Perbicaraan Najib Kes Pendakwaan Hampir Tamat


tyrazalhe Jho Low, Nik Faisal tida kembali ke Malaysia sejak keluar negara
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada perbicaraan SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak minggu ini diberitahu bahawa keberadaan ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low dan bekas ketua pegawai eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil masih menjadi persoalan.
Mereka disyaki bersembunyi termasuk di Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia, Myanmar dan China dan notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol ke atas mereka masih berkuatkuasa kerana mereka masih belum diberkas.
Ini dipaparkan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain semasa perbicaraan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 13 Ogos.
Kes pendakwaan itu hampir tamat apabila Rosli adalah saksi akhir memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Hari 52 (13 Ogos)
Rosli iaitu pegawai penyiasat kes berkenaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa siasatan SPRM menunjukkan bahawa Nik Faisal meninggalkan negara ini pada 7 Mei, 2018 menerusi tiga terminal iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Subang manakala Jho Low berlepas pada 29 Mei, 2015 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Saksi pendakwaan ke-57 berkata, usaha untuk menjejaki kedua-dua mereka di pejabat dan kediaman mereka tidak berjaya.
“Kami juga pergi ke pejabat Nik Faisal di Shah Alam pada 21 Mei, 2018. Saya berjumpa dengan seorang pekerja di sana dan dia memberitahu kami bahawa Nik Faisal telah ke luar negara dan tidak pulang.
“Usaha untuk mengesan beliau di kediamannya di Bangsar juga tidak berjaya. Pegawai saya pergi ke rumah Jho Low di Tanjung Bungah, P. Pinang gagal menemuinya dan usaha untuk mengesani bapanya juga sia-sia sahaja,” katanya.
Beliau berkata, siasatan menunjukkan bahawa Nik Faisal dan Jho Low tidak kembali ke Malaysia sejak itu.
Rosli, 54, berkata, waren tangkap ke atas Nik Faisal dan Jho Low dikeluarkan pada 22 Mei, 2018 untuk mendapatkan bantuan Interpol dalam pemburuan kedua-dua mereka.
Interpol juga mengeluarkan notis merah ke atas kedua-duanya pada 11 Jun, 2018 dan ia diedarkan ke negara yang mereka disyaki bersembunyi termasuk Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia, Myanmar dan China.
Beliau berkata, pasport Malaysia Jho Low dibatalkan pada 14 Jun, 2018 manakala pasport Nik Faisal dibatalkan pada 25 Julai, 2018.
Rosli berkata, Jho Low juga memegang pasport St Kitts dan Nevis di Amerika Selatan dan maklumat Interpol menunjukkan bahawa Jho Low mempunyai status PR di sana.
Beliau juga memberi keterangan bahawa SPRM telah menemui Nik Faisal dan Jho Low, di luar negara dan merekodkan kenyataan mereka.
“Kami merekodkan kenyataan Nik Faisal di Jakarta pada 17 Oktober, 2015 dan Jho Low di Abu Dhabi pada 27 November tahun yang sama,” katanya ketika membalas pertanyaan Timbalan Pendakwaraya Datuk Ishak Mohd Yusoff semasa pemeriksaan ketua.
Selepas mencatatkan kenyataan mereka, Rosli berkata, SPRM yakin bahawa Nik Faisal dan Jho Low akan pulang ke Malaysia untuk memberi bukti.

Ishak: Kenapa anda tidak meletakkan mereka dalam jaminan bon? Rosli menjawab “Kerana mereka telah memberi komitmen, kami yakin mereka akan pulang ke Malaysia dan akan memberi kerjasama dalam perbicaraan itu. Itulah sebab kami tidak meletakkan mereka di bawah jaminan bon.”

Rosli memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol ke atas Jho Low dan Nik Faisal masih berkuatkuasa kerana kedua-duanya masih belum diberkas.

Beliau berkata notis merah itu dikeluarkan pada 11 Jun, 2018 oleh Interpol menerusi Biro Pusat Kebangsaan Bukit Aman (NCB), adalah untuk mengingatkan pihak berkuasa mengenai usaha untuk mencari dan menangkap mereka untuk ekstradisi bersama-sama dua lagi individu, Mohammed Redzuan Adamshah dan Toh Lian Seng.

“Konsul Besar Malaysia di Hong Kong, Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, juga menandatangani surat permohonan itu daripada pengarah Imigresen Malaysia ketika itu untuk membatalkan pasport Jho Low.

“Tujuan surat itu adalah bagi membolehkan pihak berkuasa Hong Kong menangkap ahli perniagaan itu kerana memasuki negara berkenaan secara haram,” katanya.
Saksi itu juga mengesahkan bahawa satu e-mel dihantar ke NCB Bukit Aman ke rakan sejawatannya di Hong Kong meminta pihak berkuasa Hong Kong menangkap Jho Low dan seorang lagi individu, Eric Tan Kim Loong, yang dipercayai berada di Maggie & Rose Family Members Club di Repulse Bay.
Bagaimanapun, menurut Rosli, pihak berkuasa Hong Kong tidak menangkap mereka.
Rosli berkata, usaha untuk menjejaki Jho Low dan Nik Faisal, SPRM telah membuat pengumuman dalam media tetapi tiada tindakbalas.

Siasatan juga menunjukkan bahawa Nik Faisal dan Jho Low tidak pernah kembali ke Malaysia sejak mereka keluar kali terakhir, katanya.
Perbicaraan telah ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri mendapat jangkitan di kedua-dua matanya. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga membenarkan permohonan ketua peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan atas dasar perubatan dan ia tidak ditolak oleh pihak pendakwaraya.
Muhammad Shafee memohon penangguhan memandangkan anak guamnya diberi tiga hari cuti sakit sehingga Jumaat. Mahkamah menetapkan Isnin (19 Ogos) untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan yang lain.
Pendakwaan sepatutnya diteruskan dengan pemeriksaan ketua Rosli pada hari ke-53 perbicaraan.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes penyalahgunaan kedudukannya dan tiga kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/perbicaraan-najib-kes-pendakwaan-hampir_22.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 255 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes 1mdb Permohonan Ds Najib Untuk Tangguhkan Perbicaraan Ditolak

Kes 1mdb Permohonan Ds Najib Untuk Tangguhkan Perbicaraan Ditolak

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 151 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan kepada Isnin depan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetap...
Perbicaraan Kes 1mdb Najib Ditangguhkan Ke Isnin Depan

Perbicaraan Kes 1mdb Najib Ditangguhkan Ke Isnin Depan

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 242 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan kepada Isnin...
Pendakwaan Mohon Pindah Kes Rasuah Abdul Azeez Ke Mahkamah Tinggi

Pendakwaan Mohon Pindah Kes Rasuah Abdul Azeez Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 260 hits
Pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM5 2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Ke...
Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Kes 1mdb Tetap Pada 19 Ogos

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Kes 1mdb Tetap Pada 19 Ogos

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 208 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang dijadualkan bermula pada Isnin 19 Ogos ini Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketu...
Buat Kali Ketiga Permohonan Najib Singkirkan Sri Ram Dalam Kes 1mdb Ditolak

Buat Kali Ketiga Permohonan Najib Singkirkan Sri Ram Dalam Kes 1mdb Ditolak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 260 hits
Pemohonan Najib Razak untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaraya dalam perbicaraan kes 1MDB gagal buat kali ketiga Panel hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan bekas per...
Adakah Kes 1mdb Dihadapi Najib Bermula Hari Ini

Adakah Kes 1mdb Dihadapi Najib Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 207 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi KL pada hari pertama perbicaraan kes rasuah pengubahan wang haram babitkan dana 1MDB berjumlah 2 3 bilion ringgit Kes berkenaan yang juga dikenali sebagai perbicaraan...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment