1.2.1 “Di kalangan“ dan “Di hari“

Kata sendi ‘di’ mengisi dua posisi sahaja, iaitu di hadapan frasa nama tempat (1a-c) dan frasa nama arah (2a-c).

(1)

a. di pejabat

b. di Universiti Sains Malaysia

c. di Pulau Pinang

(2)

a. di atas

b. di hadapan

c. di sebelah

Penggunaan kata sendi “di“ selain daripada dua posisi ini dianggap tidak gramatis. Oleh itu, penggunaan “di“ di hadapan frasa nama bukan tempat dan arah, misalnya frasa nama abstrak (3a) dan masa (3b-d) adalah tidak gramatis.

(3)

a. *di kalangan

b. *di hari

c. *di zaman

d. *di era

“Kalangan“ dalam (3a) sama erti dengan “golongan“ atau “kumpulan“. Oleh itu, kata sendi yang boleh hadir di hadapannya ialah “dalam“. “Hari“ (3b), “zaman“ (3c) dan “era“ (3d) ialah frasa nama masa. Oleh itu, kata sendi yang boleh hadir di hadapannya ialah “pada“.

(3)

a. dalam kalangan

b. pada hari

c. pada zaman

d. pada era

Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti (4a-d) yang berikut:

(4)

a. Dia yang terpintar dalam kalangan pelajar kelas ini.

b. Kelas bahasa Malaysia diadakan pada hari Rabu.

c. Pada zaman batu, manusia dipercayai hidup di dalam gua.

d. Kehidupan manusia pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini sepatutnya lebih mudah.

1.2.2 “Di dalam“ dan “Dalam“

Frasa “di dalam“ ialah kombinasa kata sendi nama “di“ dan kata nama arah “dalam“. Frasa ini mengisi posisi hadapan frasa nama konkrit (5a-c). Secara bersendirian, “dalam“ boleh berfungsi sebagai kata sendi nama. Dalam fungsi ini, ia mengisi posisi hadapan frasa nama abstrak (6a-c).

(5)

a. di dalam kotak

b. di dalam kereta

c. di dalam rumah

(6)

a. dalam hal ini

b. dalam masalah ini

c. dalam situasi ini

Dalam (5a-c), “kotak“, “kereta“ dan “rumah“ ialah frasa nama konkrit. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama “di“ dan arah “dalam“ adalah gramatis. Dalam situasi ini, kata sendi “dalam“ tidak boleh digunakan secara bersendirian.

(5)

a. *dalam kotak

b. *dalam kereta



c. *dalam rumah

Dalam (6a-c) pula, “hal ini“, “masalah ini“ dan “situasi ini“ ialah frasa nama abstrak. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama “dalam“ adalah gramatis. Dalam situasi ini, penggunaan kata sendi “di“ adalah tidak gramatis.

(6)

a. *di dalam hal ini

b. *di dalam masalah ini

c. *di dalam situasi ini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pajatsong.blogspot.com/2022/04/kesalahan-penggunaan-perkataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dirut Pertamina Keluhkan Penggunaan Solar Melebihi Kuota Di Depan Dpr

Dirut Pertamina Keluhkan Penggunaan Solar Melebihi Kuota Di Depan Dpr

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 169 hits
Dirut Pertamina Keluhkan Penggunaan Solar Melebihi Kuota di Depan DPR Dalam rapat tersebut Direktur PT Pertamina Nicke Widyawati mengatakan penggunaan Solar saat ini mencapai 95 persen dari total konsumsi Bahan Bakar Minyak
Hiburan Keputusan Untuk Teruskan Penggunaan Mysejahtera Akan Diteliti Sebulan Lagi Kj

Hiburan Keputusan Untuk Teruskan Penggunaan Mysejahtera Akan Diteliti Sebulan Lagi Kj

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 415 hits
Sedia maklum setelah berlakunya penularan COVID 19 di negara pengguna aplikasi MySejahtera wajib diguna pakai oleh setiap masyarakat supaya mereka boleh mengimbasnya sebelum memasuki mana mana premis Ia merupakan langkah yang diambil oleh p...
Tatabahasa Penggunaan Imbuhan Me Kan Dan Me I

Tatabahasa Penggunaan Imbuhan Me Kan Dan Me I

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 251 hits
Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 3 2022BMKPMMunsyi Md Rasul bin HaronSecara umumnya kita masih kurang cekap menggunakan imbuhan me kan dan me i dalam ayat Perhatikan penggunaannya Rumus me kan me i 1 Huraian Apitan men kan dan men i yang ber...
Kekhilafan Penggunaan Ialah Dan Adalah

Kekhilafan Penggunaan Ialah Dan Adalah

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 267 hits
Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 7 2022 BMKPM Munsyi Md Rasul bin Haron Perkataan ialah dan adalahmerupakan dua perkataan yang amat lumrah digunakan dalam penulisan hari ini Tidaklah keterlaluan jika dikatakan agak sukar untuk menemukan tuli...
Instafamous Ini Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Serangan Seksual Pada Budak 13 Tahun

Instafamous Ini Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Serangan Seksual Pada Budak 13 Tahun

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 223 hits
Instafamous Ini Dipenjara 10 Tahun Atas Kesalahan Serangan Seksual Pada Budak 13 Tahun SEORANG selebriti Instagram menerima hukuman penjara selepas melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas seorang budak lelaki berusia 13 tahun Wanita bern...
Surah At Taghabun Bermaksud Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan

Surah At Taghabun Bermaksud Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 193 hits
Surah At Taghabun bermaksud hari diperlihatkan segala kesalahan Surah ini merupakan surah yang ke 64 dalam susunan 114 nama nama surah Surah ini mengandungi 18 ayat dan merupakan surah Madaniyah Surah ini dinamakan At Taghabun kerana surah ...
Membedah Kesalahan Kesalahan Di Bulan Ramadhan

Membedah Kesalahan Kesalahan Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 258 hits
Ini di antara kesalahan di bulan Ramadhan terutama ketika memasukinya
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu