Kes Pengkhianatan Luis Figo Dari Barcelona Ke Real Madrid


Kemuncaknya terjadi dalam El Clasico musim 2002/03. Saat itu, Real Madrid harus bertandang ke gelanggang keramat Barcelona. Namun, bukan aksi permainan kelas dunia yang diingati, melainkan pelbagai keriuhan yang puncaknya adalah lemparan kepala babi. Kes pengkhianatan Luis Figo dari Barcelona ke Real Madrid

Kes pengkhianatan tidak hanya terjadi di dunia politik dan sosial sahaja, namun juga banyak berlaku dalam arena bola sepak. J

ika ada anugerah dengan pencalonan pengkhianat terbaik, Luis Figo mungkin dengan mudah memenanginya.

Perpindahan pemilik nama penuh Luís Filipe Madeira Caeiro Figo ini dari Barcelona ke Real Madrid adalah salah satu drama terbesar di dunia bola sepak. Bahkan, drama 'sailang' Malcom oleh Barcelona dari AS Roma tiada apa-apa dibandingkan kisah cinta segitiga Figo dengan Barcelona dan Real Madrid.



Figo memulai segalanya bersama Sporting Lisbon yang merupakan salah satu kelab paling berjaya di Portugal. Pada usia 18 tahun, beliau menjalani debut profesional pertamanya dan turut dipanggil mewakili Portugal pada tahun 1991. Bersama Rui Costa, Figo membawa Portugal menjadi juara Piala Dunia U-20 dan mendapat julukan Golden Generation.

Pada 1995, Figo berpindah ke Sepanyol setelah mencapai kesepakatan dengan Barcelona. Perjalanan kariernya mula diselimuti dengan kontroversi. Dua kelab Itali, Parma dan Juventus dikatakan menggunakan 'jalan belakang' mendekati Figo lantas mendapatkan perjanjian pra-kontrak. Atas dasar itulah, menurut laman Thesefootballtimes, Juventus dan Parma memiliki embargo transfer.

Namun, kes tersebut tidak menghalang Figo untuk bermain di Nou Camp. Dengan yuran yang hanya 2.2 juta euro, beliau menyarung jersi Blaugrana setahun setelah Michael Laudrup pergi. Figo kemudian dipinjamkan kembali ke Sporting lantaran ada peraturan yang melarang pemain Portugal untuk berpindah ke kelab luar dalam tempoh masa tertentu.

Setelah itu, Figo terus beraksi cemerlang di Barcelona lantas membuatkan banyak kelab mengintainya. Pemain berposisi sayap kanan (kadang ditempatkan di kiri) ini memberikan pelbagai gelaran kepada Barcelona. Dua trofi La Liga, dua Copa del Rey ditambah masing-masing satu Supercopa de Espana, UEFA Cup Winners' Cup dan UEFA Super Cup berjaya beliau dapatkan saat berseragam Merah-Biru Barcelona.

Figo bahkan begitu dipuja para penyokong Barcelona hasil penampilan dan kepemimpinannya di padang. Beliau sesekali mengenakan lilitan kapten di lengan menggantikan Josep Guardiola dan Miguel Nadal. Lilitan kapten tersebut membuktikan pentingnya peranan pemain kelahiran Almada, Portugal tersebut.
 


Namun segala kisah manis Figo di Barcelona runtuh. Semuanya terjadi apabila Josep Lluis Nunez melepaskan jawatannya sebagai Presiden Barcelona. Situasi ini semakin menjadi mimpi buruk kerana dalam waktu yang sama Real Madrid juga sedang mencari pemimpin baru.

Florentino Perez, salah satu calon ketika itu menghamburkan sejuta janji. Salah satu janji manis yang ditawarkan Perez adalah jika dirinya terpilih, maka beliau akan membawa Figo dari Nou Camp ke Santiago Bernabeu. Janji yang diutarakan Perez mampu membuatkan para Madridista terpikat. Perez begitu yakin beliau mampu membawa anak emas Barcelona ke Madrid. Dikhabarkan, ada perjanjian pra-kontrak antara Perez dengan Figo (melalui agen).

Perjanjian tersebut mengatakan, jika Perez berjaya menduduki kerusi Presiden Madrid, Figo wajib berpindah ke ibu kota Sepanyol tersebut. Namun, sekiranya kalah dalam proses pemilihan, Figo dan agennya bakal mendapat wang tunai sebanyak 1 juta euro.

Akhirnya Perez rasmi dilantik sebagai presiden Real Madrid. Figo tidak mampu menolak untuk pergi dari Barcelona. Kerana ada sebuah klausa tambahan yang tertulis, jika Figo menolak untuk pindah ke Real Madrid ketika Perez menjadi presiden, maka beliau yang harus membayar pampasan sebanyak 30 juta euro.

Dalam situasi tersepit itulah Figo memutuskan untuk melapor ke Presiden Barcelona yang baru, Joan Gaspart. Beliau meminta agar Barcelona membayar pampasan yang jumlahnya cukup besar pada ketika itu. Gaspart enggan dan proses perpindahan itu pun terjadi. Real Madrid berjaya mendapatkan Figo dengan yuran perpindahan sebanyak 62 juta euro. Jumlah yang sangat besar sekaligus memecahkan rekod transfer saat itu. Bersama dengan Ronaldo Luis Nazario de Lima dan deretan para bintang lain, Figo menjadi sebahagian daripada Los Galacticos edisi pertama.

Perpindahannya ke Real Madrid mencetuskan polemik. Kelompok penyokong Barcelona yang digelar Els Boixos Nois begitu membenci dan menyerang Figo. Pada pertembungan El Clasico perdana setelah beliau berpindah, mereka melakukan ancaman dan melakukan aksi pelemparan ke dalam stadium. Menurut The Telegraph, aksi kerusuhan tersebut telah membuatkan Barcelona didenda sebanyak 6,000 pound sterling.

Kemuncaknya terjadi dalam El Clasico musim 2002/03. Saat itu, Real Madrid harus bertandang ke gelanggang keramat Barcelona. Namun, bukan aksi permainan kelas dunia yang diingati, melainkan pelbagai keriuhan yang puncaknya adalah lemparan kepala babi.



Dalam perlawanan yang berakhir seri tanpa jaringan itu, Luis Figo menjadi pemain yang menarik perhatian. Bukan kerana skill olah bolanya, tetapi deretan kata cacian dan sumpah serapah yang ditujukan kepadanya. Ketika Real Madrid mendapat tendangan sudut dan Figo yang mengambilnya, botol minuman dan pemetik api pun dilemparkan oleh penyokong Barcelona. Yang paling mengejutkan adalah kepala babi yang berlumuran darah datang dari tribun tempat kelompok Els Boixos Nois berada. Gila !
 


Insiden tersebut memaksa pengadil Luis Medina Cantalejo untuk menghentikan perlawanan sementara. Para pemain diminta untuk kembali ke bilik persalinan lantaran situasi yang semakin tidak terkawal dan membahayakan. Carlos Puyol dan para pemain lain berusaha untuk menenangkan penyokong Barcelona yang dirasuk emosi namun usaha itu sia-sia.

Perlawanan itu terhenti selama lebih kurang 13 minit dan menjadi salah satu yang terburuk dalam sejarah El Clasico. Media-media di Sepanyol memberikan judul aksi tersebut dengan El Partido de La Verguenza atau perlawanan yang memalukan.



Selepas kontraknya tamat, Figo berhijrah ke Itali secara percuma dengan menyertai Inter Milan. Beliau memenangi empat kejuaraan Serie A, dua Supercoppa Italiana dan satu trofi Coppa Italia sebelum bersara pada Mei 2009 di usia 37 tahun.

Segala prestasi hebat yang Luis Figo pamerkan sepanjang karier tidak akan pernah dilupakan. Seperti juga insiden kepala babi yang pastinya tidak akan pernah padam dalam benak ingatan.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2020/11/kes-pengkhianatan-luis-figo-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Terus Mengatasi Sabah Dengan 1 103 Kes Hari Ini

Kuala Lumpur Terus Mengatasi Sabah Dengan 1 103 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 320 hits
Sejumlah 1 103 kes baru Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari ini dengan Kuala Lumpur terus mengatasi Sabah sebagai negeri dengan jangkitan tertinggi Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Kuala Lumpur mencatatkan 392 ke...
Ketua Polis Negara Kunjungi Sendiri Tun Abdullah Untuk Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

Ketua Polis Negara Kunjungi Sendiri Tun Abdullah Untuk Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 247 hits
26 total views 26 views today KUALA LUMPUR 16 Nov Selepas kira kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri itu ...
Minta Polis Siasat Cepat Cepat Kes Forex

Minta Polis Siasat Cepat Cepat Kes Forex

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 310 hits
Dr Mahathir nampaknya tak puas hati Najib Razak berucap di Parlimen Atuk beranggapan bahawa Bossku adalah banduan dan oleh itu banduan tak layak menasihati kerajaan Atuk dah lupa barangkali yang hukuman Bossku telah digantung oleh Mahkamah ...
Bilangan Kes Positif Covid 19 Di Sabah Dijangka Meningkat Semula Masidi

Bilangan Kes Positif Covid 19 Di Sabah Dijangka Meningkat Semula Masidi

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 543 hits
Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID 19 lebih tinggi bermula Selasa Bilangan kes positif COVID 19 di Sabah dijangka meningkat semula Masidi Sabah dijangka mencatatkan bilangan kes positif COVID 19 lebih tinggi bermula esok ...
Covid 19 288 Kes Baharu Kes Di Sabah Menurun

Covid 19 288 Kes Baharu Kes Di Sabah Menurun

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 308 hits
Bilangan kes baru positif COVID 19 di Sabah dilihat semakin terkawal dan dijangka turun beberapa hari lagi Covid 19 835 kes baharu kes di Sabah menurun Sabah lapor 288 kes baharu dan 372 kes sembuh B ilangan kes baru positif COVID 19 di Sab...
Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

Ketua Polis Negara Kunjungi Tun Abdullah Maklum Hasil Siasatan Kes Berita Palsu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 233 hits
525 total views 525 views today KUALA LUMPUR 16 Nov Selepas kira kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mengunjungi bekas perdana menteri it...
Kkm Beri Maklumat Kurang Jelas Kes Covid 19 Di Kuala Lumpur Fahmi

Kkm Beri Maklumat Kurang Jelas Kes Covid 19 Di Kuala Lumpur Fahmi

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 212 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menegur kualiti maklumat yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Crisis Preparedness and Response Centre Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kurang memperincikan jangkitan Covid 19 di K...
Kes Covid 19 Di Kelantan Semakin Tinggi

Kes Covid 19 Di Kelantan Semakin Tinggi

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 332 hits
Angka kes koronavirus di Kelantan semakin meningkat apabila lima kes baharu direkodkan hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid 19 di Kelantan melonjak kepada 210 orang dengan 27 kes ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord