Kes Rasuah Rosmah Pembelaan Dakwa Saksi Beri Keterangan Bercanggah Wang Rm1 5 Juta


 
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid berlangsung dalam suasana agak tegang apabila pihak pembelaan menggasak saksi dengan mendakwa bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin memberi keterangan bercanggah berhubung pengeluaran wang RM1.5 juta dikatakan diberi kepada isteri bekas Perdana Menteri itu.
Ketika pemeriksaan balas, Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Rosmah, mendakwa keterangan Saidi di Mahkamah Tinggi hari ini bercanggah dengan keterangan diberikan saksi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menjawab soalan Azrul, Saidi mengakui terdapat transaksi pengeluaran wang sebanyak RM1.5 juta daripada akaun miliknya pada 7 Sept 2016 dan wang itu diberikan kepada Rosmah sebagai balasan membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak.
Azrul: Bagaimana kamu boleh menyatakan wang RM1.5 juta untuk Rosmah sedangkan kamu tidak nampak beliau membawa beg mengandungi wang itu naik ke atas (merujuk kepada rumah Rosmah di Langgak Duta)
Saidi: Saya memang tidak nampak Rosmah bawa naik beg itu ke atas tetapi wang tersebut diletakkan oleh pemandu peribadi saya (Shamsul Rizal Sharbini) di tepi sofa berwarna hijau di ruang tamu rumah Rosmah.
Saksi pendakwaan ke-17 itu juga tidak bersetuju yang wang RM1.5 juta tersebut dikeluarkan untuk kegunaan lain, bukan diberikan kepada Rosmah.
Azrul: Saya cadangkan bahawa daripada wang RM1.5 juta itu, kamu gunakan untuk membayar perbelanjaan diesel sebanyak RM400,000 dan Saidi menjawab: “Saya memang ada bayar, tetapi bukan melalui duit RM1.5 juta, saya ada duit lain.”
Saidi juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau membayar RM300,000 untuk adiknya membina rumah, membayar antara RM200,000 dan RM250,000 bagi membeli tanah di Kuching, memberi RM200,000 kepada sebuah syarikat teknologi dan sumbangan RM150,000 kepada ibunya.
Disoal Azrul bahawa kalau dicampurkan semua wang yang saksi itu belanjakan, anggaran berjumlah RM1.5 juta, dan Saidi menjawab: “Tidak, saya tidak bersetuju.”
Saksi penting pendakwaan itu berkata, beliau pernah diminta menjelaskan kepada SPRM mengenai butiran perbelanjaan dicadangkan oleh peguam tersebut namun tidak dapat mengingati sama ada beliau ada menjelaskan kepada SPRM setiap perbelanjaan bagi wang berkenaan.
Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin. Ini menyebabkan peguam itu memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan rakaman percakapan Saidi yang diberikan kepada SPRM mengikut Seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah, bagaimanapun saksi itu kemudiannya mencelah: “Saya cakap saya beri RM1.5 juta kepada Rosmah.”
Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib turut membantah permohonan pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan Saidi atas alasan saksi itu berkali-kali menegaskan bahawa wang RM1.5 juta tersebut diberikan kepada tertuduh (Rosmah) dan bukan dibelanjakan untuk kegunaan lain.
“Dua atau 3 kali saksi cakap duit RM1.5 juta untuk Rosmah, pihak pembelaan cuba mengelirukan saksi dan cuba membuatkan saksi tertekan. Pihak kami menghujahkan tiada sebab untuk saksi ini merujuk semula kepada kenyataan yang diberi kepada SPRM.
“Kalau dirujuk dengan rakaman percakapan itu, ia bukan membabitkan RM1.5 juta (yang dibayar kepada tertuduh,” kata Ahmad Akram.
Ketika mengemukakan hujahnya, Ahmad Akram beberapa kali menghentak meja menyebabkan hakim Mohamed Zaini Mazlan mencelah: “You watched too much Parliament sessions (Anda terlalu banyak menonton sesi Parlimen)” yang disambut deraian ketawa mereka yang berada dalam mahkamah.
Sementara itu, seorang lagi peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader berkata, peruntukan undang-undang membenarkan saksi dirujuk dengan dokumen tersebut bagi mengembalikan ingatan.
Hakim kemudian memberi masa kepada pihak pembelaaan untuk memilih sama ada ingin mendapatkan dokumen berhubung percakapan saksi itu atau memasukkan isu berkenaan dalam hujahan mereka.
Prosiding kemudian bersambung dengan Azrul terus menyoal saksi mengenai sumber wang yang digunakan bagi perbelanjaan dicadangkan peguam.
Saidi menegaskan yang beliau mempunyai wang tunai di rumah dan wang RM1.5 juta dikeluarkannya pada tarikh berkenaan adalah untuk diberikan kepada Rosmah.
“Saya seorang ahli perniagaan, saya banyak duit dan semua perbelanjaan dalam tunai…Duit juga ada saya simpan di rumah sehingga SPRM datang dan sita, sama macam duit orang lain,” katanya.
Turut memberi keterangan pada prosiding hari ini saksi pendakwaan ke-18, Penolong Pendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Rafidah Yahaya dan saksi pendakwaan ke-19, Penguasa Kanan SPRM Moses Lawrence.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan 2 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan kes itu bersambung 7 September depan. #sumber #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/kes-rasuah-rosmah-pembelaan-dakwa-saksi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Rasuah Bekas Pengerusi Th Bermula 3 Saksi Dipanggil

Bicara Kes Rasuah Bekas Pengerusi Th Bermula 3 Saksi Dipanggil

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 261 hits
August 19 2020 4 20 PMAzeez Abdul Rahim tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Tiga individu dipanggil pada hari pertama perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim dan abangnya Latif...
Guan Eng Diperintah Bayar Rm1 Juta Wang Jamin

Guan Eng Diperintah Bayar Rm1 Juta Wang Jamin

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 209 hits
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Mahkamah Seksyen KL hari ini membenarka...
Kalau Kerajaan Pn Islam Sangat Sila Dakwa Kes Kes Rasuah Di Terengganu

Kalau Kerajaan Pn Islam Sangat Sila Dakwa Kes Kes Rasuah Di Terengganu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 213 hits
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH 1 Begitu tinggi usaha pihak tertentu dari Kerajaan Perikatan Nasional untuk mendesak dan menghukum YB Lim Guan Eng walaupun kes tersebut telah ditutup oleh SPRM sebelum ini akhirnya semalam beliau didakwa juga di Ma...
Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 568 hits
PUTRAJAYA Dua lagi individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pen...
Sprm Tahan Reman Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Tunang Untuk Siasatan Kes Rasuah Membabitkan Nilai Rm3 7 Juta

Sprm Tahan Reman Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Tunang Untuk Siasatan Kes Rasuah Membabitkan Nilai Rm3 7 Juta

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 665 hits
565 total views 565 views today Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3 7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelanco...
Kes Terowong Guan Eng Diikat Jamin Rm1 Juta

Kes Terowong Guan Eng Diikat Jamin Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR 17 Zulhijjah 1441H Jumaat Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembi...
Denda Pelitup Muka Rm1 000 Mp Seputeh Dakwa Terdapat Aduan Rasuah

Denda Pelitup Muka Rm1 000 Mp Seputeh Dakwa Terdapat Aduan Rasuah

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 305 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan perlu memastikan terdapat platform untuk mencari jalan keluar bagi mereka yang dikenakan denda RM1 000 bagi pelanggaran pemakaian pelitup separuh muka kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Kok berkata meskipun beliau m...
Prosiding Perbicaraan Kes Rasuah Rosmah Ditangguhkan Kerana Peguam Tidak Sihat

Prosiding Perbicaraan Kes Rasuah Rosmah Ditangguhkan Kerana Peguam Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 240 hits
221 total views 221 views today KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan prosiding perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan sistem solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak kera...
9 Ditahan Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Rm1 Juta Sebulan Tumpas

9 Ditahan Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Rm1 Juta Sebulan Tumpas

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 198 hits
Lapan lelaki berusia 19 hingga 21 tahun dan seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan dalang utama sindiket perjudian dalam talian itu ditahan dalam serbuan di sekitar Bukit Mertajam pada 25 hingga 30 Julai lalu GEORGE TOWN Polis Pulau...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu