Kes Rasuah Ahmad Zahid Akan Difail Untuk Didengar Di Mahkamah Tinggi


Mahkamah Sesyen di Shah Alam, hari ini diberitahu, 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi akan difailkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi oleh pihak pembelaan.
Peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan demikian ketika prosiding pengurusan kes itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Loading… “Pihak pembelaan dan pihak pendakwaan telah berbincang dan bersetuju supaya semua dokumen berkaitan kes diserahkan oleh pendakwaan kepada kami dalam masa sebulan lagi.
“Selepas itu, kami akan failkan kes ini dan membuat permohonan supaya kes didengar di Mahkamah Tinggi di sini,” katanya.Iklan
Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun pula memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa kerana terdapat lebih 500 dokumen sedang disediakan untuk diserahkan kepada pihak pembelaan.
Rozilah kemudian menetapkan 25 Okt ini untuk pengurusan kes di mahkamah sama.
Terdahulu, Gan memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik permohonan bagi memindahkan 33 pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahmad Zahid untuk didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
“Pendakwaan menarik balik permohonan (memindahkan 33 pertuduhan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) memandangkan semakan semula kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bagi memindahkan tujuh lagi pertuduhan rasuah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) telah ditolak dan hakim memerintahkan supaya kesemua kes ini kekal untuk didengar di mahkamah ini,” katanya.
Pada 31 Julai lepas, pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk memindahkan tujuh pertuduhan bagi dibicarakan bersama 33 lagi pertuduhan rasuah berhubung VLN yang dihadapinya di mahkamah sesyen di Shah Alam.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan semula itu pada 28 Ogos lepas kerana tidak menemui kekhilafan dalam perintah pemindahan kes ke Mahkamah Sesyen Shah Alam yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 104 Akta Mahkamah Rendah 1948.
Pada 26 Jun lepas, Ahmad Zahid didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat berjumlah S$4.24 juta membabitkan Sistem VLN, dua tahun lepas.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Ahmad Zahid didakwa telah menerima rasuah berjumlah S$4.24 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN.
Ahmad Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Manakala pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid didakwa dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung sistem sama.
Bagi 26 pertuduhan, presiden Umno itu didakwa menerima suapan dari Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd berjumlah S$9,320,000 sebagai dorongan untuk dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di KDN, telah melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Beliau dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di No 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Julai 2017.
Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di KDN Malaysia telah mendapat untuk dirinya satu benda berharga iaitu wang tunai S$150,000, RM325,000, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan dari syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.
Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama antara Jun 2015 dan April 2017 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/kes-rasuah-ahmad-zahid-akan-difail-untuk-didengar-di-mahkamah-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Mykad Pasukan Pembelaan Bantah Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi

Jual Mykad Pasukan Pembelaan Bantah Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 364 hits
Pasukan pembelaan bagi kes enam individu termasuk seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang yang berdepan 32 pertuduhan berhubung pengeluaran secara tidak sah sijil kelahiran serta kad pengenalan dan menjual kepada w...
Bicara Kes Tengku Adnan Terima Rasuah Rm 1 Juta Bermula Esok

Bicara Kes Tengku Adnan Terima Rasuah Rm 1 Juta Bermula Esok

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 357 hits
Perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan pihak pendakwaan bersedia dengan empat atau lima saksi Mengiku...
Entiti Politik Yang Berautonomi Umno Sabah Komited Hidang Tawaran Baharu Ahmad Zahid

Entiti Politik Yang Berautonomi Umno Sabah Komited Hidang Tawaran Baharu Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 376 hits
IKewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik berautonomi akan dimaktubkan dalam Perlembagaan UMNO yang akan dipinda dan disahkan dalam Perhimpunan Agung parti bulan November nanti ujar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi J...
Bn Akan Tanding Kerusi Parlimen Tanjung Piai Ahmad Zahid

Bn Akan Tanding Kerusi Parlimen Tanjung Piai Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 303 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kemajuan India SeMalaysia ke 27 di Wisma IPF Seri Kembangan Selangor foto HAZROL ZAINAL SERI KEMBANGAN Barisan Nasional akan meletakkan calon pada Pil...
Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 365 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Negara Tommy Thomas menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada Ju...
Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Izette Bermula 2 Jan 2020

Bicara Kes Rasuah Bung Moktar Zizie Izette Bermula 2 Jan 2020

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 432 hits
MALAYSIAKINI Perbicaraan kes Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette A Samad yang didakwa atas tuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta dalam unit ...
Mengapa Pas Tidak Mendesak Pembunuh Wan Ahmad Faris Diseret Ke Mahkamah

Mengapa Pas Tidak Mendesak Pembunuh Wan Ahmad Faris Diseret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 551 hits
Mengapa PAS Tidak Mendesak Pembunuh Wan Ahmad Faris Diseret ke Mahkamah Hairan sangat PAS Apabila berlaku kes Wan Ahmad Faris dengan mudah YIK dan Kerajaan Kelantan menerima laporan bedah siasat kononnya Wan Ahmad Faris mati membunuh diri D...
Gambar Ahmad Zahid Abdul Hadi Berkahwin Dalam Akhbar Cina Cetus Amarah Warga Maya

Gambar Ahmad Zahid Abdul Hadi Berkahwin Dalam Akhbar Cina Cetus Amarah Warga Maya

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 545 hits
Penularan gambar memaparkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disunting memakai pakaian perkahwinan dipercayai dicetak oleh akhbar Cina mencetuskan rasa tidak senang warganet Ga...
Dear Tan Sri Ag 9 Kes Hina Islam Ke Mahkamah Dalam 9 Bulan Tapi Kes Hina Bukan Islam Pula Camno Tak Aci Lah Camni

Dear Tan Sri Ag 9 Kes Hina Islam Ke Mahkamah Dalam 9 Bulan Tapi Kes Hina Bukan Islam Pula Camno Tak Aci Lah Camni

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 315 hits
Dear Tan Sri AG congratulations on the Tan Sri award Camno is short for macam mana Camni is short for macam ini Here is some news Hindu NGOs demanded AG review decision not to charge Vinoth Kalimuthu insulted Hinduism in ceramah last year v...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf