Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Izette Dibicarakan Di Mahkamah Sesyen


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad ke Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua mereka berdepan tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pendakwaan untuk memindahkan kedua-dua kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Loading… Dalam penghakimannya, Nazlan berkata tuduhan yang dihadapi kedua-dua responden (pasangan suami isteri itu) berkaitan dengan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) dan 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tidak melibatkan sebarang perkara baharu dalam hal undang-undang yang mungkin timbul dalam kes bagi kesalahan itu.
“Tambahan pula, isu perundangan itu tidak semestinya menjadi masalah yang luar biasa. Malah, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur mempunyai tiga mahkamah khas, yang disebut sebagai Mahkamah Khas Rasuah bagi menangani kes rasuah.
“Adalah amat penting keyakinan terhadap integriti pentadbiran sistem keadilan jenayah dikekalkan,” kata hakim.
Beliau berkata pemindahan kes itu tidak harus dibenarkan jika tidak meningkatkan kecekapan kehakiman dan menyebabkan penangguhan dalam permulaan perbicaraan kerana ini tidak akan memenuhi proses keadilan.
“Atas alasan yang disebutkan di atas, saya menolak permohonan untuk memindahkan kedua-dua kes itu ke Mahkamah Tinggi,” katanya.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Allan Suman Pillai berkata penghujahan bertulis untuk memindahkan kes itu difailkan pada 7 Ogos mengikut Seksyen 417 Kanun Acara Jenayah.
Sementara itu, peguam Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Bung Moktar, 60, yang nama sebenarnya Moktar Radin dan Zizie Izette, 41, berkata anak guamnya tidak membantah kes itu didengar di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Rozina Ayob menetapkan 20 Sept untuk pengurusan kes Bung Moktar dan isterinya itu.
Allan Suman memaklumkan mahkamah bahawa permohonan pendakwaan memindahkan kes telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
“Pihak pendakwaan memohon mahkamah membenarkan kes membabitkan Bung Moktar dan Zizie Izette dibicarakan bersama,” katanya dan Kumaraendran yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak membantah.
Allan Suman berkata kesemua dokumen berkaitan kes itu telah diserahkan kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah dan peguam Kumaraendran mengesahkan perkara itu.
Rozina membenarkan permohonan pendakwaan dan mengarahkan pihak pendakwaan menyediakan senarai saksi pada pengurusan kes akan datang.
Pada 3 Mei lepas, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Zizie Izette.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette yang merupakan seorang pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. –Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/kes-rasuah-bung-moktar-zizie-izette-dibicarakan-di-mahkamah-sesyen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Mohon Pindah Kes Rasuah Abdul Azeez Ke Mahkamah Tinggi

Pendakwaan Mohon Pindah Kes Rasuah Abdul Azeez Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 261 hits
Pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa atas pertuduhan menerima rasuah RM5 2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Ke...
Menitis Air Mata Mahkamah Bebaskan Muhamad Akmal Dari Tuduhan Kes Arwah Zulfarhan

Menitis Air Mata Mahkamah Bebaskan Muhamad Akmal Dari Tuduhan Kes Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 759 hits
Laungan kesyukuran dan suasana hiba menyelubungi perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tatkala Zulkarnain Idros bapa Allahyarham Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman bersujud syukur setelah mendengar keputusan mahkamah dalam perbicaraan ta...
Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Kes 1mdb Tetap Pada 19 Ogos

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Kes 1mdb Tetap Pada 19 Ogos

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 212 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang dijadualkan bermula pada Isnin 19 Ogos ini Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketu...
Perbicaraan Kes Rasuah Tengku Adnan Eng Boon Ditetapkan Pada Jumaat Depan

Perbicaraan Kes Rasuah Tengku Adnan Eng Boon Ditetapkan Pada Jumaat Depan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 237 hits
Mahkamah Tinggi di sini akan menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon pada Jumaat depan Hakim Mohd Nazlan ...
Tragis Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan Pelajar Upnm Sepanjang Perbicaraan Mahkamah

Tragis Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan Pelajar Upnm Sepanjang Perbicaraan Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1481 hits
Negara kita digemparkan dengan kisah tragis seorang pelajar universiti tempatan diseksa dengan kejam sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital Ramai yang menggesa pihak polis memburu suspek kerana kejadian menimpa pelajar itu tak bol...
Zizie Izette Tepis Dakwaan Anak Lebih Rapat Dengan Pengasuh

Zizie Izette Tepis Dakwaan Anak Lebih Rapat Dengan Pengasuh

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 229 hits
Biarpun mempunyai lima pengasuh buat lima orang anaknya Zizie Izette menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan anak anaknya lebih rapat dengan pengasuh kerana The post appeared first on
Keputusan Kes Buli Zulfarhan Upnm Mati Ditekap Seterika Justiceforzulfarhan

Keputusan Kes Buli Zulfarhan Upnm Mati Ditekap Seterika Justiceforzulfarhan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1089 hits
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM mati ditekap seterika JusticeForZulfarhan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Tarikh 31 Julai 2019 keputusan kes Zulfarhan UPNM yang meninggal dunia kerana ditekap seterika telah pun keluar Sedang t...
Terdapat 70 Kes Tibi Di Beberapa Kawasan Di Johor Bahru

Terdapat 70 Kes Tibi Di Beberapa Kawasan Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 253 hits
PALSU Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 70 kes tibi di beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk Kampung Melayu Majidee Baru dan Pandan Sumber gambar Facebook SEBENARNYA Jabatan Kesihatan Negeri Johor dala
Dadah Perlu Kekal Kes Jenayah Ikan Bilis Yang Kena

Dadah Perlu Kekal Kes Jenayah Ikan Bilis Yang Kena

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 333 hits
KOTA BHARU Kerajaan perlu mengekalkan status penyalahgunaan dadah sebagai kes jenayah memandangkan ia bukan hanya isu penagihan semata mata Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Mohd Amar Abdullah berkata penagihan dadah perlu dikekalkan seb...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional