Kes Guru Rotan Pelajar Perempuan Hampir Selesai 2 Pihak Akan Bertemu Berbincang



Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di Iskandar Puteri pada Isnin hampir menemui jalan penyelesaiannya, apabila kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapanya serta guru yang terlibat telahpun mempunyai persefahaman untuk berbincang mengenai isu itu

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor Aminolhuda Hassan, berkata pertemuan untuk membincangkan isu itu akan diadakan di sekolah tersebut esok dan akan turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan

Ia sebagai mencari jalan penyelesaian 'menang-menang' antara kedua-dua pihak, tanpa melibatkan undang-undang

Selain itu, ia bagi mengelak timbulnya suasana tidak harmoni di kalangan ibu bapa dan juga guru, kata beliau

"Kita memang tahu guru ada peranan untuk mendidik, cuma mungkin cara tindakan yang diambil itu mungkin terlebih... Saya pun belum ada, tidak tengok bukti lagi di hadapan saya. Cuma ada laporan. Keduanya, pelajar itu mungkin terlepas kata-kata yang menyebabkan guru tidak berpuas hati sehingga menyebabkannya mengambil tindakan sedemikian

"Untuk mengatasinya, kita sebagai orang dewasa iaitu ibu ayah serta juga sebagai guru kena bertindak lebih professional, lebih bijak untuk masa depan, bukan saja untuk anak-anak tetapi juga untuk masa depan masyarakat itu sendiri," katanya dalam sidang media sempena Majlis Penyampaian Surat Tawaran Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) Unit Strategik Modal Insan Johor di Iskandar Puteri, hari ini

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu seorang guru merotan pelajar perempuan hingga menyebabkan bahagian lengan dan paha pelajar berkenaan terbirat

Aminolhuda berkata dalam masa sama, beliau berharap guru-guru akan lebih bersabar dan memahami situasi pelajar sebelum mengambil apa-apa tindakan, dan tindakan itu pula haruslah berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan

Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan agar sentiasa mengambil perhatian terhadap permasalahan anak-anak mereka

"Guru membimbing dalam bentuk pendidikan manakala ibu dan ayah membimbing di rumah dalam bentuk moral dan tata susila kita sebagai masyarakat timur. Ini penting untuk kita sama-sama memajukan anak sebab guru akan terus mengajar mereka

Sementara itu, Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd berkata siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh ibu pelajar yang mendakwa dirotan oleh gurunya masih diteruskan

"Laporan polis memang telah dibuat, kita siasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, ibu kepada pelajar tersebut telah mengambil keputusan untuk menarik balik laporan, mungkin dia ada perbincangan (selepas itu)," katanya dalam satu sidang media berasingan

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/06/kes-guru-rotan-pelajar-perempuan-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rotan Pelajar Ibu Bapa Pelajar Dan Guru Bertemu Esok

Kes Rotan Pelajar Ibu Bapa Pelajar Dan Guru Bertemu Esok

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 444 hits
Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di sini pada Isnin hampir menemui jalan penyelesaiannya apabila kedua dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapanya serta guru yang terlibat telahpun mempunyai persefahaman untuk duduk semeja ber...
Timbalan Menteri Pendidikan Kata Guru Tak Boleh Rotan Pelajar Perempuan Pula

Timbalan Menteri Pendidikan Kata Guru Tak Boleh Rotan Pelajar Perempuan Pula

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 729 hits
Cikgu Pondan Kalau korang jadi cikgu apa tindakan korang rasanya bila ditanya berulang kali pada pelajar tersebut apa yang disebut dalam bahasa mandarin tu Video viral apabila seorang guru lelaki dikatakan telah merotan pelajar perempuan di...
Kes Cikgu Pondan Rotan Pelajar Selesai

Kes Cikgu Pondan Rotan Pelajar Selesai

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 984 hits
Kes Cikgu Pondan Rotan Pelajar Selesai selepas kedua dua belah pihak berdamai Pertemuan antara keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kejadian merotan di sebuah sekolah dalam bandar raya ini baru baru ini berjalan dengan damai dengan...
Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan Teo Nie Ching

Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan Teo Nie Ching

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 641 hits
Guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis pa...
Kes Rotan Perakam Video Sengaja Mahu Aibkan Sekolah Pelajar Dan Guru

Kes Rotan Perakam Video Sengaja Mahu Aibkan Sekolah Pelajar Dan Guru

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 918 hits
Oleh Tular merata video seorang ibu memarahi guru kerana merotan anaknya hingga berbekas di lengan betis dan paha Isu ini menjadi sangat panas sehingga KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan media supaya siasatan adil dilaksanakan Banyak pihak...
Kes Melibatkan Guru Lelaki Tampar Pelajar Di Kuantan Selesai

Kes Melibatkan Guru Lelaki Tampar Pelajar Di Kuantan Selesai

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 515 hits
KUANTAN Kes yang melibatkan seorang guru lelaki menampar pelajar tingkatan empat kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan yang tular sejak Rabu lalu diselesaikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan hari ini Dalam insiden berkenaan pelaja...
Sebelum Ini Berbirat Rotan Pelajar Kali Ini Guru Tabuh Terus

Sebelum Ini Berbirat Rotan Pelajar Kali Ini Guru Tabuh Terus

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 950 hits
Insiden guru pondan di sebuah sekolah di Iskandar Puteri berjaya diselesaikan dengan baik Itu pun baharu hari ini dilapor diselesaikan kini timbul pula kes pelajar ke g cikgu babi sehingga menyebabkan pelajar ditabuh guru Memetik laporan Ma...
Maszlee Arah Ppd Siasat Insiden Guru Rotan Pelajar

Maszlee Arah Ppd Siasat Insiden Guru Rotan Pelajar

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 407 hits
PUTRAJAYA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah mengarahkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru untuk menjalankan siasatan terhadap kes murid perempuan dirotan guru selepas dipercayai mengeluarkan perkataan biadab di sebuah seko...
Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

Isu Ejek Cikgu Pondan Hampir Selesai Ibu Pelajar Tarik Balik Laporan Polis

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 604 hits
Susulan video yang viral mengenai seorang pelajar didakwa dirotan kerana memanggil seorang guru dengan gelaran pondan mendapat perhatian menteri pendidikan sebelum ini dijangka bakal berakhir Gara gara tidak puas hati dengan cikgu yang mero...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear