Kalau Kerajaan Pn Islam Sangat Sila Dakwa Kes Kes Rasuah Di Terengganu



RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
1. Begitu tinggi usaha pihak tertentu dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mendesak dan menghukum YB Lim Guan Eng, walaupun kes tersebut telah ditutup oleh SPRM sebelum ini, akhirnya semalam beliau didakwa juga di Mahkamah.
2. Agak luar biasa serta aneh kes projek yang dibuat melalui tawaran terbuka dan pengerusi lembaga tawaran terdiri dari penjawat awam yang bermula hampir 10 tahun dahulu yang telah ditutup kesnya selepas siasatan SPRM diberi tekanan yang luar biasa dan liputan secara meluas oleh kerajaan PN.
3. Adakah ini usaha kerajaan Melayu Islam PN untuk menuntut ‘keadilan’ keatas ‘salah laku’ bekas Ketua Menteri dari parti DAP yang pernah menerajui Pulau Pinang?
4. Bersama UMNO dalam Kerajaan PN adalah PAS, sebuah parti yang mendakwa dirinya parti berteraskan Islam yang selalu melaungkan nilai murni keadilan Islam di setiap kampung dan desa.
5. Untuk membuktikan nilai keadilan Islam yang kononnya di hajatkan, PAS hendaklah menuntut membuka kembali siasatan berbagai kes projek sakit dan runtuh terutamanya di negeri Terengganu yang di warisi sekarang dari UMNO.
6. Terengganu di beri nama jolokan yang memalukan iaitu “Terengganu Darul Runtuh” kerana berbelas projek yang runtuh dan sakit semasa dan selepas ianya siap dibina.
7. Diantaranya ialah tiga projek terkemuka yang bernilai hampir RM1 billion iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Taman Ilmu Tembila di Besut dan Kompleks Bebas Cukai Kenyir di Hulu Terengganu.
8. Setelah siasatan runtuhan bumbung Stadium SMZA bernilau RM300 juta dibuat, anehnya tiada sesiapa didapati bersalah. Selain dari runtuhan, dua buah generator serta kabel dan peralatan elektrik bernilai berjuta ringgit juga telah hilang dicuri.
9. Taman Ilmu Tembila Besut bernilai RM350 juta terbengkalai menjadi projek sakit, bangunan pentadbirannya terpaksa dirobohkan dan kabel serta peralatan elektriknya juga dicuri dengan kerugian puluhan juta ringgit. Selepas hampir 20 tahun ianya masih belum dibuka.
10. Kompleks Bebas Cukai Kenyir bernilai hampir 300 juta juga terbengkalai dan masih belum dapat di gunakan sepenuhnya selepas 10 tahun.
11. Demi keadilan, kerajaan Melayu Islam – PN Terengganu yang diterajui PAS melalui Menteri Besar mesti mendesak SPRM menyiasat ke akar umbi kenapa wang rakyat Terengganu yang lebih 95% adalah orang Melayu Islam di bazirkan dan diselewengkan begitu sahaja.
12. Raja Petra Kamaruddin yang tinggal di England telah berjaya memainkan peranan utama mendesak Lim Guan Eng di dakwa dalam kes Terowong Bawah Laut Pulau Pinang selepas 10 tahun.
13. Raja Idris Kamaruddin, adik kepada Raja Petra yang menjadi orang kepercayaan Menteri Besar Terengganu telah dilantik menerajui GLC penting, sepatutnya memainkan peranan mendesak kerajaan Terengganu dan SPRM menyiasat mengapa begitu banyak projek runtuh, tidak siap dan sakit.
14. Berbeza dari projek terowong Pulau Pinang, Projek Taman Ilmu Terengganu melibatkan berbagai kes saman di mahkamah oleh kontraktor Korea dan kontraktor tempatan keatas kerajaan Negeri, termasuk pegawai pegawai Kerajaan dan juga syarikat berkait dengan UMNO melibatkan puluhan juta. Kes ini dipercayai berbau skandal yang besar melibatkan kerajaan dan pegawai tertinggi. Menteri Besar mesti bertindak.
15. Tiada gunanya kepakaran Raja Idris Kamaruddin yang berasal dari Selangor dan beberapa lagi rakan dari luar negeri Terengganu seperti Nurul Islam, Zaidi Talib dan W. Haswari memegang jawatan mendahului peluang kerja anak Terengganu kalau mereka tidak memainkan peranan berkesan menasihati Menteri Besar dengan baik.
16. Ramai rakyat anak Terengganu menyoal peranan mereka. Ada juga yang bertanya adakah Raja Idris masih memegang pasport British seperti abangnya? Raja Petra mempunyai “kekebalan” melempar berbagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab dari England dan jauh dari tindakan undang-undang Malaysia.
17. Kalau Lim Guan Eng atas kes Terowong yang belum pun bermula lagi boleh didakwa selepas 10 tahun, projek projek Terengganu yang sudah pun berjalan, runtuh, terbengkalai dengan berbagai kes saman melibatkan warga asing, kontraktor tempatan dan pegawai kerajaan, patut diberi perhatian utama dan tindakan olh Menteri Besar Terengganu.
18. Malangnya, Terengganu telah dikenali sebagai negeri yang mempunyai projek yang berlaku jenayah tanpa penjenayah – “crime without criminals”.
19. Atau adakah kerajaan PN mengamalkan pengadilan cara terpilih – “selective prosecution?” Adakah kerana kes Pulau Pinang melibatkan DAP dan bukan Islam ianya diasak habis habisan?
20. Adakah kes kes di Terengganu melibatkan pihak Melayu – Islam jadi tiada minat untuk menuntut keadilan walaupun melibatkan ratusan juta ringgit duit rakyat Terengganu?
21. Adakah kerajaan Melayu Islam PN berhasrat mengamalkan tuntutan murni Agama Islam yang sebenarnya atau hanya sekadar ditunggang untuk kepentingan politik?
22. Islam menuntut keadilan untuk semua tidak mengira agama atau bangsa. Itulah kerajaan Islam yang sebenarnya.
_______________________________________________________________________________
Pengerusi  PAKATAN HARAPAN Negeri Terengganu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29140

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Siasat Kes Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

Sprm Siasat Kes Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 362 hits
Selain itu Raja Kamarul juga mengingatkan semula tentang sejauh mana siasatan dan proses keadilan kepada tiga projek besar di Terengganu yang melibatkan jumlah yang besar wang rakyat Terengganu Setelah siasatan runtuhan bumbung Stadium Gong...
Kerajaan Pun Keliru Dengan Kes Saman

Kerajaan Pun Keliru Dengan Kes Saman

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 265 hits
Hamdan TahaKenyataan Menteri Kanan yang mana kena saman seribu tapi polis terkeliru tempat itu bukan tempat awam boleh minta semula duit itu Apa punya arahan kerajaan ni jadi macam tu dah banyak mengarut dah pula itu yang buat keputusan kua...
Kes Rasuah Terowong Kenapa Bohong

Kes Rasuah Terowong Kenapa Bohong

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 374 hits
Kenapa Tony Pua dan DAP perlu berbohong Bukankah penipuan beliau itu akan memburukkan lagi imej boss beliau Lim Guan Eng a Tutup atau Buka i 27 Julai 2020 the case has already been investigated and officially closed by MACC in November 2018...
Kerajaan Pn Didakwa Sembunyi Kes Kehilangan Dana 1mdb Rm14 64 Bilion

Kerajaan Pn Didakwa Sembunyi Kes Kehilangan Dana 1mdb Rm14 64 Bilion

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 216 hits
Kes kehilangan dana 1MDB sebanyak AS 3 5 bilion yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan dana negara Abu Dhabi dilaporkan telah ditangguhkan secara senyap senyap oleh kerajaan Perikatan Nasional Sarawak Report mendedahkan selepas pembebasan...
Projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

Projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng Di Dakwa Lagi Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 380 hits
BUTTERWORTH Susulan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini didakwa lagi atas pertuduhan rasuah membabitkan projek itu yang bernilai RM6 3 bilion K...
Dakwa Rasuah Ada Ke Bukti Rasuah

Dakwa Rasuah Ada Ke Bukti Rasuah

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 216 hits
Ipohmali Alhamdulillah Aku rasa bersyukur membaca pertuduhan kepada Lim Guan Eng pagi tadi tidak ada satupun bukti atau pertuduhan transaksi atau faedah yang diperolehi oleh Lim Guan eng berjaya dikesan sepertimana yang aku jangkakan Malah ...
Patut Dakwa Kes Membunuh Bukan Perhimpunan Haram Kata Zahid

Patut Dakwa Kes Membunuh Bukan Perhimpunan Haram Kata Zahid

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 338 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi mempersoalkan kenapa pihak berkuasa hanya mengesyorkan pertuduhan menyertai perhimpunan awam dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Sewajibnya pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang...
Siapa Zarul Ahmad Individu Utama Kes Rasuah Guan Eng

Siapa Zarul Ahmad Individu Utama Kes Rasuah Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 431 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini dikenakan tuduhan rasuah kedua Selain Lim satu lagi nama yang sering dikaitkan dengan kes ini ialah Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Zarul mendapat perhatian selepas menjadi wajah umum kepada ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti