Biacara Kes Dana Src Peguam Najib Mohon Butiran Lanjut



KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan butiran lanjut yang tidak terkandung dalam kertas pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram. 

Perkara itu dimaklumkan Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican pada sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Azman Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Menurut Hasnal Rezua permohonan itu berikutan terdapat perkembangan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd.

"Permohonan itu relevan dengan kes SRC yang sedang berlangsung di mana butiran lanjut yang tidak terkandung dalam pertuduhan mengenai dari mana sumber wang yang tertulis dalam cek atas nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak kami dimaklumkan perkembangan terbaharu bahawa saksi pendakwaan, pegawai  penyiasat SPRM mengesahkan ada kemasukan RM600 juta ke akaun Najib, " katanya yang akan memfailkan permohonan itu pada 6 September ini.

Ujarnya, dalam keterangan saksi itu, berkata, kemasukan dana RM600 juta itu adalah daripada Putera Arab Saudi dan Kementerian Kewangan Riyadh.

Justeru beliau memaklumkan, perkara itu mempunyai kaitan dalam kes yang dituduh terhadap anak guamnya yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram menerusi cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Mohd. Hafarizam.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul memberitahu kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Berikutan itu Hakim Azman Ahmad kemudian, menetapkan pendengaran permohonan pada 23 September ini.

Sementara itu berhubung dengan tarikh perbicaraan mahkamah menetapkan selama empat hari bermula 22 Oktober serta 11 hingga 13 November ini dengan 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 21 Februari Mohd. Hafarizam, 47, yang juga Penasihat Undang-undang UMNO mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Mohd. Hafarizam yang turut mewakili beberapa kes sivil Najib didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam tiga transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dengan memasukkan tiga keping cek AmIslamic Bank berjumlah RM15 juta milik Mohd. Najib Abdul Razak ke dalam akaun pelanggan firma guaman miliknya Tetuan, Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM).

Kesemua kesalahan  itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan PWTC, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail di sini antara 16 April 2014 hingga 12 Februari 2015.

Berikutan itu kedua-dua pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/biacara-kes-dana-src-peguam-najib.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Seleweng Dana Src Ditangguh 3 Hari

Bicara Kes Seleweng Dana Src Ditangguh 3 Hari

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 260 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt

Kes Src Najib Pendakwaan Tutup Kes Mahkamah Dengar Hujah 22 Okt

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 282 hits
Pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta menutup kesnya hari ini selepas mengemukakan 57 saksi sepanjang 58 hari perbicaraan bermu...
Kes Src Keputusan Najib Dibebaskan Atau Perlu Bela Diri Pada 11 Nov

Kes Src Keputusan Najib Dibebaskan Atau Perlu Bela Diri Pada 11 Nov

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 277 hits
AUGUST 27 2019Najib Razak akan mengetahui pada 11 Nov ini sama ada beliau akan dibebaskan atau akan diperintahkan untuk membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Mahkam...
Dana Src Najib Kena Sakit Mata Mahkamah Tangguh Bicara

Dana Src Najib Kena Sakit Mata Mahkamah Tangguh Bicara

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menangguhkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami jangkitan mata Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati mahka...
Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

Perbicaraan Kes Src Datuk Seri Najib Tidak Nafi Tandatangan Milik Beliau

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 347 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

Mahkamah Izin Permohonan Pendakwaan Tangguh Bicara Kes Najib Dan 1mdb

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan kepada Isnin depan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetap...
Perbicaraan Kes 1mdb Ditangguh Ke Minggu Hadapan Berikutan Kes Src Belum Selesai

Perbicaraan Kes 1mdb Ditangguh Ke Minggu Hadapan Berikutan Kes Src Belum Selesai

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 291 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes 1mdb Permohonan Ds Najib Untuk Tangguhkan Perbicaraan Ditolak

Kes 1mdb Permohonan Ds Najib Untuk Tangguhkan Perbicaraan Ditolak

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 224 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kes Src 4 Individu Diburu Dipercayai Berada Di Lokasi Sama Dengan Jho Low

Kes Src 4 Individu Diburu Dipercayai Berada Di Lokasi Sama Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 257 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Surat Ar Ra D Ayat 11 Arab Latin Arti Tafsir Kandungan

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Malaysia International Trade And Exhibition Centre

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization

Miniatur Bus Haryanto Hr079 Jetbus2 Hhd

Cost Of Webflow Website Design What Businesses Should Expect In 2025

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

The Invisible Club